Thursday, July 22, 2010

Variety Stories

ASSALAMUALAIKUM teman-teman semua...
Apa khabar ya?
Harap sihat saja ok...

---------------------------------------

Agak lama rasanya aku tidak mengemaskini blog ini...maaf lah ya...kepenatan mengatasi segalanya...mana tidaknya...balik saja dari bekerja separuh masa pada hari sabtu dan ahad...hanya bantal yang aku cari...teruk tak?heheheheh...
Nak buat macam mana...apa-apa hal pun...banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama....
Cuma takut masa tidak mengizinkan untuk menaip satu demi satu perkataan...maklum lah..adik pun ingin menggunakan komputer riba ini...jadi...terpaksalah beralah sedikit...nak jadi kakak mithali la katakan...kepoyoan pula aku ini... ;)

---------------------------------------

Nama...apalah yang ada pada nama ya?sehinggakan mampu membuat aku terdiam sejenak apabila nama itu disebut...walhal orangnya berlainan malah sangat comel pula tu...heheheh...
Ceritanya begini...Sabtu lepas...apabila aku sedang bekerja separuh masa....ada seorang pelanggan yang bergelar ibu sedang membelek-belek tudung yang dijual disebelah gerai aku...bersamanya pula ada seorang bayi duduk di dalam kereta sorong bayi....sedang leka mengunyah makanan yang ada di dalam genggamannya...lantas...aku dengan laju menanya sang ibu apakah gerangan nama si bayi yang comel ini....ibunya dengan selambanya memberitahu...E****....walaupun sebutannya agak berlainan dan ejaan pada pangkal namanya bermula dengan huruf 'E'....sudah cukup membuat aku terpana seketika...
Kemudian..aku terus melihat bayi itu yang masih khusyuk menjamah makanannya sambil melihat aku tanpa mengerti apa yang sedang aku fikirkan...lalu aku terus menyapa bayi itu dengan salam....

"ASSALAMUALAIKUM E****..."

Tapi...ibunya pula sudah ingin membawa dia pergi...hiba pula rasanya...walau apa pun...aku tahu...sedikit sebanyak tentang dirinya..boleh membuat diri aku yang lemah ini terpengaruh...walau dijentik sedikit....pasti terasa sakitnya...pedih dan boleh menjadi luka yang bernanah...dan tidak tahu kapan akan sembuh...sekiranya sembuh pun...parut yang tercipta...tidak akan hilang...

---------------------------------------

ISO...apa itu ISO ya??topik ISO ini sudah lama ditimbulkan sedari awal aku bekerja di syarikat yang sedang aku bekerja sekarang ini...aku dikehendaki mengemaskini fail-fail yang dikendalikan oleh jabatan aku iaitu Purchasing Department...tapi tidak sekemas mana pun aku buat....huhuhuhu...maaf ya kakakku...hehehe...esok saya buat ya... :P
Ok..kita teruskan dengan topik tadi...sumber ISO ini aku petik dari satu laman universiti yang pastinya boleh dipercayai...jom kita baca sama-sama... :)

"ISO ialah satu nama samaran bukan akronim untuk International Organisation For Standardisation. Ia adalah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard di negara masing-masing. Di Malaysia, Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah badan yang bertanggungjawab terhadap siri ini. ISO 9000 pula adalah satu standard bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak pelanggan dan diiktiraf di peringkat kebangsaan."


Itulah sedikit sebanyak mengenai ISO...huhuhu...aku pun garu-garu kepala juga nak memahami setiap bait yang dikatakan...sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut.sila klik pada ----> MAKSUD ISO...hehehe...nanti bila dah klik...jangan pula berkata begini...

"Dalam banyak-banyak laman web...web ini yang dia jumpa??memang jauh"

Hahaha...nasib kamu la labu...3 Ogos 2010..tarikh syarikat aku akan diaudit oleh seorang pegawai ISO yang berbangsa Cina yang layak digelar Atuk atau Uncle.... bak kata sahabat aku...pegawai ini tersangatlah cerewet dan boleh membuat kita tidak mampu menjawab setiap soalan yang diberikan...rasa macam hendak ditemu ramah pula ya...cuak juga rasanya...iya lah..sekiranya tidak lulus audit...sijil ISO yang ada akan ditarik balik memandangkan sebelum ini syarikat telah menerima NCR ataupun dalam erti kata lain komen yang kurang memuaskan...huhuhu...takut...takut..haish..banyak pula yang ingin dilakukan saat ini...jadi...esok dan minggu depan..kenalah berusaha lebih gigih ya...harap-harapnyalah...;P

---------------------------------------

UPU...kekasih sahabat aku diterima masuk untuk sesi rayuan...dapat di UNIMAP, Arau, Perlis....jauh tu...huhuhu....tapi tidak mengapalah...menuntut ilmu pun kan....benda elok...harap-harap hubungan jarak jauh tidak menjadi masalah pada mereka...iya lah..kadang-kadang...alasan berjauhan itu sekadar alasan semata-mata...mungkin bagi sesetengah orang berjauhan itu satu masalah besar...tapi sebenarnya...pucuk pangkal adalah hati...sekiranya tabah dan kuat...sejauh mana pun pasti akan bertahan...betul tak?? :)

Aku pula...masih terkial-kial di dalam bab ini...sambung belajar...aku rasa amat perlu saat ini kerana aku berpendapat...setakat diploma...orang takkan memandang apa yang aku ada...iya..betul..sekiranya kita bekerja....pengalaman adalah yang paling diutamakan...tapi sekiranya tangan sudah menggenggam segulung ijazah...mungkin dapat menyedapkan hati rasanya...lagi-lagi kedua ibu bapaku...huhuhuh...bila lagi mahu berbakti untuk mereka...aku pun tidak pasti...terasa umurku masih lagi belasan tahun....budak hingusan kata orang....

Bekas teman sekolahku ada mengikuti program PELAJAR LUAR KAMPUS (PLK) di UiTM, Shah Alam baru-baru ini...program ini untuk orang yang mempunyai kerjaya sama juga dengan PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)...yang bezanya cuma PLK selepas waktu pejabat dan hujung minggu...PJJ pula pada hujung minggu saja...tapi sayang....permohonan untuk memasukinya telapun tamat...tetapi...ada sedikit masalah sekiranya berkaitan dengan UiTM...kerana aku bukan berketurunan Bumiputera...aku berkata demikian kerana aku telah melalui pengalaman di UiTM yang membuatku rasa agak menyampah...tapi temanku itu pun...bukan juga....tapi mungkin sudah nasibnya baik..dia masih diterima kerana ketika pendaftaran...staf yang berkenaan tidak berapa perasan kehadiran dia dan dia dikira terlepas sesi soal jawab...heheheh..teringin juga untuk mengikuti jejak langkah itu...dengan struktur geografinya yang dekat dan peruntukkan wang yang sedikit...sememangnya aku ingin mengikuti program itu...tapi itulah...tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia siapalah yang tahu...iya tak??

UPM pun..ada juga menyediakan program PJJ..tapi sudahlah jauh...mahal pula tu...tapi tarikh tutupnya pada 18 Oktober ini...jadi...macam mana tu??ada cadangan tak??? :(

---------------------------------------
Sekarang...aku terasa jauh dengan seseorang...tapi tidak mengapalah..mungkin benar katanya...Itu lah dia..sekiranya perhubungan dicemari dengan perasaan yang tidak sepatutnya hadir...pasti akan berasa kurang selesa dan sebagainya...aku ke??huhuhu...tidaklah rasanya....hmm...pantai pun boleh berubah...inikan pula manusia biasa macam kita ni...huhuhuh..
Tapi...masih terasa lain di hati...kurang seorang kawan untuk bergurau senda...merapik dan membuli...hahaha...yulia..yulia..apalah nasib kamu ni...malang saja..bila nak bertuahnya??

---------------------------------------

Perangai orang...susah untuk ditafsirkan...kadang-kadang rasa boleh dibawa berkawan dan bercerita...tapi senyap-senyap saja...cerita sudah beralih mulut...sekiranya benar...tidak mengapalah...tapi sekiranya palsu..siapa pula yang hendak menjawab??hmm...
Aku pun mengaku..aku tidak sebaik mana pun...tapi..janganlah terserlah sangat keburukan yang pastinya menjengkelkan hati banyak orang...orang tak kacau hidup kamu...kamu pula..janganlah sibuk menjaga tepi kain orang...hendak bercerita pun...berpadalah ya...infonya pula kenalah berfakta..bukan auta...cuba orang lain buat kita seperti itu...tahupun marah...haish...banyak pula yang aku ingin perkatakan...jangan tersilap cakap sudahlah yulia ya...

---------------------------------------

Aku ada bertanya kepada akak Senior Executive aku...

"Macam mana akak tahu yang suami akak itu adalah memang untuk akak??"

Lebih kurang begitulah soalannya...aku pun kurang pasti...dan akak itu memberikan pandangannya iaitu sebab dia rasa itu memang suami untuk dia...hah..macam mana tu??
Lagipun..menurutnya...bercinta bagai nak rak..tidak berkahwin...rugi la saham katanya...betul juga ya...

Aku bukan apa..aku musykil dengan pasangan yang berkahwin...macam mana mereka tahu yang pasangan mereka itu..memang diciptakan untuk mereka???
Lagi-lagi yang tidak pernah bercerai dan suaminya tidak mempunyai isteri lain...huhuhuh..
Betul tak apa yang aku fikir ni??atau sekadar mainan fikiran ciptaan aku sendiri??
Teringin juga hendak mengetahui rahsia disebaliknya...tup-tup...aku ditanya pula..

"Aik..yul dah nak kawin ke?"

Hahaha...kekasih pun tiada...mana datangnya suami...jangan ditangkap basah pula..sudah la ya...kahwin express orang kata...ataupun kahwin free..hehehe..ada-ada saja zaman sekarang ni ya...tapi ada juga kes seperti di atas (tangkap basah) di dalam kisah-kisah novel yang aku baca baru-baru ini disebabkan perbuatan khianat orang yang dengki...tapi memang seronok...keadaan yang tidak terduga itu boleh menimbulkan bibit-bibit cinta yang pastinya tidak mampu kita rasa dan fikir...best juga seperti itu..tapi terasa aib juga kan...mana hendak letakkan muka...itu lah kata orang...apa yang berlaku..pasti ada hikmahnya....kegembiraan tidak akan datang bergolek...pasti diselangi dengan kekecewaan dan tangisan... :)

 ---------------------------------------

Hari ini...telefon bimbitku kerap pula dihujani dengan sms...tapi dua saja...hahaha...
Haish...aku ingatkan..adalah yang ingin memberitahu aku begini...

"Awak..saya rindu la kat awak..."

atau pun begini...

"Yulia...saya jatuh cinta dengan awak..."

Hahaha...gila agaknya...sms dari Celcom...bermacam promosi yang ingin diberikan kepada aku....tahulah aku ni jarang bersms...tapi tidak perlu la membangkitkan semangat sms aku tu pula...naya saja dibuatnya....
Kalau begini hari-hari aku dibuatnya...sewel agaknya ya..iya lah..setiap sms yang masuk...jantung aku terus berdetak dengan lebih laju...tertanya-tanya..siapalah gerangan sang arjuna itu...hahahaha...merapik lagi...
Sah...sewel...rasa nak off hp saja...boleh tak??rasa menyemak pula bunyi sms yang diterima...huhuhuhu...

---------------------------------------

Rasanya....sudah tiba saat aku mengundurkan diri...
Mata sudah mahu ditutup....aku pula tidak ingin datang lewat seperti hari itu...
Nasib lah baik tidak terkantoi...jika kantoi...terpotong lah sudah elaun kedatangan aku...rugi-rugi...
Baiklah teman-teman semua...jaga diri ok...
Senyum selalu..moga hari-hari yang dilalui diberkati Allah...INSYAALLAH..
Salam sayang dariku...
ASSALAMUALAIKUM...

---------------------------------------

p/s : Cinta vs Sayang....maknanya???


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...