Saturday, April 23, 2011

KALAU DAN MUNGKIN MEMANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Betul tu...memang takkan dapat dipisahkan dalam arena kehidupan kita sebagai makhluk yang bernama MANUSIA...Kenapa aku cakap macam tu?Sebab aku sering bermain dengan dua perkataan itu....bermain maksud aku mengaitkan dua perkataan itu dalam hidup aku sampai aku pun dah naik keliru yang mana satu... sebab terlalu memikirkan kesudahan cerita sebelum melakukan aksi-aksi yang sepatutnya dicuba dahulu... 
-_-"

Korang pun mesti selalu gunakan??alah..jangan nak tipu sangatlah...hahhaha..contohlah kan..macam ni..

"Kalau aku masuk IPT nanti macam manalah kan hidup aku nanti?"
- Mungkin seronok...mungkin juga teruk...


"Kalau aku ambil kos ni...boleh bawa ke?"
- Mungkin boleh...mungkin juga terpaksa tukar kos lain...

"Kalau aku kerja kat tempat ni ok tak?"
- Mungkin ok...mungkin juga tak ok...

"Kalau aku couple dengan dia..bahagia tak aku?"
- Mungkin bahagia...mungkin juga berakhir dengan kekecewaan...

"Kalau aku beli baju ni...berbaloi tak?"
- Mungkin berbaloi..mungkin juga bakal akan menyesal...

"Kalau aku kahwin awal...boleh ke aku?"
- Mungkin boleh...mungkin juga belum bersedia lagi...

Hah...itu adalah contoh ok..tiada kena mengena dengan hidup dan yang mati...

Kesimpulannya di sini...TAK CUBA...TAKKAN TAHU...DAH CUBA..BARU TAHU...ok....faham tak semua??Dan aku cuba untuk mencuba itu semua...yang baik saja..INSYAALLAH...
ASSALAMUALAIKUM

------------------------------------

YF : Salahkah berterus terang?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...