Monday, April 18, 2011

MITOS DAN HAKIKAT || HAID

Tadi aku baca Harian Metro...bacalah mengenai haid...haid tu apa??memanglah aku nak bagi pelempang lajulaju kan...hahahaha...info ini secara umum tau...jadi, tak payahlah nak sentap sangat...tahu korang selalu percaya mitosmitos ni...kan??kan??kan??

--------------------------------------


Kepercayaan karut atau mitos mengenai haid sebenarnya ada pada semua bangsa cuma dalam versi yang berbeza.  Antara kepercayaan karut yang masih dipegang ramai wanita di seluruh dunia ialah :-

MITOS - Tidak boleh mencuci rambut ketika haid erana ia akan menyejukkan badan

HAKIKAT - Ketika inilah aspek kebersihan sangat penting.  Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mandi atau mencuci rambut.  Malah mandi dalam air suam boleh melegakan sakit perut akibat senggugut.  Bagaimanapun jika boleh jangan mandi dengan air yang terlalu sejuk kerana seara teorinya ia akan menyebabkan pengecutan rahim - yang membuatkan senggugut jadi lebih teruk.

MITOS - Tida akan hamil jika mengadakan seks ketika haid.

HAKIKAT - Tidak benar.  Islam melarang mengadakan hubungan seks ketika haid.  Bagaimanapun jika anda melakukannya, anda boleh mengandung.  Haid bukn pencegah kehamilan.  Anda masih boleh mengandung kecuali jika meggunakan kaedah pencegahan kehamilan seperti alat dalam rahim, pil perancang atau kondom.

MITOS - Sindrom prahaid (PMS) hana mainan perasaan sahaja.

HAKIKAT - Ketika haid, banyak perubahan hormon yang berlaku.  Perubahan hormon ini yang membuatkan emosi seseorang wanita berubah-ubah.

MITOS - Orang boleh tahu jika anda haid.

HAKIKAT - Tidak.  Hanya anda saja yang tahu perkara ini kecuali berlaku kebocoran sehingga darah haidd terkena pakaian.  Jika tidak, anda tidak perlu risau kerana orang tidak akan tahu dengan hanya melihat anda.

MITOS - Haid menyebabkan badan lemah, jadi tidak digalakkan bersenam atau melakukan aktiviti lasak.

HAKIKAT - Haid adalah fungsi badan yang normal bagi wanita.  Haid bukanlah satu kekurangan atau ketidakupayaan.  Anda boleh melakukan aktiviti yang sama seperti ketika tidak haid.  Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan haid boleh menyebabkan seseorang wanita cepat penat terutama bagi yang mengalami pendarahan banya atau ada masalah anemia (kurang darah).  Zaman dulu haid dianggap tempoh 'sakit' bagi wanita dan mereka dilarang keluar serta bergaul dengan orang ramai.

MITOS - Tempoh haid hanya tujuh hari saja.

HAKIKAT - Tempoh haid setiap orang berbeza.  Secara purata tempoh haid ialah empat hingga lima hari tetapi jika haid anda pendek (tiga hari) atau panjang (lapan hari), usah bimbang kerana ia adalah perkara normal.  Bagaimanapun sekiranya darah masih keluar selepas 15 hari, ia tidak dikira haid sebaliknya dipanggil darah istihadah.  Bagi wanita Islam, ibadat yang wajib perlu dilakukan walaupun masih mengalami pendarahan.

MITOS - Tidak boleh berenang ketika haid.

HAKIKAT - Larangan ini mungkin timbul sebelum kemunculan tampon dan 'cawan' penadah darah haid (kurang popular).  Wanita yang menggunakan tampon atau cawan haid boleh berenang tanpa sebarang masalah.

MITOS - Remaja tidak boleh guna tampon.

HAKIKAT - Semua perempuan boleh menggunakan tampon.  Bagaimanapun kebanyakan wanita di Malaysia bblebih selesa menggunakan tuala wanita yang bukan saja murah dan mudah.  Malah ia dapat mengelakkan masalah 'terlupa' untuk mengeluarkan tampon.

MITOS - Sesetengah amalan dapat memanjangkan atau memendekkan kitaran haid.

HAKIKAT - Tidak benar.  Tiada amalan atau pemakanan khusus yang dapat memanjang atau memendekkan tempoh haid.  Bagaimanapun penggunaan alat pencegahan kehamilan yang mengandungi hormon boleh mempengaruhi tempoh haid anda.

*Catatan : Harian Metro

---------------------------------------

Alah..tak payah nak malu sangatlah..zaman dah maju sekarang...kan??jadi, otak pun kira kena maju jugalah...tapi masih lagi perlu dikawal..itu harus.. :)
ASSALAMUALAIKUM

---------------------------------------

YF : I do C;

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...