Monday, April 11, 2011

MULUT KATA LAIN, HATI KATA LAIN || JENAKA

Eh..eh..siapa yang stres tu??tamo la stresmtres ni..tak syiok laa...malam Selasa kot...chill laa...aku nih kenapa??kang tak pasalpasal kena maki hamun pula...tamotamo...#takot -.-

Tak adalah..saja je nak ajak para pembaca baca apa yang sebenarnya yang ada dalam hati manusia ni berbanding dengan apa yang diluahkan...ini bukan nak provok sesiapa ok...suka suka je...#bendabetulpunkan

Dan aku tidak mengajak pun untuk berburuk sangka...ini sekadar lawak jenaka  dari Mulut Murai dari majalah Ujang...#tiadapeperanganok?? C:

Dulu selalu beli majalan Ujang, Apo?, Gempak, Gila-gila dan macammacam lah..itu zaman budak banyak duit...#tiadakenamengena XD

----------------------------------

1) - YANG BERKATA DI MULUT

" Wow! Cantiknya baju kurung yang ko tempah ni cik Kiah oi. Kat mana ko beli kainnya. Aku pun teringin la nak beli kain macam ko ni."

    - YANG BERKATA DI HATI

" Alahai cik Kiah oi! Setakat kain yang ko buat baju kurung ni aku buat langsir je. Tak pun aku buat alas meja makan kat dapur aku."


2) - YANG BERKATA DI MULUT

" Lasak sungguh anak ko ni ye Minah. Aku tengok dia suka benar memanjat sana memanjat sini. Mesti dah biasa jatuh kan."

    - YANG BERKATA DI HATI

" Nakal nak mampos betul la anak Minah ni. Abih reta aku berselarak di panjatnya. Kalau ikutkan hati, aku cubit - cubit budak ni kang!."


3) - YANG BERKATA DI MULUT

" Aku tengok lepas je ko pakai alat mekap tu, ko dah bertambah cantik. Mesti pakwe ko makin sayang kat ko kan?"

    - YANG BERKATA DI HATI

" Alaa... pakai la mekap tebal lapan inci pun kalau muka dah buruk tu tetap buruk jugak tu pasal la takde pakwe."


4) - YANG BERKATA DI MULUT

" Aku cukup respek dengan ko. Siang malam kerja cari duit. Mana nak cari orang rajin macam ko skang ni. Untung majikan ko ek."

    - YANG BERKATA DI HATI

"Kerja siang malam konon. Nak tunjuk rajin kat majikan la kononnya tu. Hidup tak jugak senang aku tengok."


5) - YANG BERKATA DI MULUT

" Nasik goreng yang awak buat tadi sedap sungguh la. Lain kali kalau awak buat lagi saya ingat nak jemput kengkawan makan."

    - YANG BERKATA DI HATI

" Nasi goreng mamak tu lagi sedap la. Ni ntah apa - apa ntah rasa nasik gorengnya. Ayam pun muntah kalau makan his! '


6) - YANG BERKATA DI MULUT

" Ha ha ha ko ni memang terer la buat lawak. Aku dah tak larat nak gelak dah. Kalau ko masuk pertandingan mesti ko buleh menang."

    - YANG BERKATA DI HATI

" Balik - balik buat lawak bodo. Tak gelak kang kut kecik ati plak. Layan je la. Nak buat macam mana dah dapat kawan macam ni."


7) - YANG BERKATA DI MULUT

“ Takpe walaupun ko cuma lulus SPM ko try je mintak keja tu. Nasib – nasib ko buleh dapat apa. Yang penting ko cuba.”

    - YANG BERKATA DI HATI

“ Tu laa... dulu tak nak belajar bebetul. Skang ni kan dah terhegeh – hegeh susah nak cari keja. Padan ngan muka ko.”


8) - YANG BERKATA DI MULUT

“ Meh la makan sekali. Alaa... toksah malu – malu. Rezeki jangan di tolak. Kita makan apa yang ada ni.”

    - YANG BERKATA DI HATI

“ Alaa... dah la aku beli sikit diorang ramai plak tu. Dah la diorang ni pantang di pelawa mesti nak punya. Menyesal aku beli tadi.”

Siapa tah yang edit gambar ni? -.-

----------------------------------

Betul tak???kalau betul, sila angkat tangan macam sayaaaa #UsopWilcha
ASSALAMUALAIKUM :)

----------------------------------

YF : Kau sudah berubah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...