BILA BERSAHABAT

Dalam persahabatan....banyak perkara yang perlu kita titiberatkan...demi menjaga sebuah persahabatan agar kekal hingga ke akhir hayat amatlah payah...kerana pasti ada dugaan yang mendatang untuk meruntuhkan hubungan yang baik...

Dalam bersahabat, kita perlulah bersikap : - 

  • Janganlah berkira dengannya kerana tanpa mereka, kita keseorangan
  • Janganlah mengharapkan balasan dari kebaikan yang kita lakukan untuk mereka kerana sifat itu sangatlah tidak sesuai dalam persahabatan mahupun walau apa jenis perhubungan sekali pun
  • Janganlah mengutuk dibelakangnya kerana tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku kepada diri kita
  • Sentiasa memaafkan kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini
  • Sentiasa nasihat menasihati kerana kita manusia mudah lupa
  • Bersedia untuk mendengar luahan rasa mereka kerana esok lusa, mereka pula yang akan mendengar luahan kita
  • Janganlah berdendam kerana dendam itu adalah penyakit hati yang kritikal
  • Bermanis mukalah sesama sahabat kerana air muka menunjukkan isi hati hati kita
  • Cuba sedaya upaya untuk membantu agar tenang hati mereka
  • Sentiasalah memberi daripada menerima kerana memberi lebih baik daripada menerima
  • Janganlah berat sebelah, kerana itu menunjukkan kita tidak adil sesama sahabat
  • Bersiap sedia apabila mereka memerlukan pertolongan
  • Terimalah mereka apa adanya dan pasti mereka juga akan melakukan hal yang sama


Kita tidak akan rugi sekiranya mengamalkan sikap seperti di atas sebaliknya...orang pasti akan lebih menghormati diri kita kelak..INSYAALLAH...

*Muhasabah diri sendiri

-------------------------------

Sesungguhnya..aku sayangkan sahabatsahabatku..dekat atau jauh..bersua muka ataupun tidak...
Maafkan silap salah aku...halalkan segalanya...aku insan lemah dengan penuh kealpaan...nasihati aku sekiranya aku salah...aku butuh itu...
Terima kasih kerana masih bersama aku...susah dan senang...harap kekal hingga ke Syurga..INSYAALLAH

ASSALAMUALAIKUM :)

-------------------------------

YF : BFF <3

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?