Saturday, January 29, 2011

KURSUS KAHWIN HANYA UNTUK ORANG NAK KAHWIN JE KE???



Hahahahha...betul ke tu??memang laa...nak kahwin..tak ada sijil kursus kahwin..mana boleh kahwin bhai...even yang kena tangkap basah tu pun...kena ada SIJIL KURSUS KAHWIN tau...baru layak untuk dinikahkan...

Tapi pergi tanpa niat sebab nak kahwin pun...ok je...ilmu tu..banyak cerita aku dapat..leh aku jadikan iktibar dikemudian hari..kan?think positive my friends..at least...kita boleh bertindak dengan lebih baik pada masa akan datang..tak adalah sampai berceraiberai kan...tapi itu pun kerja Tuhan juga..dah tak ada jodoh..nak buat macam manakan....yang penting hati..hati mau elok, bersih, suci dan tenang...sememangnya yang baik itu datang dari ALLAH..yang buruk datangnya dari kita manusia biasa ni...

Lebih kurang begini suasana majlis


Kenapa aku boleh tahu??sebab...aku dah pergi kursus kahwin laa..heeee....last month..best gila ustazustaz yang bagi ceramah tu...sampai migraine aku dibuatnya...mana taknya...program tu 2hari...pagi sampai petang...dari pagi sampai petang tu...aku dok gelak memanjang...dah lawak..takkan nak nangis pula kan??gila ka apa??-.-

Aku pergi tanpa CALON disisi ok!!Jangan salah faham pula ek....aku pergi dengan sahabatsahabat aku...sahabat aku kat pejabat pun tumpang sekaki sekali..kehkehkehkehe...bayaran dia RM80..tapi ada uraura mengatakan..tahun ni atau bila..aku tak tahu..bayarannya akan dinaikkan ke RM300 dan jangkamasa dia pun akan dilamakan...fuuuuuhh...kalau setakat ceramah tu..aku leh terima lagi laa...kalau ada praktikal bagai...naya ja weih...kononnya banyak sangat perceraian yang berlaku..sebab tu la..diorang nak buat perancangan sebegitu rupa..

Takapa..janji aku dah ada sijil kahwin....erk....mana pula aku simpan sijil tu ek????aduhhhh..nak kena cari ni..-.-
Chaw!!
ASSALAMUALAIKUM!!

----------------------

YF : Sakit kepala pula -.-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...