Wednesday, February 2, 2011

SUDIKAH AWAK MENJADI IMAM DALAM SETIAP SOLAT SAYA.....

Satu ketika awak bertanya saya.

"Sudikah awak menjadi Makmum di setiap solat saya, agar solat saya lebih bermakna dan terjaga hendaknya?".

"Sudikah awak menjadi Penjaga diri dan maruah saya agar hidup saya lebih tenang dan bahagia?".

"Sudikah awak menjadi Pendidik hati dan jiwa saya agar rohani saya terisi hikmahNya dan akhlak saya terjaga hendaknya?".

"Sudikah awak menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkah saya agar saya tahu mana salah dan buruk laku saya?".

"Sudikah awak menjadi Peneman di kala suka dan duka saya agar satu hari, jika ujian itu datang, air mata saya ada yang menghapuskan?".

"Sudikah awak menjadi Pembela diri saya dan agama saya agar saya terus berada di atas jalan yang benar?".

"Sudikah awak menjadi Penggerak semangat saya agar bila saya kelesuan awak mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman?".

"Sudikah awak menjadi Sahabat buat diri saya, mendengar luahan hati saya agar saya boleh berbicara apa saja dengan awak tanpa rasa ragu?".

"Sudikah awak menjadi Penghibur ketika saya kesunyian agar saya boleh ketawa riang?".


Satu ketika saya menjawab.

"Ya, saya sudi. Kerana awak pilihan saya kerana ILLAHI dan awak juga memilih saya kerana petunjuk RABBI".

Tetapi, saya kembalikan soalan ini kepada awak.

"Sudikah awak terus menjadi IMAM di setiap SOLAT saya jika saya sudah tidak seperti dulu?".

"Sudikah awak pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghibur saya?".

"Jika suatu ketika nanti saya sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solat awak. Jika saya sudah tidak mampu lagi menjaga awak, menemani awak, memerhatikan awak, mendidik awak, membela awak, menggerakkan awak, menjadi sahabat awak dan
menghiburkan awak, sudikah awak wahai *******?".

Saya percaya awak masih sudi.

"Kerana saya pilihan awak kerana ILLAHI dan saya juga telah memilih awak kerana petunjuk RABBI".


*Catatan : Sumber dari Cik Eniey

--------------------------

Sering tertanya..adakah Imamku ini di atas dunia?
ASSALAMUALAIKUM...:)

--------------------------

YF : Ku mencari..Ku mencari..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...