Sunday, August 12, 2018

Peek-a-Box Surprise Yang Berbaloi!


Sebelum memulakan bicara, YF ingin menyatakan terima kasih kepada Ben Ashaari, founder Kelab Blogger Ben Ashaari dan MATIC untuk kerjasama mengadakan bengkel Personaliti yang turut menjemput Puan Azie Sam pada tahun 2018 ni.


Untuk Part 1, korang bolehla tengok kat SINI ya. 😎


Sebelum bengkel Part 2 dimulakan, semua peserta menjamah lunch dari Nurul Catering. Sedap woooo! Lepas tu, solat lah kita di surau yang disediakan oleh MATIC. Agak besar dan selasa. YF suka!


Credit to Kak Ayue Jean





Bengkel Kecantikan bersama Peekabox Beauty Box



Bengkel kali ini lebih kepada produk kecantikan dan make up. So, more to womanlah. Yang lelaki tu, boleh je tengok untuk general knowledge. Kot-kot nak share dengan makwe ke, isteri ke, mak ke, adik perempuan ke. Tak kisah ya. 😛


Bengkel untuk sesi petang diterajui oleh Puan Shuhada Alauddin. Orangnya pun cantik belaka. Sama macam Puan Azie masa sesi pagi. 😍

Puan Shuhada bersama Khai Azwan dan Zurhanna
Credit to Kak Ummi Nani



Credit from Kecik's Blog



Sesiapa yang sedang tercari-cari apa yang dihadiahkan kepada orang dengan cara lain daripada yang lain, boleh try untuk beli Peek A Box ni. Kalau beli untuk diri sendiri pun tiada masalah. Sebab konsep dia, setiap bulan, isinya akan berlainan. Kiranya korang takkan tahu apa yang ada dalam kotak tu. 

Founder Peek A Box akan bagi teaser juga kat Instagram diorang, tapi still, it will be a surprise to their customers. Haaa! Menarik kan? Ia lebih kepada miniature atau pun taster sebelum korang nak beli saiz yang lebih besar. Ia juga salah satu cara untuk mempromosikan produk terbaru daripada founder yang terlibat. Satu kotak berharga dalam RM150.00. Tapi korang boleh langgan Peek A Box dengan RM59.00 sekotak. Murah gila kan?

Bawah ni YF share unboxing video:



Selain dari medium Instagram, korang boleh juga dapatkan kotak ni melalui Shopee! Kot-kot kat Shopee ada promotion ke kan. 


Selain memperkenalkan kotak kecantikan, team Peek A Box turut berkongsi ilmu cara-cara membuat Lip Balm dan Face Mist secara DIY! Ya ampunnn. Senang gila kot. Semua bahan pun mudah untuk diperolehi kat kedai runcit atau pun pasar  borong.


DIY Lip Balm


Bahan

  • cocoa butter, pewarna, vaseline, air mendidih, madu asli


Cara

  • Panaskan cocoa butter sehingga cair di dalam air mendidih tadi, campurkan sedikit vaseline kemudian letakkan sedikit pewarna atau madu ke dalam campuran tadi
  • Dikacau sehingga sebati kemudian dibiarkan sejuk di dalam bekas yang sesuai



DIY Face Mist


Bahan


  • Air minuman atau pun drinking water (wajib drinking water ya), rose water, madu asli dan essential oil


Cara
  • Campurkan drinking water bersama rose water, kemudian masukkan sekali madu dan essential oil
  • Untuk sukatan drinking water, pastikan ia dua kali ganda dari jumlah rose water
  • Masukkan ke dalam botol yang sesuai



Gigih semua buat DIY
Credit from Kecik's Blog




Selepas sesi DIY, last session was Make Up dan tudung tutorial plak. Make Up Artist (MUA) kita iaitu Khai Azwan dan juga model beliau, Zurhanna. 


Credit to Kak Izyan

Sambil make up, MUA ni akan share tips yang berkaitan make up dan ada juga sesi soal jawab bersama peserta bengkel. Lepas make up, MUA ada tunjuk satu tutorial tudung yang simple dan senang untuk digayakan.

Credit to Kecik


Kesimpulannya di sini, nak make up, kena rajin-rajin tengok tutorial dan research ya. Kena tengok jenis kulit, warna kulit, brand apa yang sesuai dan sebagainya. Baru lah make up tu on point orang kata. I like make up yang on point. Begitu juga dengan gaya tudung, kat Youtube atau pun Instagram banyak gila orang share tutorials. Semua cantik-cantik tau.😜

Okay, sudahlah tu membebel. Tunggu next time plak. Hahaha. Sekali lagi, terima kasih yang tak terhingga kepada semua penaja dan peserta yang terlibat sepanjang bengkel diadakan pada hari itu. You guys were awesome!




Tempat

Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-9235 4800


Kotak Kecantikan



Makan Tengahari

Email : enquiry@nurulizzahcatering.com.my
No 94, Jalan Tempias, Kampung Tengah A, 47150, Puchong Selangor
013-3408944


Make Up Artist (MUA)

013-3667460


Model





------------------------------------
YF : Bila nak jadi cantik pun tak tahu 😁

Bengkel Personali & Kecantikan: Ilmu Berharga


Eh! Kenapa nak cantik-cantik ni? Nak handsome-handsome ni? Nak menggoda orang lah tu. Nak perasan cantik lah tu. Hello! Dah 2018 kot. Tolonglah buang hasad dengki itu ya!

Ahahaha! Marah ni marah! YF bukan apa, dah fitrah manusia, nak berhias, nak bercantik berwangi segalalah. Tapi patut kena dengan tempat dan majlisnya. Hah gitu! Pada YF, berhias dan berwangi seadanya ni, mampu menaikkan semangat diri, keyakinan diri. Barulah rasa yakin nak berhadapan dengan orang. Tak adalah orang pandang kita atas bawah ke, tutup hidung ke....Haaaa. Krik krik krik! 😯


Okaylah! YF ada pergi satu bengkel ni. Lokasinya kat MATIC, Kuala Lumpur nuh. Fuh. Cantik gak tempatnya. First time pergi. Yang penting, kita kena breakfast dulukan. Yang ni terbaik. Ada sandwich dari MrsZa Kitchen dan juga mee goreng dari Kak Ummi Nani kita. Semua sedap! Perut pun dah kenyang, bolehlah mulakan majlis. Ye tak? 😝



Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas dari Pengarah MATIC, Encik Ali.  Selamba saja ucapannya. Terima kasih ya untuk dewannya yang besar lagi sejuk ni. Lupa nak bawa sweater. Sejuk banget sih!  




BENGKEL PERSONALITI BERSAMA PUAN AZIE SAM




Team KBBA bersama perunding imej Puan Azie

Ada 4 topik yang dibincangkan oleh Puan Azie , Wow First Impression, Create Your Own Personality Style, Colour Make Your Soul, Mix and Match Outfit! Jom tengok apa yang puan ni nak share sebenarnya. 

Wow First Impression


Credit to Kak Qaseh


"Wow First Impression" menjadi pembuka bengkel untuk kali ini iaitu bersama perunding imej kita, Puan Azie. First impression ni adalah anggapan pertama kita pada seseorang. Betul ke manusia takkan judge kita? Hahaha! Agak mustahil rasanya kalau kita tak judge kan, betul? Pandang sekilas pun mesti judge juga tanpa sedar. Kan? Jangan tipu hokeyy. 

Nak jaga imej, kita kena jaga ABC. Apa tu ABC? Air batu campur kaa? Asyik ingat makan je korang ni kan. Bukanlah. ABC tu adalah Appearance, Behaviour & Communication. Appearance tu lebih kepada pakaian kita, rambut kita, kasut kita. Behaviour, kita punya body language, cara berjalan dan sebagainya. Communication, cara percakapan, content yang dicakapkan tu, isi kosong ke atau berilmu. Haaa. So, nak tekankan di sini, imej bukan sekadar luaran yang hakak hadik semua. Imej ni luar dan dalam. Kita kena titik beratkan. Tau? 

So, aktiviti untuk topik kali ini adalah semua peserta diberikan sehelai kertas dan double tape dan tampal di belakang kawan sebelah. Hah gitu. Lepas tu, pastikan kertas yang ada di belakang kita mengandungi 5 jenis 'perangai'. Hahahaha! Macam-macam gelagat semuanya.


Credit to Kak Shehan



Sesi perkongsian 'perangai'


Yeah. That's me 😭



Kesimpulannya, orang akan judge kita dengan sekali pandang. Hahahahah! Walau apa pun sikap or perangai kita, if ada yang buruk, kita perbaiki. Kalau baik, kita buat dia jadi makin elok lagi. Kan? 😍

Create Your Own Personality



Topik seterusnya, semua orang diberikan satu borang kaji selidik. Survey gitu. Dalam borang tu, ada beberapa situasi dan kita kena jawab benda pertama yang terlintas difikiran kita. 

Ada 4 jenis personaliti :

  1. Natural (Banyak pilih A) - Tidak berfesyen sangat, minimal aksesori dan simple
  2. Romantic (Banyak pilih B) - Feminin, sukakan aksesori dan up to date dengan fesyen terkini
  3. Classic (Banyak pilh C) - Elegen, klasik dan pentingkan kualiti
  4. Dramatic (Banyak pilih D) - Kreatif dan berani memakai baju yang lain dari yang lain

YF yang mana satu? YF more to NATURAL. Mana taknya, contoh kasut ya. Pergi mana-mana, YF akan pakai kasut yang sama sampai lenjan. Sampai punah. Hahahaha! Selagi boleh sarung, kita sarung ya kawan-kawan semua. 😁 





Sebenarnya, nak jadi orang yang menjaga imej ni, kena ada semua kriteria di atas. Bak kata Puan Azie, kena jadi sesumpah. Serasi dengan semua keadaan. Betul juga kan. Takkan nak pergi majlis formal, pakai selipar plak. Hancus!


Color Make Your Own Soul


Next topic ialah pemilihan warna yang bersesuaian. Tak adalah atas warna oren, bawah warna hijau. Heheheh.



Tipsnya untuk pemilihan warna yang sesuai adalah....Jeng jeng jeng!!!

Contohnya kan, warna oren. Korang boleh pilih yang satu kumpulan dengan oren tu, atau warna yang bertentangan dengan oren tu. Itu adalah kombinasi warna yang sesuai untuk dimatchingkan. Sebab tu dulu famous baju atau dress yang ada tema colour block kan. Inilah lah satu cara untuk tahu warna tu sesuai ke tak.





Tapi YF suka tips warna yang Puan Azie share iaitu warna yang takkan pernah salah untuk dipakai :

  • Putih
  • Hitam
  • Kelabu
  • Biru Gelap (navy blue)
  • Coklat
Tak ada basic colours ni dalam wardrobe, terutamanya hitam dan coklat, boleh menggigil ketakutan nak keluar rumah. Hahahaha! 😄

Mix and Match Outfit





Dari kiri, Pear, Ruler, Apple, Hour Glass & Strawberry

Topik ni plak kita belajar cara-cara mengenali bentuk tubuh badan kita. Barulah tahu nak cari baju yang macam mana dan sesuai dengan kita. 

Kalau kita rasa bahagian atas agak besar berbanding bahagian bawah, elakkan memakai aksesori besar atau kain yang beropol di bahagian atas. Pakailah warna yang lebih gelap. Begitu juga sebalik ya.

Kalau berbentuk Ruler atau Hour Glass ni, mungkin senang sikit kot nak cari baju dan Mix & Match

Itu adalah sedikit sebanyak info yang YF boleh share. Ilmu berharga buat YF. Sebab masa yang sangat singkat untuk tahu semuanya. Sekiranya nak tahu dengan lebih lanjut lagi berkenaan personaliti dan imej, bolehlah hubungi Puan Azie untuk buat bengkel macam ni di tempat korang plak.


Tempat

Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
03-9235 4800


Perunding Imej

012-6299393


Sarapan pagi




Sempat bergambar bersama Puan Azie Sam
Credit to Kak Saidila





----------------------------
YF : Last pergi bengkel personaliti masa kat universiti dulu 😍



Sunday, July 15, 2018

ZY PRINT PACK Pilihan Printing Anda



Kat Malaysia ni kan, ramai peniaga memberikan khidmat percetakkan atau printing yang terbaik untuk pelanggan mereka. ZY Print Pack Sdn Bhd adalah salah satu syarikat percetakkan yang tidak ketinggalan dalam memenuhi citarasa pelanggan mereka.


Jadi kali ni YF nak cerita serba sedikit tentang printing service yang disediakan oleh syarikat ini. Syarikat ni beroperasi di Bandar Puncak Alam, Selangor tau.


Sebelum YF bercerita lebih lanjut tentang printing service ni, meh YF nak share sikit pasal sejarah ZY Print Pack ni. Hahah! Tak pasal-pasal belajar sejarah ya? Okaylah! ZY Print Pack ni adalah salah satu anak syarikat ZY Phyto Group of Companies. Adalah lagi besar rupanya ya. Fuh!

Yang YF faham pasal sejarah ZY Print Pack ni, ianya bermula dengan jabatan percetakkan yang dinaungi oleh syarikat ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd yang kininya lebih dikenali sebagai ZY Manufacturing. Maknanya, ZY Print Pack mampu 'bergerak' sendiri pada November 2016 dengan menyediakan khidmat pertamanya iaitu mencetak kotak dan label. Empunya syarikat ini merupakan En. Zaidi Yusoff dan juga Puan Sharifah Ameelia Akma. Syarikat ini juga diterajui oleh Managing Director mereka iaitu En. Mahadzir Abdullah. 

Maknanya, setelah hampir dua tahun dalam printing service ni, mestilah dah banyak service yang mereka sediakan. Betul tak? Jadi, di bawah ni YF nak tunjukkan antara perkhidmatan percetakkan yang diberikan oleh syarikat ni.






Nak lagi cool, pelanggan boleh request design macam mana, bentuk macam mana, saiz macam mana. Asalkan masih dalam range kepakaran ZY Print Pack. Kalau suruh buat lain dari kepakaran diorang, garu kepala juga diorang nak settlekan, ye dok? 😂 

Kualiti yang diberikan juga berpadanan dengan teknologi yang digunakan. Haaa. Ye lah. Kalau nak print sticker atau kotak, lain mesinnya. Nak print atas botol air plastik, lain pula mesinnya. Macam bawah ni, ada 3 jenis mesin yang mereka ada tau.

T-Shirt Printing

Offset Printing

Direct Printing

Macam mana plak dengan harga? Jangan risau. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan khidmat dan kualiti yang diberikan. Nak tahu maklumat dengan lebih lanjut, bolehlah berkomunikasi terus dengan staff mereka. Risau-risau pun tak guna jugakan kalau tak bertanya dengan empunya syarikat. Ecewah! Hahaha! Okay2. YF bagi nombor diorang ya. Jangan mengorat plak tau. 😂


Untuk pertanyaan berkenaan dengan produk paper printing dan premium item :

En. Mahadzir Abdullah
0187828898

En. Zulkepli Yusof
0182278898

Untuk pertanyaan berkenaan dengan T-Shirt printing :

En. Rubel Aswaadi
0183178898



--------------------------------
YF : Dah boleh start survey printing ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...