Wednesday, February 16, 2011

TEATER TERIMA KASIH CINTA!!!

Waaaaaaaaaaaaaaa!!Aku teringin nak pergi ISTANA BUDAYA (IB) tuuu!!!nak tengok TEATER!!!seriously nak sangat pergi IB tu!!!siapa nak bawa aku pergi sana???angkat duadua belah kening!!! XDD

Aku tak tahu kenapa aku teringin gila nak tengok teater kat IB nun...mesti best kan...tengok depan mata..berlakon secara live...huhuhhu..tak ada rezeki lagi la gamaknya nak pergi...;((

Ok..antara teater yang aku teringin nak tengok tapi tak tertengoktengok -.-  :-

  • MUZIKAL PUTERI GUNUNG LEDANG
  • THE RED KEBAYA
  • MUZIKAL CUCI
  • MUZIKAL TUN MAHATHIR

Hah..itulah yang aku rasa nak tengok setakat nih..tapi..tak berkesempatan kan...korang la ni..tak nak bawa aku pergi IB nun..tengok teater...kan aku dah kempunan nih -.-

Maafmaaf...banyak merepek ini malam...okok..jom teruskan review pasal TEATER TERIMA KASIH CINTA nih ek...lagi satu...teater ni..diadaptasi dari filem CINTA..ala..filem yang meletupletup dulu tuh..tu sebab teringin nak tengok teater nih..menarikkan?hah, apa??tak ingat??pergi GOOGLING..malas mak nak layan -.-

-----------------------


Sinopsis :-


Muzikal Terima Kasih Cinta mengisahkan 5 cerita cinta yang digarap dengan kemas untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.

Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah terbaik untuk keluarganya. Baginya keluarga adalah segalanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?

Rubiah seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu dengan seseorang yang dianggapnya sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubat kesepiannya. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?

Memiliki segalanya, tetapi bukan cinta. Itulah Azlan seorang hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?

Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam perangkap pilihan, antara cinta dan pertalian darah?

Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

Lima kisah cinta yang digabung dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta berkongsi nafas yang sama bagi mengakui kehebatan kuasa cinta yang akan mencetus rasa cinta yang pernah dialami penonton sendiri; yang pastinya pernah bercinta, mencintai dan dicintai.

Senarai pelakon :-



Sembilan pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, Anding Indrawani, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara AF1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.

Tiket :-

  • RM30
  • RM70
  • RM100
  • RM150
  • RM180
  • RM200
  • RM250
  • RM300

Tarikh dan tempat :-


Bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.

*Catatan : Sumber dari ZONFINITI dan ISTANA BUDAYA

-----------------------

Amacam??ada berminat??kalau berminat beli dua tiket ok..satu untuk kau..satu lagi untuk aku..hahahhha!!
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------

YF : Yang terpuji

2 comments:

juju.johanizah said...

cambest

DiriKu said...

@juju.johanizah : jangan lupa ajak ya XD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...