Saturday, January 22, 2011

SAHABAT YANG KU CINTA





Hadirmu mengembalikan senyumku
Tapi tidak pasti sampai bila kau akan bertahan
Aku mula menganyam angan-angan
Tapi ku takut tidak kesampaian


Umpama pelangi di malam gelita
Tidak kelihatan tapi terasa disanubari
Khuatir ia akan hilang
Tanpa aku sedari


Kumbang bukan seekor
Bunga bukan sekuntum
Begitulah juga engkau
Masih banyak pilihan dan harapan

Hatimu mungkin tidak pasti
Siapakah yang kau cinta
Hatiku mungkin tidak pasti
Siapakah yang ku cinta

Sejarah kau berbeza
Begitu juga aku
Namun aku pasti
Aku masih trauma dengan kisah lampauku

Terima kasih sahabatku
Sudi hadir memberi ruang
Untukku berteduh sebentar cuma
Ku tahu kau akan pergi jua
Mencari yang selayaknya

Dan aku di sini
Redha dan pasrah
Dengan ketentuanNya
Inilah ujian dariNya

Syukur padaMu
Menemukan aku dengan insan ini
Kau memberikan nikmat
Pada hambaMu yang berdosa
Betapa aku malu denganMu


Izinkan ku melakar
Kenangan yang terindah
Bersamamu insan teristimewa
Moga kita kekal bersahabat
Hingga ke syurga

-------------------------------------

YF : Nukilan ini sudah lama tercipta

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...