SEGMEN : JOM SYOK SENDIRI



Boleh berikan nama glamour anda dalam dunia maya ini ?

"Hahaha..tak adalah glamour mana pun...saya pilih DiriKu...simple bukan?"

Kenapakah anda memilih nama tersebut ?

"Saya memilih untuk bersikap low profile...tak ada la nak havoc macam nama artis kan..DiriKu adalah saya sendiri..."

Kenapa anda berblogging ?

"Pada mulanya..cuma sekadar untuk meluahkan rasa yang tak dapat nak diluahkan pada manusia...tapi zaman kan dah berubah...persepsi itu juga perlu berubah..untuk menjadi yang lebih baik...dan memberikan faedah kepada orang lain..."


Siapakah pemberi semangat anda ?

"Diri sendiri...sebab antara sahabatsahabat pun...tiada siapa yang berminat untuk membuat blog..."

Sudah berapa lamakah anda berblog ?

"Tidak pasti..lebih dari 3tahun rasanya.."

Siapakah idola anda dalam dunia blogging ini ?

"Owh..sudah tentu Ben Ashaari...rasa kagum sangat bila seorang lelaki boleh update entri begitu banyak dalam sehari..."

Kenangan manis anda dalam dunia blogging ?

"Bertemu bloggerblogger yang lebih berpengalaman dan menambah kenalan..."


Kenangan pahit anda dalam dunia bloggng ?

"Setakat ini..tiada lagi..dan berharap takkan ada kenangan pahit dalam dunia blogging.."

Pencapaian terbaik anda dalam dunia blogging ini ?

"Follower saya semakin bertambah dan nuffnang pun dah pecah telurnya..nasib baik tak busuk..hahahah.."

Selain berblog , apakah minat anda ?

"Still dalam dunia online..contoh Facebook, Twitter, Tumblr dan Formspring...lagi satu...saya suka download movies atau series..suka juga outdoor activities.."

Bagaimana anda membahagikan masa anda diantara berblog dengan aktiviti yang lain ?

"Biasanya saya update entri pada malam hari..jadi aktiviti lain rasanya tak terganggu..."

Pendapat anda mengenai dunia blog di malaysia ini

"Dunia blog semakin mendapat perhatian contohnya Ben Ashaari sendiri telah ditemu ramah kerananya blog beliau...ini menunjukkan blog memberikan impak tersendiri dalam memberikan alternatif lain untuk mengekspresikan diri sendiri..."

Nasihat anda untuk mereka jika ingin memiliki blog sendiri

"Nasihat saya...jadi diri sendiri...jangan terpengaruh dengan peribadi blogger lain..kerana mereka adalah mereka....anda adalah anda..."


----------------------

Itu jawapan dari saya...ikhlas tu...jemputjemputlah interview lagi ya.. :)
ASSALAMUALAIKUM 

----------------------

YF : Tibatiba rasa macam famous kejap ;P



Comments

Unknown said…
Whoa! Nuff dah Ka-Ching!! ($_$).. Haha. Sy masih belum menetas hasilnya -.-
Yulia Fajrin said…
@Wan Fakhrul Rin : hahaha..ni pun kena tunggu 3tahun baru pecah tau!! :D
Awangku Johan said…
salam ziarah n salam perkenalan
apa rasanya d temuramah oleh wartawan?? best ke??haha..
saya pun join.. mai singgah blog saya ek lalu follow skali ek..
Naz Al Yahya said…
wahh~ di interview jgak ye? hehe..naz pn...

singgahla ke blog naz

http://yslgalz213.blogspot.com/
Yulia Fajrin said…
@Awangku Johan : best sangat!!hahha...okok :D
Lulu Caldina said…
semangat memalam kena temuramah..ngee
Yulia Fajrin said…
@Syarifah Nornazrah Al Yahya : heee..ok!! :D

@ Lulu caldina : tau tak pe...lepas tu..masuk dalam list pula :D
Nieyzar said…
ya,,, dunia blog skrng mmg makin dpt perhatian... sy setuju sgt..
aima in luv said…
piwitttt,, masuk majalah tue.. hehe..
aima pon join,, sempat gak rasa ditemu ramah.. ^_^
Luqman Zakaria said…
hehe :P kene interview la katakan!
Nadhirah AR said…
nuffnang saya baru retak kulit . belum menetas lagi . huhu . cool la nama diriku tu . senang je nak ingat :)
Yulia Fajrin said…
@aima in luv : hahaha..tahu takpe..ok3..nanti saya terjah kamu punya interview :D

@arep_lockermonth : baru nampak batang hdung kamu :D

@Nadhirah-chan : ye ke??terima kasih yaa :D

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?