Saturday, April 23, 2011

SERONOK KALAU DAPAT HATI YANG DINGIN

Kenapa seronok?
Sebab tak payah nak sesakkan kepala
Tak payah nak fikir lebihlebih
Fikir hati sendiri saja

Kalau dapat hati yang dingin
Tak kisah apa orang fikir
Tak kisah apa orang kata
Yang penting hal sendiri terjaga

Kalau dapat hati kering
Rasa apa pun memang tak terasa
Walaupun rasa cinta
Itu lagi bahaya

Kalau dapat hati kering
Muka pun tak ada riak
Kosong je
No feeling orang kata

Kalau dapat hati dingin
Cakaplah sesuka hati
Tak kisah apa orang akan balas
Yang penting puas

Tapi aku tak dapat hati macam tu
Pernah cuba nak buat
Tapi yang jadi sebaliknya
Lagi parah adalah

Sudah tetap sudah
Aku dah terlajak perahu
Memang susah nak patah balik
Yang penting destinasi seterusnya
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------------

YF : Sememangnya diri aku penuh dengan kekecewaan

1 comment:

AimanAriffin said...

Only time will answer to all your questions. Until that time come. Believe that you have been chosen to fall inlove with HIM, Allah S.W.T. Have faith and be strong okay ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...