COOKING HUSTLE || ERTI KERJASAMA DALAM FILEM PENDEK TNB CHINESE NEW YEAR 2017


Assalamualaikum semua!!!

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina pada semua yang menyambut perayaan ni! Gong Xi Fa Cai! Teringat muka-muka officemates aku yang Chinese. Happy gila tengok muka diorang sebelum bercuti Khamis lepas. Aku pun turut happy untuk diorang. Ye lah, sambut raya setahun sekali je. Feel dia tu lain macam sikit. Kan? Kan? Kan?


Okay! Sebenarnya nak habaq kat hangpa semua pasal satu iklan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) ni sempena Tahun Baru Cina. Macam tak biasa plak kan, kalau ada perayaan je, mesti ada iklan, shortfilm or webfilm dari mana-mana agensi atau jenama. Kadang tu, macam tengok movie plak rasanya. Hah! Korang mesti pernah tengok Kungfu Hustle lakonan Stephan Chow tak? Kalau pernah, meh tengok webfilm ni plak. Tajuk filem pendek ni ialah Cooking Hustle - TNB Chinese New Year 2017. Terbaik lah! Siapalah yang direct ya? Kikikiki! 


Dah tengok? Kelakarkan? Hahahah! Okaylah! Macam perayaan-perayaan lain juga, Chinese New Year (CNY) juga tidak kurang bezanya. Pada masa inilah semua ahli keluarga berkumpul dalam satu rumah. Tidak kira tua atau muda, miskin atau kaya, dan mengenepikan segala perbezaan yang terbina. Semua ini demi merapatkan semula ikatan kekeluargaan. Kalau perasan kan, kalau sambut CNY je, mesti makan besar. Betul tak? Tapi yang diambil kira bukan pada makanan tersebut, tetapi kehadiran ahli keluarga yang tersayang yang paling penting dalam perayaan ni. Seperti hidangan Tahun Baru yang beraneka jenis saiz, rasa dan rupa, begitulah juga ahli keluarga kita.

Contoh paling dekat adalah dalam filem pendek tadi. Punyalah para menantu berhempas pulas nak siapkan makanan yang mampu "menawan" perut atau selera mak mertua mereka. Siap berkungfu bagai kan. Hahahaha! Tapi tapi tapi.... yang tak bestnya, masing-masing tak nak bekerjasama dalam mencipta hidang istimewa tersebut. Kadang-kadang, benda simple macam ni pun boleh menjadi punca pertelagahan di musim perayaan. Ye lah. Masing-masng nak tunjuk skil memasak siapa yang paling hebat kan. Haaa. Bila dah siap masakan masing-masing, punyalah si mak mertua tak happy dengan masakan diorang. Boleh meletup gegendang telinga dengor mak mertua dia menjerit. Takut aku dengan mak mertua gini. Hahahaha! Tapi pak mertua dia sempoi habis! Demi untuk tidak memanjangkan kemurkaan isteri tersayang, pak mertua bagi idea yang paling bernas, iaitu menggabungkan ketiga-ketiga masakan tadi! Pergh! Hasilnya, senyum lebaq mak mertua tu tau! Dia rasa itulah makanan yang paling sedap dia pernah makan. Hebat kan? Kalaulah ketiga-ketiga menantu tadi bekerjasama dari awal, confirm tak kena herdik kan? Hahahah!

Jadi, mesej dari filem pendek ni simple sangat! Kalau nak buat sesuatu perkara tu, untuk elak masalah dan memudahkan sesuatu pekerjaan, bekerjasamalah! Bak kata pepatah, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Tak pun, "Yang penting, kerjasama!" Gitu. :p

Kesimpulannya, yang paling penting, kebahagiaan tercipta apabila kita semua bersatu hati dan mesra antara satu sama lain. Tak adalah macam 3 menantu tadi kan. Kikikiki!

Table of Harmony 

Lepas dah tengok filem pendek tadi, apa kata kita main satu game ni plak, "Mystery Dish". Korang ni jenis makanan apa ya? Haa. Nak tahu, jom ikut langkah-langkah di bawah:

1) Klik laman web https://betterbrighter.my/tableofharmony

2) Klik "Unveil Mystery Dishes"

3) Klik "Discover what mystery dish you are & join the table"


4) Pilih jawapan yang korang rasa sesuai dengan diri korang


Dah pilih jawapan korang? Mesti dapat jawapan kan? YF dapat ni!


"Your sharp mind and careful nature makes you great with money"

Wow! Hebatnya aku dapat takrifan macam ni. Hahahahah! Kiranya YF ni agak berhati-hati dalam penggunaan wang. Yang YF faham macam gitu lah ya. Ke lain? Harap-harap macam tulah. Dengan ekonomi yang agak teruk ni, penjimatan wang sangatlah penting ya kawan-kawan semua.

Korang plak, takkan baca je kot. Jomlah buat juga! Let's find out what kind of mystery dish you are!

To add on, kalau korang nak menghubungi atau mendapat latest update terkini dari TNB, silalah follow official account TNB macam kat bawah ni:



----------------------------------------------------------------
YF : Kungfu Yoga best tak?



Comments

mas saari said…
menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.
Radhia Razali said…
tak sangka TNB buat webfilem hebat macam ni..good job TNB.
anazarin said…
Kelakar iklan nie...tapi suka akan pengisian dia
athirahassin said…
great with money.. nak angpow pls.. hahhaa
ERAZ FADLI said…
Kualiti memang terbaik!!
fizafantagiro said…
Setiap perbezaan jika di gabungkan mampu hasilkan sesuatu yang mengembirakan :)
emarieys said…
dapat mak mertua mcm diaorang kecut perutlah...hehehe.. walaupun kelakar ada maksud tersiratnya.
Anonymous said…
Harmoni endingnyaa... hehe
Nadia Johari said…
bagus TNB..idea menarik buat webfil tu
peh... mesti mata duitan ni.. hahaha..
Lisa Nurulain said…
kelakar kalau tengok iklan ni

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?