Ceritaku

ASSALAMUALAIKUM pembuka kata....

Apa khabar wahai sahabatku?
Harap-harap masih sihat dan mampu untuk melakukan tugas seharian...

-----------------------------------------------

Hari ini....aku bangun seperti biasa...lambat dan rushing....hehehe
Dalam keadaan yang seperti itu pun...aku masih mampu untuk menjamah roti telur dan milo bijirin...
Dan bermulalah hari aku sebagai seorang pekerja biasa di hari yang biasa...
Tiada apa-apa yang istimewa berlaku...
Cuma kerja aku agak tersusun kali ini....
Kalau dahulu....kelam kabut untuk sorting quotation ke dalam job file...
Buat form ini..buat form itu...tetapi sekarang...Alhamdulillah...masih boleh bertahan...
Dengan bantuan Senior Executive ku dan sahabatku....
Rasanya...tanpa mereka..mungkin aku tidak lama di syarikat itu...
Bukan apa...rasa rendah diri dan sikap suka menggelabah masih bersarang baik di dalam diri aku...
Sukar untuk mengikis sifat-sifat negatif seperti itu...tidak tahu apa lagi yang harus aku lakukan....

-----------------------------------------------

Mengenai perasaanku....aku tahu...perasaanku ini takkan sembuh untuk jangka waktu yang sangat panjang....
Aku hanya mampu berdoa...agar perasaan ini akan terkubur dengan sendirinya tanpa menuntut sebarang rasa dari hati aku....
Aku juga berharap..agar 'ini' adalah kali terakhir dari seorang lelaki...
Niatku sekarang...hanya berkawan..tidak mahu lebih dari itu....
Sekadar untuk lebih menyakitkan hatiku...tak apalah...
Aku lebih rela sendiri...dari menjadi mangsa keadaan dan tersepit di tengah-tengah kehipokritan manusia....

-----------------------------------------------

Aku pernah menyuarakan hasratku untuk mengambil anak angkat...tetapi ibuku kurang setuju....
Kerana pada perkiraannya..aku tidak mampu untuk menjaga seorang bayi....
Adakah aku mampu???entahlah...tapi itu lah back-up plan aku setelah putus dengan bekas kekasih ku...
Kerana bagiku...aku tidak mampu lagi membina mahligai bahagia bersama lelaki lain...dan menabur janji, kata-kata manis dan membina keserasian di antara satu sama lain....
Aku seorang yang jenis sangat sukar untuk mempercayai lelaki....
Dan bekas kekasihku...acapkali menjadi mangsa kesangsian hati aku....
Akhirnya..aku sendiri yang makan hati...
Tapi....itulah pengajaran yang paling menyakitkan pernah aku terima....
Walau apa pun...anak angkat adalah harapanku...
Kadang-kadang...apabila melihat bayi  yang tergelak manja....hati terasa tenang dan sayu...
Hehehe....bolehkah aku menjadi seorang ibu yang sempurna dan bertanggungjawab???

-----------------------------------------------

MukaBuku....apalagi yang istimewa berkenaan laman itu..aku pun kurang pasti...
Bagai tiada manisnya lagi....segala pergerakan dan ucapan seakan-akan kaku dan sukar....
Mungkin aku takut untuk berkata sesuka hati...kerana banyak hati yang akan terasa....
Lebih-lebih lagi pada orang yang sering tidak berpuas hati pada kebahagiaan dan kegembiraan orang lain...
Dan mulalah sesi umpat-mengumpat dan kata-mengata...aku paling tidak suka itu berlaku...
INSYAALLAH...selagi kewarasan aku masih di tahap yang betul dan saksama..
Setiap kata-kata dan tindakan pasti akan aku kawal untuk menjaga sensitiviti masyarakat MukaBuku...
Sekiranya makhluk-makhluk Allah itu masih lagi ingin mencampuri urusan peribadiku...
Cuma mampu aku katakan....biarkanlah...hanya empunya diri yang lebih mengetahui...

-----------------------------------------------

Kepada keluarga dan sahabat-sahabatku yang masih setia bersama aku dari mula hingga akhirnya...
Terima kasih aku ucapkan..kerana sentiasa disisi susah senang....ketawa dan menangis....
Hanya Allah yang mampu untuk membalas jasa kalian yang mulia itu.....
Rasanya..sampai disini sahajalah coretanku...
Esok lusa...mungkin ada cerita yang lebih menarik akan dikongsikan...
Salam sayang dariku....senyum selalu...moga hari-hari yang berlalu dapat dilalui dengan mudah dan tenang...
-----------------------------------------------

 p/s : aku nak sambung belajar ke tak??? (*,*)v



Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?