Saturday, January 8, 2011

MAGIKA

ASSALAMUALAIKUM!!!


Poster MAGIKA

Yeah....entri ni pula...aku nak share movie yang baru je aku tengok...yeah..yeah....korang semua dah tengokkan??dah tengok...pergi usha entri lain yea....entri ni untuk yang belum pernah tengok sahaja...MUKTAMAD!! -.-

Bila aku tengok iklan filem ni kat tv...aku rasa...macam best je kan...tapi baru tadi aku berkesempatan untuk menontonnya....sobsobsob...

Okok..aku review yea filem nih...korang jangan tak tahu pula..filem ni bertemakan ciri 1MALAYSIA dan berkonsepkan MUZIKAL...ada lagulagu la kiranya...yang bestnya...ramai pelakon terkenal dalam filem nih dan lagulagu dia pun boleh tahan juga....rasa happy je bila tengok...dan filem ni UMUM ok...sesuai ditonton semua lapisan masyarakat....tak hairan filem ni menang banyak anugerah...rezeki masingmasing kan...tahniah kepada KRU kerana mampu menghasilkan filem macam ni...:D

-------------------------------------------
Jom..kita tengok screen shot dia :D




Banyak watakwatak yang diperkenalkan antaranya :




















banyakkan watak dia???tapi tak semua yang ada nih..nak tau semua.....tengok la ye...heheehe...

Ni aku bagi korang trailer dia pula : 





Sinopsis MAGIKA : 

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Bad Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika yang menggabungkan lebih 15 aktor dan aktres ternama pasti menjadi tarikan penonton ke pawagam, lebih-lebih lagi yang merindui lakonan Ziana Zain apabila memegang watak sebagai nenek kebayan vogue! Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

-------------------------------------------

Amacam??ada best tak??heee...tengok laa..tak rugi woo...:D
Ok la...jumpa lagi yea kalau panjang umur...INSYAALLAH...
ASSALAMUALAIKUM!!

-------------------------------------------
p/s : Teringin nak tengok filem  A WALK TO REMEMBER  <3


2 comments:

arep_lockermonth said...

CITER NIh da lama kan


arep x tengok pon lagi

DIRIKU said...

@arep : tgok ler....best..:D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...