Monday, March 14, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Kesinambungan entri bawah nih...aku pergi la ke MIDVALLEY untuk menunaikan hasrat sahabat aku tadi..untuk menonton wayang...ada dua pilihan waktu tu..HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM) dan BEASTLY..sampai sana dalam jam 4.00pm rasanya...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA - 4.25pm (SELLING FAST)

BEASTLY - 6.00 (AVAILABLE)

Tapi sahabat aku tadi lebih berat kepada HMM..kebetulan...selepas beratur di dalam dalam barisan yang panjang berjelajela....turn kaunter kitorang..ada pula mamat ni pergi sergah kaunter kitorang....amboi...boleh tahan kau ya...-.-

Tapi watlek dulu...mamat ni bercakap la dengan staf yang bertugas kat kaunter tu..aku tak berapa nak dengan sangat..sahabat aku dengar laa..tapi mamat tu blah..muka macam hampa je kan..
Sahabat aku ni pula..katanya...mamat tu nak tukar tiket HMM jam 4.25pm kepada jam 7.00pm..hah???biar betul???

Sahabat aku kata...nak kejar balik mamat tu..sebab kitorang memang nak masuk awal dan kebetulan movie tu...ialah HMM...kitorang kejarlah mamat tu...weih..nasib baik mamat tu patah balik!!!hahahhahahhaa!!teruslah kitorang sampaikan hajat...dan pergi ke kaunter balik untuk beli tiket yang mamat tu nak...tapi sayang laaa..tempat duduk mamat tu tak sebagus tempat duduk tiket asal mamat tu..haish..nak buat macam mana kan...memang rezeki kamilah waktu..lancar je perjalanan kami..mihahhahahahhah!!!best gila kot!!

Sudah YF...jangan nak membebel sangat...ingat orang suka tengok bebelan kau ni -.-
Jom kita ke tajuk sebenar!!yeah!!

--------------------------------

Poster -

Babak menarik -


Barisan pelakon -

Pelakon utama bersama Pengarah dan Penerbit

Pelakon Utama

  • Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah. Watak utama filem.
  • Dato' Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.
  • Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong.
  • Khir Rahman : Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li Hua

Pelakon Pembantu

  • Jehan Miskin: Embi
  • Nell Ng : Ying Ying
  • Umie Aida : Lang, ibu Merong Mahawangsa
  • Mano Maniam : Warga Goa
  • Maya Karin : Warga Goa

Pelakon Sampingan

  • Jing Lusi : Meng Li Hua, Puteri China
  • Gavin Stenhouse : Marcus, Putera Rom
  • Craig Robert Fong : Liu Yun, Laksamana China
  • Eric Karl Henrik  Norman: Lycius, Laksamana Rom
  • Keith Chong : Maharaja China
  • Deborah Henry : Yesoddhra
  • Wan Hanafi Su : Taji
  • Kuswadinata : Phra Ong

*Catatan : Sumber dari PENDEKARBERKUDA

Sinopsis -

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. (sinopsis penuh)

Trailer -


Lagu tema HMM -


--------------------------------

Keseluruhan cerita ni..aku boleh tepuk tanganlah kan...iyalah..filem Melayu ni bhai..bukan filem Barat...kira KRU cuba buat yang terbaik untuk filem ni..walaupun masih ada lagi kekurangan yang tak dapat nak dielakkan...

Tapi aku suka pantun dia....

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.


Dan beliau ;)

Gavin Stanhouse

Comel dowh!!!!haish...dia berlakon pun..boleh tahan lawak juga tau...kehkehkehkeh XD

Ok..cukup la tuh..nak kena tolong adik menaip jap -.-
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------

YF : I don't know who you are
But I'm with you
Always <3

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...