Sunday, March 20, 2011

JUJURKU MELUAHKAN RASA


Telah tiba masa
Untuk ku berkata jujur
Dalam meluahkan rasa
Agar tiada keraguan

Telah tiba masa
Untuk kau mendengar
Setiap bait yang dicipta
Agar kau mengerti

Tapi aku tahu
Betapa itu merbahaya
Kelak masa mencemburui
Kisah kita

Aku juga tahu
Rasa ini tidak sama dengan dirimu
Sungguh ku tidak mengerti
Mengapa ini semua berlaku

Telahku runtuhkan dinding hati
Tanpa ku sedari
Telahku pecahkan tembok rasa
Tanpa ku ketahui

Percayalah
Ini bukan yang ku pinta
Rasa ini datangnya dari Tuhan
Dan aku bahagia dengan anugerahNya

Kini ku tawakkal atas segalanya
Kelak tidak ingin rasa menyesal
Atas kelewatan meluahkan rasa
Lega mulai bersarang di hati

Berapa lama
Tidak ku pasti
Mungkin sampai ku mati
Mungkin juga panas sekadar di tengahari

Pasrahku dalam penantianmu

-------------------------------

YF : Bakal melihat dia pergi selamanya

Saturday, March 19, 2011

CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN || DUGAAN

Memang dugaan kalau orang yang kita sayang dan cintai tak memberikan reaksi yang sama macam kita berikan pada mereka...sadis bhai...

Aku tengok pun 'sakit'...kalau aku rasa sendiri...fuh....memang frust menonggeng la aku...bukan menonggeng daa...segala aksi akan aku buat #aksibebas -.-

Sedih weih..bila tengok sahabat kita...jatuh hati kat orang yang tak memberikan respon positif...betul...sebab diorang ni...macam jatuh cinta sendirisendiri tau...sendiri pujuk...sendiri nasihat...sendiri bahagia...sendiri kecewa...semuanya serba serbi sendiri laa..

Lagi sakit kalau dia tak cerita kat kawan yang rapat..ni memang tanggung sendirian berhad laa...tak ada faedah...semua untung sakit terletak kat bahu sendiri...memang aku kagum orang macam ni...TABAH gila kot...=.=

Aku nasihatkan...bertindak selagi boleh ok...takut menyesal tak sudah pula...sebab tak bertindak dari awal lagi...kalau dah bertindak..tapi masih tak ada respon...serahkan saja pada yang lebih mengetahui..pasti ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian yang menimpa...

Walau apa pun...aku sokong walau apa pun yang korang buat...sekiranya itu boleh membuat korang bahagia... :)
ASSALAMUALAIKUM


------------------------------------

YF : Selemah-lemah insan ialah aku :)


THINKING ABOUT YOU



Pernah tak rasa macam ni??
Aku??entah...pernah kot...
Tapi siapa ya aku fikirkan?
Senyum sajalah labu :)
ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------

YF : Bila hatiku dilukai

Friday, March 18, 2011

MAINAN MATA || KAGUM TAPI RASA MALU

Kalau korang terror....amatilah gambargambar di bawah nih...cuba teka..apakah ia...aku dapat gambar dari Senior Exec aku punya adik...by email yaa.. XD

Aku KAGUM gila kot...sebab sangat kreatif!!!

Tapi aku MALU juga..sebab ini adalah KAUMKU sendiri...berbuat begini...lihat dan nilailah sendiri..

-----------------------------




















------------------------------

Kesimpulannya...entah... -.-
ASSALAMUALAIKUM

------------------------------

YF : Love is Never Ugly

FOLLOWER BERTAMBAH || TERHARU


Syukur ALHAMDULILLAH...ada yang sudi yang menjengah blog aku yang serba kekurangan ini...maaf sangat...tak dapat nak balas kunjungan anda yang sangat saya hargai...nanti saya usha blog kamu semua yaaa...harap bersabar... :)

Entri pun nak hidup segan...nak mati malu..eh..betul ke nih...entah..taram je laaa...2 minggu ni..aku sibuk sikit...penat banyak...mengantuk lebih...

Busy dengan kerja...konvo...dan upu...haish... *ayah aku suruh aku sambung belajar...harap maklum -.-

Tapi masalah aku..aku tak tahu nak ambil kos apa bhai...harap korang boleh tolong aku...please..*harapan -.-

Hehoooo...lari tajuk...entri ni khas untuk followers aku ya...walaupun belum cecah 200 lagi...aku dah rasa terharu sangat nih XD

Heeee...hasilnya...aku dah pindahkan ruangan FOLLOW ke atas...cewah....konon hebak la tuh *kepoyoan terserlah..harap dimaafkan :)

Nanti aku jalanjalan kat blog korang ya...INSYALLAH...sekarang ni..aku just tak nak blog aku ada lipas je...habuk sikitsikit tu..biasalah kan.. :)

ASSALAMUALAIKUM

------------------------

YF : Kau akan pergi ;(

JANGAN KATA SAYA BAIK


Ya..jangan kata saya baik..saya tersangatlah JAHAT...benar...tiada yang dusta melainkan benar...

So, kesimpulannya..JANGAN KATA SAYA BAIK...jauh panggang dari api...tak percaya??silalah percaya...

Kenapa aku bagitahu begitu...sebab ada orang kata aku baik...please..please..jangan buat saya jelak dengan diri sendiri..sememangnya sudah jelak pun -.-

Itu saja pengumuman dari YF...

Terima kasih... :)

ASSALAMUALAIKUM

------------------------------

YF : Speechless

Thursday, March 17, 2011

AKU AKAN MENJAGAMU, HIDUP DAN MATIMU || DIK

Kat pejabat...aku download je lagulagu WALIBAND kat 4SHARED...tapi tak ambil tahu sangat lirik dia..sebab aku tahu..lagu dari WALIBAND memang best!!

Tibatiba...satu hari tu...aku amati lirik lagu ni...sebab playlist aku akan bermain dari pagi sampai lah balik..baru aku perasan..lagu ni best..

Tak caya?jom dengar dan amati lirik dia sekali ya.. :)

--------------------------------


Lirik -

Dik, aku pinta kau akan slalu setia
Dik, aku mohon kau slalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah

Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh

Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku
Dik, ingin aku cinta dan cinta slalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah

Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh




--------------------------------

Best kan?
Ok..next entry please!!
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------

YF : Yula Yula :)

Monday, March 14, 2011

BILA AKU JATUH CINTA

Bila aku jatuh cinta...
Aku jadi gila
Gila bukan kerana tiada akal
Gila kerana akal dikawal perasaan

Bila aku jatuh cinta...
Benda mustahil boleh dilakukan
Bukan untuk mendapat nama dimata dunia
Agar si dia boleh melihat hanya diriku

Bila aku jatuh cinta...
Siang malam teringatkannya
Hingga boleh tersenyum sendirian
Inilah angau namanya

Bila aku jatuh cinta...
Baik buruk terima apa adanya
Silap salah dimaafkan
Yang ku tahu dia perlu ada disisi

Bila aku jatuh cinta...
Segalanya tampak indah
Tiada cacat cela
Hanya kebahagiaan yang dirasai



---------------------------

Eh..ye ke nih??korang rasa macam tu tak??
Tetiba je aku post pasal ni..apesal bhai??
hahahahaha..ok...aku dah mereng pepagi buta ni...
Layan je lah labu -.-

ASSALAMUALAIKUM

---------------------------


YF : 14 tahun lagi

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Kesinambungan entri bawah nih...aku pergi la ke MIDVALLEY untuk menunaikan hasrat sahabat aku tadi..untuk menonton wayang...ada dua pilihan waktu tu..HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM) dan BEASTLY..sampai sana dalam jam 4.00pm rasanya...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA - 4.25pm (SELLING FAST)

BEASTLY - 6.00 (AVAILABLE)

Tapi sahabat aku tadi lebih berat kepada HMM..kebetulan...selepas beratur di dalam dalam barisan yang panjang berjelajela....turn kaunter kitorang..ada pula mamat ni pergi sergah kaunter kitorang....amboi...boleh tahan kau ya...-.-

Tapi watlek dulu...mamat ni bercakap la dengan staf yang bertugas kat kaunter tu..aku tak berapa nak dengan sangat..sahabat aku dengar laa..tapi mamat tu blah..muka macam hampa je kan..
Sahabat aku ni pula..katanya...mamat tu nak tukar tiket HMM jam 4.25pm kepada jam 7.00pm..hah???biar betul???

Sahabat aku kata...nak kejar balik mamat tu..sebab kitorang memang nak masuk awal dan kebetulan movie tu...ialah HMM...kitorang kejarlah mamat tu...weih..nasib baik mamat tu patah balik!!!hahahhahahhaa!!teruslah kitorang sampaikan hajat...dan pergi ke kaunter balik untuk beli tiket yang mamat tu nak...tapi sayang laaa..tempat duduk mamat tu tak sebagus tempat duduk tiket asal mamat tu..haish..nak buat macam mana kan...memang rezeki kamilah waktu..lancar je perjalanan kami..mihahhahahahhah!!!best gila kot!!

Sudah YF...jangan nak membebel sangat...ingat orang suka tengok bebelan kau ni -.-
Jom kita ke tajuk sebenar!!yeah!!

--------------------------------

Poster -

Babak menarik -


Barisan pelakon -

Pelakon utama bersama Pengarah dan Penerbit

Pelakon Utama

  • Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah. Watak utama filem.
  • Dato' Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.
  • Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong.
  • Khir Rahman : Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li Hua

Pelakon Pembantu

  • Jehan Miskin: Embi
  • Nell Ng : Ying Ying
  • Umie Aida : Lang, ibu Merong Mahawangsa
  • Mano Maniam : Warga Goa
  • Maya Karin : Warga Goa

Pelakon Sampingan

  • Jing Lusi : Meng Li Hua, Puteri China
  • Gavin Stenhouse : Marcus, Putera Rom
  • Craig Robert Fong : Liu Yun, Laksamana China
  • Eric Karl Henrik  Norman: Lycius, Laksamana Rom
  • Keith Chong : Maharaja China
  • Deborah Henry : Yesoddhra
  • Wan Hanafi Su : Taji
  • Kuswadinata : Phra Ong

*Catatan : Sumber dari PENDEKARBERKUDA

Sinopsis -

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. (sinopsis penuh)

Trailer -


Lagu tema HMM -


--------------------------------

Keseluruhan cerita ni..aku boleh tepuk tanganlah kan...iyalah..filem Melayu ni bhai..bukan filem Barat...kira KRU cuba buat yang terbaik untuk filem ni..walaupun masih ada lagi kekurangan yang tak dapat nak dielakkan...

Tapi aku suka pantun dia....

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.


Dan beliau ;)

Gavin Stanhouse

Comel dowh!!!!haish...dia berlakon pun..boleh tahan lawak juga tau...kehkehkehkeh XD

Ok..cukup la tuh..nak kena tolong adik menaip jap -.-
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------

YF : I don't know who you are
But I'm with you
Always <3

PWTC || PERTAMA KALI JEJAK KAKI


Hahahahhaha...batak gila seyh!!!tapi aku tak tipu ar....BUAT JULUNGJULUNG KALINYA...YULIA FAJRIN SUKIRMAN aka YF..telah menjejakkan kakinya yang busuk ini ke PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC) pada hari Sabtu bersamaan 12 Mac 2011.

Aku datang sana bukan sukasuka nak melepak ok..aku datang sebagai pengunjung KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2011.  Dari aku tengok kat surat khabar lagi, aku nak singgah di karnival ni...tapi aku terlupa..sampailah seorang HAMBA ALLAH ni bagitahu aku...yang beliau pun telah berada di sana...punyalah aku terkilan sebab aku terlupa betul pasal karnival ni..ye lah..ingat hari Sabtu tu nak kerja...tapi bangun terlewat pula..haish..


Lepas aku sedar je keterlupaan aku pasal karnival nih..terus aku terfikir untuk pergi memandangkan jam pun rasanya lebih kurang 1030am..apalagi...yang nak sambung belajar...tinggal aku dengan seorang sahabat aku ni je...Shakirah..dengan rushingnya..kitorang bersiapsiap...dan menaiki BAS RAPIDKL yang aku sayang gila!!!hahahahahha...weih..penat gila kot hari tu...berlari je kerjanya...

Sampai sana dalam pukul 2.00pm macam tu..jadi, kitorang pun bergeraklah menjelajah satu PWTC...ups..tipu tu..aras 3 je ok...aras lain tak ada kena mengena dengan hidup aku -,-
Kebanyakkanya booth kolejkolej je..yang IPTA..sikit je tau...sedih aku...sobsobsob...
Aku sedih..sebab aku tak tahu sebenarnya nak pilih kos apa..tu sebab aku perlukan brochurebrochure yang ada kat situ...untuk aku telek sehabis baik *yang ada pun tak habis belek lagi..YF YF..apa nak jadi -.-

Kat dalam PWTC tu..dalam sejam jugaklah rasanya...yang sahabat aku ni...dok ajak aku tengok movie pula...haiyaaaa..tengok pitih sat...cukupcukup...hahahahahha...nak tahu aku tengok cerita apa??Jumpa kat entri lain yaaa XD

ASSALAMUALAIKUM

-------------------------

YF : 12 Mac 2011
Sejarah telah terlakar dengan sendirinya

DI SEBALIK TSUNAMI JEPUN || AL-QURAN

Sesungguhnya...
Yang datang dariNya...
Benar belaka...
Tiada yang kurang mahupun lebih...
Itulah Tuhanku...
Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui...

-------------------------

Aku baru buka dashboard...mataku laju tertancap pada entri dari BUDAK LOGAM...setelah diamati...sungguh...meremang bulu romaku...

Jom baca sesama..apa yang ada disebalik TSUNAMI JEPUN di dalam AL-QURAN...


1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. Jadi, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzuk ke 14 Al-Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah Al Hir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bagi ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

Jadi dalam 1432, 14 dh diketahui Juzuk Al-Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,jadi nombor rahsianya adalah 3.

Di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
jadi seterusnya 2+1 = 3
proved *. yang di maksudkan dengan nombor 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Tuhan maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6.

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia, gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat, betapa benarnya ayat Al-Quran. Segala yang di nyatakan tetap berlaku. Walaupun suduh berabad kitab Al-Quran diturunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Dipercayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran dan segala yang diungkapkan di dalamnya.

8. WAllahhu Allam.

*Catatan : Sumber dari ISKANDAR ZULKARNAIN

-------------------------

Speechless...
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------

YF : Aku milikMu

Sunday, March 13, 2011

SANGKAANKU


Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu membuatkan hatiku tidak tenang

Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu membuatkan fikiranku tidak menentu

Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu perhubungan bisa retak

Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu membuatkan aku gelisah

Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Kerana itu menjadikan aku insan yang negatif

Ya Allah...
Aku tidak ingin bersangka buruk
Sungguh
Tapi tidak dapat aku elakkannya

Aku cuba Ya Allah...
Untuk tetap tersenyum
Dengan dugaanMu

Aku cuba Ya Allah...
Untuk tetap bertahan
Dengan rintanganMu

Aku cuba Ya Allah...
Masih mencuba
Tetap mencuba
Sehabis dayaku
INSYAALLAH

ASSALAMUALAIKUM

--------------------------

YF : Terkilan dalam gembira
Lelah dalam kepuasan

Tuesday, March 8, 2011

KUBUR LAIN-LAIN || MASIH ADA SIKAP INI

Fuh..setelah penat bekerja seharian..baru dapat update satu entri ni *penat la sangat kau ni YF -.-

Tadi..ada juga aku menjelajah blog ke blog..cerita la pasal pakaian artis wanita ni..pakai tudung.macam tak pakai tudung...itulah yang empunya blog komen...

Pastu..ada pula HAMBA ALLAH ni..yang memberikan pendapat...suka hatilah artis tu nak pakai tudung macam mana pun..KUBUR LAINLAIN KAN??aku rasa masa zaman duludulu..memang adalah istilah ni..tapi zaman dah berubah de..dunia pun makin maju..ilmu pun..takkan takat situ je kan..sendiri mahu ingat laa -.-

Aku malas nak cerita panjang..korang semua boleh singgah kat KOMUNITI ILUVISLAM dan FLAINI...


Asal nak nasihat sikit je..melenting..sikitsikit..melenting..kalau diam je..tak apalah..lainlah kalau orang yang nasihat tu..nasihat macam nak belasah orang..hah..tu tak apalah kau nak melenting..aku tak faham betul lah...

Aku pun selalu juga orang nasihat..tapi antara mengiyakan atau diam je..sebab benda betul kan..takkan nak karate pula orang tu...kena saman pula aku -.-

Muhasabah diri sentiasa :)
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------

YF : Terlerai sudah

Monday, March 7, 2011

KESIBUKAN YANG MELAMPAU


YF...jangan nak hiperbola sangat kat sini... *nak buat camne..betul pon -.-

Maafmaaf...aku dah tak update blog bape hari tah...aku tak kira..SIBUK + PENAT = URAT TEGANG -.-

Banyak juga aktiviti aku hujung minggu nih...dan bila malam menjelma..mata aku merayu suruh tutup awal..jangan seksa dia lagi...dia dah penat...huhuhu...sedih aku dengar rayuan dia ;(

Ok..aku nak ringkaskan aktiviti aku ya..

Malam Sabtu

Pergi buang resdung (keluarkan cacing..gila weih..real kot!!banyak tak hingat!! -.- )

Hari Sabtu

Setengah hari aku kat pejabat..buat kerja
Setengah hari lagi..pergi keluar dengan famili cari baju untuk konvo
Tak tahu la ok ke tak
Tengok je lah nanti bila Hari Konvo aku tiba -.-
Itu pun kasut dan tudung tak beli lagi
Bila tah nak pergi beli
Tudung pun tak tahu nak pakai yang jenis apa
Kenapalah aku suka buat benda yang senang jadi susah? -.-
*persoalan yang aku tak leh nak jawab

Hari Ahad

Aku kerja lagi
Dari pukul 930am sampai 10.00pm tadi
Gila tak? -.-
Entah..no feeling

Esok

Kerja la..macam biasa -.-
Tak tahulah balik lambat ke tak -.-

Ok..aku bosan dengan entri ni..
Jumpa entri lain -.-

ASSALAMUALAIKUM

----------------------------

YF : Finally, I met 'YOU'

WHAT ARE WORDS

Beliau mungkin sudah terkeluar dari TOP 24 dalam AMERICAN IDOL (AI) SEASON 10...tapi itu bukan bermakna perjalanan beliau juga harus tamat di situ...

Kisahnya terlalu syahdu untuk dilihat..
Jadi..sebuah lagu telah dihasilkan..
Dengan linangan air mata..
Dan semangat yang tabah..

Tidak guna menabur kata..
Kalau tidak dikotakan..
Tidak guna berkasih sayang..
Kalau tidak berani di saat susah..





Segalanya terletak pada hati...

*Adakah aku setabah itu? ;(

ASSALAMUALAIKUM

---------------------------

YF : Be strong

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...