Cuti-Cuti Cinta

ASSALAMUALAIKUM semua!!!

Ok...entri kali ni aku nak bagitahu yang minggu lepas aku baru saja lepas menonton cerita Cuti-Cuti Cinta....
Boleh tahan jugak cerita diakan..Lagilagi ada barisan pelakon yang agak hot dalam industri perfileman Malaysia sekarang nih...

Comel je kan poster filem ni?

Antara pelakon yang menjayakan cerita ini ialah Fabulous Cat, Farid Kamil, Nora Danish, Zed Zaid dan lainlain.  Pengarahnya pula Ahmad Idham....buah tangan dia kali ni agak ringan...tak berat macam filemfilem dia yang lain....

Antara pelakon Cuti-cuti Cinta (David Teoh bukan ok -.-)

Ni pula aku bagi screen shot yang menarik sepanjang filem ni berlangsung....kalau berminat....boleh beli dvd or download terus..*kalau rajin laaa...-.-

Secara keseluruhannya

Adegan bergaduh antara Faustina dan Eva

Adegan tampar-menampar *sakit juga bila dengar tamparan tu -.-


Scene ni sangat kelakar ok




Trailer Cuti-cuti Cinta

Aku share pula sinopsis dia :

Filem ini berkisarkan Eava Ealiana (lakonan Nora Danish) yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat kepunyaan bapanya, Tan Sri Zaini (lakonan Zaibo). Sebagai anak tunggal kesayangan, Eava dilimpahi dengan penuh kasih sayang dan kemewahan.
Apabila dewasa, Eava yang berkelulusan luar negeri bekerja di syarikat ayahnya. Eava merupakan seorang yang terlalu cerewet tentang segala-galanya, sombong dan suka membangga diri. Dia juga sering membebel jika tidak puas hati dan sangat tegas.
Pekerja-pekerjanya (lakonan ahli The Fabulous Cats) lebih takutkan Eava berbanding ayahnya. Tan Sri Zaini mempunyai seorang kawan rapat, Datuk Hamzah yang mempunyai seorang anak lelaki, Remy (Zed Zaidi).
Remy seorang playboy yang cuma tahu menghabiskan harta ayahnya sahaja. Remy dan Eava disatukan atas tujuan perniagaan dan niat Datuk Hamzah adalah untuk membolot harta Tan Sri Zaini.
Nak tahu lebih lanjut, kenalah tonton filem ni. Hee..
*Catatan : Antara sumber gambar dan sinopsis adalah dari ZonArtis

Ok..have fun dengan cerita ini....next entri...aku cerita pasal filem lain pula....
-----------------------------------------------

p/s : Teringat cerita Filipina Sanay Wala Nang Wakas lakonan Jericho Rosales dan Kristane Hermosa <33


Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?