Sunday, February 13, 2011

DI TIKAR ITU

Seringkali aku mencari
Mencari tempat untuk mengadu
Tapi di manakah ia
Agar bisa aku bersimpuh

Mungkin juga kerana aku alpa
Hingga hati tidak tercelik
Bahawa tempat itu
Sangat hampir denganku

Mungkin juga kerana aku leka
Hingga membiarkan dunia mengaburi mata
Meletakkan tempat itu
Sangat jauh dari dariku

Hingga aku tersedar
Hingga aku terjaga
Hingga aku tersadung
Hingga aku terjatuh

Di tikar itulah
Tempatku mengadu
Tempatku menangis
Tempatku merayu

Di tikar itulah
Aku berserah padaNya
Aku memohon dariNya
Agar keampunan diberikan
Sungguh aku tidak layak untuk itu

Di tikar itulah
Seringku termangu
Mengenang masa silam
Mengingat kisah duka

Di tikar itulah
Aku sujud
Hanya untukNya

--------------------------

YF : Iman adalah mutiara

2 comments:

eqbalzack said...

amin..

Wan Fakhrul Rin said...

Lagu ke sajak? Kallau lagu, nak dengar.. :) Terharu gile pengisian nye.. Thanks kongsi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...