HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Yeah...yeah...aku baru nak tengok...korang dah tengokkan...hahahhaa..ok..bab filem..memang aku lambat sikit sebab aku jenis download saja..nak tengok..tunggu la..2 3 hari ke..2 3 minggu ke..2 3 bulan ke..baru la terhegehhegeh nak tengok..melainkan..filem tu...sangatsangat menarik perhatian aku untuk ditonton...XD

Ok..filem ni memang lawak la..tapi aku rasa..masih ada kekurangan dia..nak cerita lebihlebih pun tak guna..aku bukan pengkritik filem yang bertauliah..tapi ramai yang puji cerita nih..entah..nak tahu kenapa diorang puji..ni aku bagi link dia..TONTONFILEM dan HANAELISIS..diorang punya review..memang terbaik..mungkin ada betulnya..masingmasing ada pendapat masingmasing kan..:)

Ada gak partpart yang tak logik..tapi bila fikir bab logik...semua cerita memang tak logik..kan?so, aku letak tepi la benda tu...yang sedihnya..ending dia..part HUSSIN (AWIE) tinggalkan CHE NIN (UMMI NAZEERA)..sebab BAPAK CHE NIN nak tunjukkan kubur CHE NIN..haish..cinta bila tak kesampaian..di alam sana pun terganggu kan...;(

Poster HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH :-


Barisan pelakon :-


Babak menarik :-


Sinopsis :-

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’



Trailer :-



Nak download??Sila pergi ke ALLMOVIES atau WISERNET..hah...kat sini..banyak movie..nak download semua pon boleh..lagi diorang suka..XD
Siapa dah tengok..sila komen ek...review samasama XD
ASSALAMUALAIKUM 

----------------------

YF : Orang akan ingat kita bila kita ingat kat orang, tapi betul ke?

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?