Posts

Showing posts from November, 2010

Tajuk Apa Nak Letak Ni?

Image
ASSALAMUALAIKUM... Confuse dah nak letak tajok ape...-.- Seperti biasa...aku melakukan rutin harian aku...dan tiada perkara istimewa yang berlaku.... Cuma...petang tadi...aku mendapat satu panggilan dari sebuah syarikat logistik yang ingin aku menghadiri satu sesi temuduga sekiranya aku masih berminat pada hari Khamis ini... Aku pun terkejut juga sebab aku kurang pasti kepada siapa dan bila aku menghantar resume itu.... Tetapi segalanya terjawab apabila aku mendapat sebuah emel dari syarikat itu..dan mereka mendapat resume aku daripada Jobstreet... Terlupa pula aku pernah memasuki Jobstreet untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan aku... Masalahnya...aku sudah pun bekerja...haish...dalam dilema aku dibuatnya...tempatnya pula jauh dan sekiranya dapat pun...aku tiada kenderaan untuk pergi ulang-alik dari rumah ke tempat kerja.... Macam mana ya? --------------------------------------- Sesuatu telah terjadi terhadap diri aku sejak 2 minggu lepas....aku tidak pasti...adakah aku pa

Taip Maip

Image
ASSALAAMUALAIKUM.... Hurm...rasanya tidak banyak yang ingin aku ceritakan pagi ini...tapi lihatlah nanti...jari hanya mampu menaip apa yang terlintas difikiran.... --------------------------------------- Di tempat kerja....aku sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik...aku akui aku agak slow sedikit dalam menimba ilmu pengetahuan...tapi mungkin itu mampu membuat aku lebih tabah dan kuat... Agak stres juga dengan keadaan sekeliling...tapi aku perlu berfikiran positif supaya aku tidak terbawa-bawa emosi yang tidak sepatutnya... Senior Executive ku itu pula....memang cool habis..kadang-kadang berani...kadang-kadang pula...penakut..serupa macam aku...mungkin berdasarkan kepada keadaan rasanya...lawak pula bila difikirkan.. Tapi kakakku itu tidak jemu untuk menerangkan segalanya yang tidak aku fahami...walaupun telah diterangkan berulang kali..biasalah..masuk telinga kanan...keluar telinga kiri... (^^,) --------------------------------------- Aku sebenarnya...teringin...mempunyai

New Story After 4 Months

Image
ASSALAMUALAIKUM... Apa khabar sahabat-sahabatku?aku harap semuanya sihat sentiasa... Hampir 4 bulan aku tidak mengemaskini blog ni...tak tahu kenapa..terlalu malas..mungkin juga aku tidak tahu untuk bercerita lagi... Sedar tak sedar...banyak yang telah aku lalui dalam jangka masa itu...sedih..gembira...ketawa...menangis...terlalu banyak 'drama' agaknya... --------------------------------------- Aku masih bekerja di tempat yang sama..kadang-kadang..aku ada membuat kesilapan yang aku rasa paling bodoh...kira macam 'stupid mistake' in English...geram juga bila difikirkan balik..macam mana la aku boleh buat kesilapan-kesilapan yang rasanya budak kecil pun boleh buat lebih bagus dari itu...tapi itu lah aku..pantang kerja lebih sikit..pasti akan menggelabah tak tentu hala..entah apa yang aku cuakkan sangat pun aku tak tau... Tapi pada masa akan datang...aku perlu lebih berhati-hati...kalau tidak...aku akan menyusahkan orang lain terutamanya Senior Exec aku...kasihan dia...