9 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN DENGAN LELAKI

ASSALAMUALAIKUM!!

Aku nak post entri lagi nih..jangan jemu ok...ilmu juga ni..hehehehe..
Ok!!apa ya 9 PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIBINCANGKAN DENGAN LELAKI tu??bahaya sangat ke?Hah..nak tahu...moh la kita baca reramai...syiok tau!!! :D

Setiap hari...pasti ada saja yang hendak digaduhkan...sebab itu gaduh..sebab ini gaduh...jangan ok...UNLIKE!!kalau gaduh manjamanja tak apa lagi..kalau gaduh besar??mahu ditinggalkan juga nanti...*teringat kisah lampau ;(


Walau apa pun, kita sebagai seorang perempuan...perlu tahu..di mana batas kita bila bercakap dengan lelaki..ada sesetengah perkara tu lebih elok didiamkan saja...tapi tengok lelaki juga...ada yang sempoi, sporting, ada juga yang baran...yang baran ni payah sikit...tak pasalpasal..tinggal cop jari 5 kat pipi kita yang comel lote ni....itu pun jangan ya wahai lelaki..tugas kalian melindungi kaum yang lemah...bertindak secara berhemah gitu..baru lah layak jadi pemimpin keluarga...ya tak? :D

-------------------------------


Berikut adalah perkara yang wajar dielakkan apabila bercakap dengan sang lelaki :-
1) Jangan ceritakan tentang lelaki lain yang dalam diam-diam mencintai korang.
2) Membenci ibunya. Memang lelaki pantang.
3) Cerita tentang kecurangan yang anda buat di belakang lelaki itu.
4) Jangan juga ceritakan tentang keburukan kawan baik lelaki tu. Kawan tu penting bagi mereka.
5) Jangan membanding-bandingkan dia dahulu dan sekarang, lagi-lagi tentang kegagahannya - buruk padahnya!
6) Jangan buat dia patah semangat terhadap pekerjaan yang dia lakukan. Sebaliknya cubalah bantu.
7) Bercerai. Memang satu perkataan yang lelaki tidak boleh dengar. Eloklah dihindarkan.
8) Kalau pendapatan anda melebihinya, jangan la nak diperbesarkan, hal tersebut akan menyinggung perasaan dia.
9) Bila berjumpa dengan teman lelaki lama, tak perlulah terlalu ghairah dan tak perlu ceritakan perasaan itu kepadanya.

 *Catatan : Sumber dari ESEMPOI

-------------------------------

Hohoho...betul juga tu ya...jadi..susun ayat biar cantik..biar telinga sedap mendengar...*aku pun kena praktikkan juga..takut tersinggung si hati lelaki :)
ASSALAMUALAIKUM!!

-------------------------------

YF : Bila tah nak jadi sopan -.-"

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?