Monday, April 11, 2011

"8C" || SUAMI BENCI ISTERI

Suami benci isteri??How dare you!!! Tapi ini benci bukan sebarang benci tau..mungkin BENCI tu agak keterlaluan bunyinya...okok..aku letak kurang berminat la ek...ok? Jangan marahmarah ek Sang Isteri..sekadar ingin berkongsi apa yang aku tahu sajalah...manalah tahu..esok lusa aku bakal jadi Sang Isteri pula kan...eceh..dah YF..jangan nak berangan superduper pula yaa...#beranganjapun -.-

"8C" ini telah dikongsikan oleh Dr Fadzilah Kamsah...(melalui emel yang telah diforwardkan kepada aku)

--------------------------------------------

C1. CABAR 

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadzilah kata JANGAN CABAR SUAMI, nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata.

C2. CABUL 

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan katakata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan katakata yang tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR 

Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 

C4. COMOT 

Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comelcomel aje… Ada isteri kata - make up untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. 

C5. CEMBURU 

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukanbukan… 

C6. CEREWET 

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang classclass aje. Restoran nak ada air-cond aje. 

C7. CINCAI 

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadzilah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi…. 

C8. CUAI 

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

--------------------------------------------

Hah..ada yang terkena kat batang hidung sendiri la tu kan...buatlah yang terbaik untuk suami..syurga seorang isteri itu di bawah tapak kaki seorang suami...biarlah suami tu nak kahwin lain ke..apa ke..janji, tugas kita sebagai isteri telah dilaksanakan dengan baik...#nasihatuntukdiriakusendiri ;)

ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------

YF : Izinkan aku menjadi suri hatimu


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...