Tuesday, February 22, 2011

MAK DARA 1ST GIVEAWAY (GA)!!!

Yeahaaaa!!sesudah lama aku tak join GA...sebab touching..asyik kecundang saja..hahhahaaha..GURAU ok..

Ni dari MAK DARA kita yaa!!dia ni penulis skrip tau!!waaaa...sangat COOL!!


TAJUK DRAMA : "AKU BUKAN DIA"

Sinopsis :-

Ada sepasang kembar yang bernama FARISH dan FARIZ.  Mereka dilahirkan dalam keluarga yang berada. Namun, mereka bukanlah kembar yang sering difikirkan.  Dari kecil, mereka asyik bertelingkah walaupun merupakan sepasang kembar yang seiras.  Sering berbeza pendapat dan ini membimbangkan kedua ibu bapanya.  Farish berjaya menyambung pengajiannya dalam jurusan kedoktoran di Mesir manakala Fariz lebih berminat menjadi seorang jurufoto dan ini sering membuatnya tidak lekang di rumah.  Kadangkadang, berbulanbulan tidak pulang ke rumah hanya kerana ingin memuaskan hatinya dalam bidang yang diminati.  Fariz juga sering merantau ke negara lain untuk mengumpul koleksinya sendiri.

Farish telah bertemu dengan calon isterinya di Mesir,  Maiya dan ingin melangsungkan pernikahan di Malaysia setelah tamat pembelajaran mereka di sana.  Namun, Fariz enggan menghadiri majlis tersebut.  Alasannya, sibuk dengan kerjanya di negara orang. Bagi Farish, ketidakhadiran adiknya Fariz telah membuatnya sedikit terkilan.  Majlis tetap diteruskan.  

Fariz pernah pulang ke rumah tetapi malangnya, Fariz tidak dapat bertemu dengan kakak iparnya kerana Maiya mengikuti Farish ke UK atas urusan kerja.  Hanya melalui foto di dinding Fariz mengecam wajah kakak iparnya. Namun, malang itu tidak berbau.  Sewaktu di UK, Farish kemalangan dan maut di tempat kejadian.  Kehidupan Maiya setelah kejadian itu terumbangambing kerana Maiya terlalu menyintai Farish.

Maiya membawa diri ke Pulau Redang atas nasihat mertuanya untuk menenangkan fikiran bersama adik Maiya, Kaisarah.  Di situ, Fariz telah kelihatan.  Maiya, seakan tidak percaya.  Suaminya, Farish sedang menuju ke arahnya bersama kamera DSLR milik Fariz. Fariz pula sungguh terpikat dengan keayuan Maiya sehingga dia terasa, dia pernah berjumpa dengan wajah ini.  Tapi dimanakah??

Maiya tidak tahu Farish mempunyai seorang kembar, hanya mengetahui Farish mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Fariz dan Farish jarang sekali menceritakan apa apa pun mengenai Fariz.  Apakah ini sebuah permulaan pada sebuat pengakhiran??

Nak tahu ending dia..cuba tanya MAK DARA... XD

Mangsa Tag :-


Good luck yaa!!
Harapharap MAK DARA tak tergelak ya baca SINOPSIS..agak klise tapi saya suka...:)
Siapa yang nak join..sila klik banner MAK DARA ya XD
ASSALAMUALAIKUM

------------------------------

YF : Berangan nak jadi krew belakang tabir 

1 comment:

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

As Salam .. Idea anda ini sungguh bernas dan menarik dan sayang jika hanya dibiarkan begitu saja..

Anda berminat untuk menjadikan karya anda ini menjadi sebuah novel.. Drama atau Filem... Sila ke link ini

http://www.bicaramakdara.com/2011/11/50-jemputan-untuk-para-blogger.html..

Seramai 50 BLOGGER bakal mendapat jemputan ke acara MC PITCH ini.. Siapa tahu mungkin karya anda akan ditayangkan di novel TV atau di semua panggung wayang di Malaysia. all the best..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...