Tuesday, July 6, 2010

Kurang Tekanan

ASSALAMUALAIKUM lafaz pertama kuucapkan....

-------------------------------------------------

Sekali lagi...syukur pada yang Esa kerana masih membenarkan aku untuk mengetuk setiap butang kekunci yang ada di depanku kini...

 -------------------------------------------------

Hari ini...aku melalui hari yang kurang sibuk...kerana Bos aku mengarahkan aku dan seorang lagi pekerja aka junior masa di sekolah menengah dulu untuk pergi mengukur baju unifom di IOI MALL, Puchong...
Hati berasa senang sedikit kerana dapat keluar mengambil angin...
Sesuai dengan jiwaku yang outdoor(sebenarnya kaki berjalan)... (^,*)

-------------------------------------------------

Sesudah tiba  ke destinasi yang dituju...kami pun menyatakan kepada untuk membuat tempahan unifom dan yang lebih membuat aku excited kerana tukang ukurnya merupakan seorang lelaki Cina yang agak comel orangnya...
Macam biasa...citarasa aku lebih kepada Chinese look...agak berdebar rasa hati sebab seorang lelaki yang muda mengukur badanku yang agak kecil ini...
Sekiranya lelaki itu berumur  seperti ayahku..mungkin tidaklah segemuruh itu...hehehe...

-------------------------------------------------

Sesudah selesai di butik SMART MASTER...kami menuju ke restoran Mcdonalds untuk membeli makanan kerana waktu itu sudah menunjukkan 1:09p.m iaitu waktu makan tengahari...
Aku membeli set SPICY CHICKEN MCDELUXE versi LARGE ditambah pula dengan SUNDAE untuk memiliki gelas FIFA yang dipromosikan...

-------------------------------------------------

Makanan yang dibeli dibungkus dan kami menuju semula ke kereta setelah membayar parkir kereta...
Namun..aku terlupa untuk mengambil sudu yang dikhaskan untuk  menjamah aiskrim tersebut...
Jadi...aku mengambil langkah drastik iaitu dengan menggunakan straw.....hehehe...
Masih menyelerakan dan aku menikmati aiskrim tersebut sehingga habis...ALHAMDULILLAH...

-------------------------------------------------

Kami menuju ke Gombak untuk menghantar barang syarikat yang telah dipesan oleh pengedar dan sambil itu...berbual-bual kosong bersama rakanku yang memandu, Dilla sambil meratah kentang goreng yang dibeli tadi hingga habis...
Baru aku mengetahui...waktu di sekolah menengah dulu...aku digelar "Pengawas Kasut Tinggi" kerana pada masa itu, hanya aku seorang yang memakai kasut hitam yang memiliki ketinggian entah berapa inci...
Dan aku juga dikategorikan Pengawas yang garang dikalangan pelajar-pelajar nakal...
Sungguh tidak disangka...agak lawak rasanya dan aku ketawa mendengar pengakuan Dilla...walhal...sekarang pun....aku jarang mengenakan kasut yang bercirikan ketinggian..semuanya leper belaka...tapi ada juga memiliki kasut bertumit tinggi untuk acara-acara tertentu dan waktu di kuliah dahulu...itu semua kerana tuntutan..
Terhibur jua hati ini apabila mendengar perkara-perkara yang boleh mengembalikan nostalgia zaman sekolah dulu...
Skema mungkin perkataan yang lebih sesuai rasanya...hehehe

-------------------------------------------------

Setelah menghantar barang yang dipesan itu, kami mengambil keputusan untuk menikmati makanan tengahari kami itu di dalam kereta sahaja dan terus bergerak pulang ke pejabat...
Hari yang agak santai dan kurang stres bagi aku...
Alangkah bagus sekiranya hari seperti ini dapat dirasai untuk hari-hari yang seterusnya...
Dapatlah mengurangkan keguguran rambut, kedutan dan bilangan jerawat di wajah yang rasanya masih mencari tempat untuk tumbuh dengan mekar dan segar...

------------------------------------------------- 

Apabila aku menilik MUKABUKU ku hari ini dan membuka page seseorang...
Baru aku tahu..mengapa dia bertindak sedemikian...
Dan aku seperti biasa..hanya mampu tersenyum...
Biarkanlah....aku sudah terbiasa mengalami keadaan seperti itu...
Tuhan itu Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya yang lemah ini...

------------------------------------------------- 

Pagi esok..aku akan pergi ke JPN, Puchong untuk membuat semula kad pengenalan aku yang telah hilang 2minggu lepas...
Dan turut untuk membuat kad ATM, lesen dan sebagainya..
Aku dibenarkan untuk datang lewat ke pejabat dan gaji aku tidak akan dipotong...
Alhamdulillah...
Sangat menyedihkan kerana dompet yang telah hilang itu adalah pemberian seseorang yang amat aku sayangi dan cintai...
Mungkin itu petanda agar aku mudah melupakannya...
Tapi mampukah aku?

------------------------------------------------- 

Aku biarkan persoalan itu berlegar-legar mencari jawapan yang tidak mungkin aku temui dalam jangka masa yang lama....
Tempat beraduku sudah sedia terbentang...
Perlukan rehat yang cukup untuk menempuhi hari yang memenatkan esok hari...
ASSALAMUALAIKUM sebagai penutup bicara....


p/s : rasa2nye..sampai bile ye aku nk wat ayat bapak skema cm nih? :)



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...