Tajuk Apa Nak Letak Ni?

ASSALAMUALAIKUM...

Confuse dah nak letak tajok ape...-.-

Seperti biasa...aku melakukan rutin harian aku...dan tiada perkara istimewa yang berlaku....
Cuma...petang tadi...aku mendapat satu panggilan dari sebuah syarikat logistik yang ingin aku menghadiri satu sesi temuduga sekiranya aku masih berminat pada hari Khamis ini...

Aku pun terkejut juga sebab aku kurang pasti kepada siapa dan bila aku menghantar resume itu....
Tetapi segalanya terjawab apabila aku mendapat sebuah emel dari syarikat itu..dan mereka mendapat resume aku daripada Jobstreet...

Terlupa pula aku pernah memasuki Jobstreet untuk mencari pekerjaan yang sesuai dengan aku...
Masalahnya...aku sudah pun bekerja...haish...dalam dilema aku dibuatnya...tempatnya pula jauh dan sekiranya dapat pun...aku tiada kenderaan untuk pergi ulang-alik dari rumah ke tempat kerja....

Macam mana ya?

---------------------------------------

Sesuatu telah terjadi terhadap diri aku sejak 2 minggu lepas....aku tidak pasti...adakah aku patut ketawa...tersenyum....atau apa pun...
Tapi memang terasa lawak apabila difikirkan dan mengingati setiap kata-kata tersebut...
Aku tidak patut mengambil secara serius perkara ini...semua itu adalah sementara dan sekadar ayat-ayat yang seringkali aku dengar....
Aku tidak mahu kerana perkara remeh temeh seperti itu...menganggu-gugat ketenteraman aku di dalam laman sesawang...

Aku gembira dapat berkawan...mampu membuat aku tersenyum seorang dan ketawa dengan lawak yang diberikan...tapi aku juga perlu sedar....aku tidak patut lalai dengan nikmat itu...
Nikmat itu diberikan...adalah untuk dipinjamkan...cuma aku perlu menggunakan sehabis baik nikmat itu ke jalan yang sepatutnya...tidak ingin lalai lagi kerana perkara kecil...
Sekiranya ia benar...Allah pasti akan membantu aku...sekiranya tidak...Allah juga pasti akan memimpin aku keluar dari tipu helah itu...SubhanAllah...

---------------------------------------

17 November 2010...Hari Raya AildilAdha...
INSYAALLAH....aku akan menunaik solat sunat bersama keluarga seperti kebiasaannya...
Ibu aku pun sudah menyediakan sedikit lauk-pauk untuk dihidangkan kepada tetamu yang bakal mengunjungi rumah aku...
Perasaan raya itu memang tiada...tapi sepatutnya...raya inilah yang patut kita selami dan hargai peristiwa yang pernah berlaku pada zaman nabi dahulu kala....

Pengorbanan...apa itu pengorbanan?Seringkali orang bertanya perkara yang sama saban tahun...
Jawapan aku?sebenarnya..aku pun kurang pasti apakah pengorbanan yang sepatutnya dalam kehidupan kita sebagai umat Islam...

Tapi...mungkin pendapat aku ini...boleh dikira pakai untuk manusia yang lemah lagi hina seperti aku...
Pengorbanan bagi aku apabila difikirkan secara logik akal aku yang 'keras' ini...adalah pengorbanan itu penting sekiranya ia untuk kebaikan kita dan orang disekeliling kita...dan Allah pasti membalas pengorbanan itu dengan pahala...mungkin ia terlalu umum tapi itulah yang mampu aku huraikan setakat ini....


ASSALAMUALAIKUM :)

---------------------------------------

p/s : Cuti hari Rabu saja...Khamis dan Jumaat..bekerja seperti biasa... -.-



Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?