Thursday, June 30, 2011

PUCUK DICITA, ULAM MENDATANG

Heh...pagi tadi aku dapat migraine...tapi tak kuat sangatlah...bangun tidur tadi...rasa nak tidur balik je!!!tak larat...huhuhuhu....


Datang office, aku diminta untuk menjaga bahagian receptionist pula...memang PUCUK DICITA, ULAM MENDATANG lah kan...aku nak 'berehat'...kehkehkehkeh!! XDD


Biarlah orang nak kata apa...memang aku rasa penat dan sakit kepala...haish...tapi nasib baik cepat hilang setelah menelan sebiji Actifast...


Dan lunch aku tadi...diselangi gelak ketawa bersama Aishah, Haniza dan Shakirah...terima kasih... :)
ASSALAMUALAIKUM




-------------------------------------------------

YF : Terkejut sahabat aku dah kahwin

WORDLESS MORNING #1


-----------------------------------------------------

YF : Fine! Fine! Fine

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY


---------------------------------------------------

YF : Cinta kita tidak mungkinkan menyatu

AKU TIDAK SEHEBAT MEREKA

Aku taklah cantik macam mereka...
Aku taklah menarik seperti mereka....

Aku taklah sepandai mereka...
Aku taklah sepetah mereka...

Aku taklah seanggun mereka...
Aku taklah selincah mereka...

Apabila mereka melebihi diri aku...
Terdetik rasa cemburu...

Apabila mereka mengatasi aku...
Terkeluar rasa rendah diri...

Ikhlaskan segalanya...
Hanya itu yang mampuku lakukan...
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------------------

YF : Changes, I NEED THAT 

Tuesday, June 28, 2011

WORDLESS TUESDAY


-----------------------------------------------

YF : Kasihku mungkir

Monday, June 27, 2011

WORDLESS MONDAY


---------------------------------------------

YF : Cinta akan berlaku berkalikali
Cinta sejati hanya datang sekali

Sunday, June 26, 2011

96 PERKARA TENTANG LELAKI YANG PERLU DIKETAHUI

LELAKI oh LELAKI...
Kenapalah korang ni susah sangat nak ditackle?
Kenapalah korang ni susah sangat nak difahami?
Kenapalah korang ni susah sangat nak diselami?

Erk...layan je lah...-_____-

----------------------------------------------------


  1. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka.
  2. Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  3. Lelaki benci kekasih mereka di'ngurat'.
  4. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  5. Ketika seorang lelaki berkata dia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  6. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? " adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya ditelefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  7. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  8. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  9. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  10. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  11. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  12. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. Jangan harap.
  13. Lelaki juga boleh menangis!
  14. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  15. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  16. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  17. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  18. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  19. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  20. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  21. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
  22. Lelaki cair ketika gadis menyentuh tangan-tangan mereka.
  23. Lelaki benci kekasih di'ngurat'Lelaki tidak benar-benar memilih gadis yang cantik. Mereka lebih suka gadis yang pembersih dan kemas.
  24. Seorang lelaki boleh suka anda untuk seminit, dan kemudian melupakan anda.
  25. Ketika seorang lelaki berkatadia tidak memahami anda, itu hanya bermakna anda tidak berfikir seperti dia.
  26. "Awak buat apa tu? " atau " Awak dah makan? " adalah soalan biasa pertama seorang lelaki bertanya di telefon hanya untuk mengelakkan gagap.
  27. Mungkin lelaki mengurat sepanjang hari tapi sebelum mereka pergi tidur, mereka selalu berfikir tentang gadis yang benar-benar mereka sayang.
  28. Ketika seorang lelaki benar-benar menyukai anda, dia akan mengabaikan semua perangai buruk anda.
  29. Lelaki cair bila melihat senyuman gadis.
  30. Lelaki akan melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis itu.
  31. Lelaki benci kalau anda berbicara tentang bekas teman lelaki anda.
  32. Apabila lelaki berhasrat ingin bertemu orang tua anda. Biarkan mereka. Jangan harap.
  33. Lelaki juga boleh menangis!
  34. Jangan mengapi-ngapikan seorang lelaki. Percayalah. Dia akan mengamuk walaupun dia nerd sekalipun.
  35. Lelaki tidak dibuai oleh mimpi dan terlalu mengharap.
  36. Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah meninggalkan mereka, dan ini membuat lebih sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
  37. Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tidak ada jalan untuk kembali.
  38. Memberikan lelaki mesej tergantung seperti "Kau tau apa?!... Argh ... Takde apa-apa!" Akan membuatnya memberi kata putus yang tidak pernah anda fikirkan.
  39. Seorang lelaki mampu mengurat dengan beribu cara tetapi mereka biasanya gagap ketika mereka bercakap dengan seorang gadis mereka benar-benar cinta.
  40. Ketika seorang lelaki membuat "umm" berpanjangan atau memberi bermacam alasan bila anda meminta dia untuk melakukan sesuatu untukmu, sebenarnya dia ingin mengatakan bahawa dia tidak menyukai anda.
  41. Ketika seorang gadis berkata "tidak", seorang lelaki mendengarnya sebagai "cuba lagi esok".
  42. Lelaki cuba untuk mencari patung yang gadis ingin namun sayangnya pasti akan memilih yang salah.
  43. Lelaki boleh berbual tentang apa pun.
  44. Lelaki tidak boleh menyimpan rahsia yang perempuan beritahu mereka.
  45. Lelaki berfikir terlalu banyak.
  46. Fantasi lelaki tidak terbatas.
  47. Ketinggian seorang perempuan tidak penting tetapi berat amat penting bagi lelaki.
  48. Lelaki cenderung lebih serius dengan hubungan mereka dan menjadi terlalu cemburu. 
  49. Ketika seorang gadis membuat lelaki menempuh pelbagai halangan selama bercinta, sukar baginya untuk melepaskan gadis itu.
  50. Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk melepaskan kekasihnya setelah mereka putus terutama ketika mereka sudah bersama selama 3 tahun atau lebih.
  51. Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda inginkan sebelum bersama dengan lelaki itu.
  52. Seorang lelaki perlu mengalami putus cinta, kerana jika dia terlalu bagus, tidak pernah putus cinta, tidak pernah rasa sakit hati, dia tidak akan matang dan menjadi dewasa.
  53. Ketika didatangi pelbagai kesulitan, lelaki lebih cenderung menyalahkan diri sendiri berbanding menyalahkan kekasihnya. Mereka juga mampu melukai diri sendiri secara fizikal.
  54. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah, tapi mempunyai keazaman yang lemah.
  55. Lelaki mungkin adalah harimau dalam kumpulan sebaya mereka, tetapi mampu dijinakkan oleh perempuan.
  56. Ketika seorang lelaki berpura-pura menjadi tenang, check adakah dia berpeluh. Anda mungkin akan melihat bahawa dia gugup.
  57. Ketika seorang lelaki mengatakan dia akan tergila-gilakan gadis itu. Dia benar-benar maksudkannya.
  58. Ketika seorang lelaki meminta anda untuk meninggalkan dia sendirian, dia hanya bermaksud, "Jangan pergi dan dengar saya".
  59. Lelaki tidak benar-benar memiliki kata putus.
  60. Ketika seorang lelaki mencintai anda, dia memberikan yang terbaik dalam dirinya.
  61. Jika seorang lelaki mula berbicara serius, ianya sangat penting!
  62. Jika seorang lelaki terlalu senyap, katakan sesuatu! Mungkin dia ada masalah.
  63. Lelaki percaya bahawa tidak ada cinta pada pandangan pertama, dan kemudian menyedari pada akhirnya bahawa dia salah.
  64. Lelaki suka perempuan yang bersikap keperempuanan.
  65. Lelaki tidak suka perempuan yang suka pukul lelaki.
  66. Seorang lelaki dapat mengetahui apakah gadis itu suka padanya tapi tidak pernah yakin kecuali gadis itu kata kepadanya.
  67. Seorang lelaki akan membuang-buang masa dengan video game dan bola sepak, sama seperti seorang gadis yang terhadap novel dan make-up.
  68. Lelaki cinta gadis yang boleh memasak atau membuat kek.  Amat-amat cinta.
  69. Lelaki suka seperti perempuan yang seperti ibunya. No kidding! Tetapi hanya bila lelaki itu bersedia.
  70. Seorang lelaki mempunyai masalah lebih banyak daripada yang boleh anda lihat dengan mata anda.
  71. Kawan baik teman lelaki anda tahu segalanya tentang dia. Gunakan peluang ini!
  72. Jangan sombong. Lelaki boleh dengan mudah menyerah pada tanda pertama akan putus cinta.
  73. Jangan bias. Cuba mencintai seorang lelaki tanpa prasangka dan anda akan terkejut.
  74. Lelaki lebih banyak bercakap daripada perempuan terutama ketika topik tentang perempuan.
  75. Lelaki tidak memahami kenyataan "Get Lost" dengan baik.
  76. Lelaki benar-benar berfikir bahawa perempuan adalah sukar dibaca dan mempunyai keputusan tak terduga tapi masih menyayangi mereka.
  77. Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilau kasut mereka tidak seperti perempuan.
  78. Lelaki cenderung membuat tanggapan yang tidak benar terhadap perempuan bahawa semua perempuan itu sama, dan mereka akan menyedari bahawa mereka salah.
  79. Setiap lelaki boleh menangani semua masalah-masalahnya oleh dirinya sendiri. Tetapi dia terlalu keras kepala untuk menghadapinya.
  80. Lelaki merasa begitu keberatan ketika seorang gadis bersumpah.
  81. Titik kelemahan lelaki berada pada lutut.
  82. Ketika suatu masalah mula timbul, seorang lelaki biasanya membuat dirinya nampak cool tapi masih memikirkan cara mengatasinya.
  83. Ketika seorang lelaki memandangmu, dalam kepala dia hanya ada 2 perkara. Mengutuk atau syokkan kamu.
  84. Apabila anda menangkap teman lelaki anda curang dan dia meminta peluang kedua, berikan kepadanya. Tapi ketika anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang lain, tinggalkan saja. Dia tidak serius dengan anda.
  85. Jika seorang lelaki membenarkan anda memutuskan perhubungan, ini bermakna dia benar-benar mencintai anda.
  86. Jika anda mempunyai teman lelaki, dan kawan teman lelaki anda selalu menjeling anda, itu jelas menunjukkan bahawa dia cemburu setiap kali anda dengan kekasih anda, dan dia lebih cintakan anda lebih daripada teman lelaki anda.
  87. Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari novel cinta yang perempuan baca dan mengambil sebagai asas pengalaman mereka.
  88. Anda boleh mengetahui adakah seorang lelaki benar-benar terluka atau sakit ketika dia menangis di depan anda!
  89. Jika seorang lelaki tiba-tiba meminta anda untuk dating, tanyakan dulu mengapa.
  90. Ketika seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda meskipun hanya untuk satu malam, letak telefon. Dia juga kata begitu untuk gadis lain. Dia hanya ingin mengurat anda dan kadang-kadang hanya untuk permainkan anda.
  91. Anda benar-benar boleh mengatakan bahawa seorang lelaki memiliki niat yang baik jika anda melihat dia bersembahyang ketika keluar dating.
  92. Lelaki tidak akan mencari nasihat dari seorang lelaki melainkan dari seorang gadis.
  93. Perempuan dibenarkan untuk menyentuh hal-hal melibatkan diri lelaki. 'Tetapi bukan pada rambut mereka!'
  94. Jika seorang lelaki kata kamu cantik,lelaki itu suka anda.
  95. Lelaki benci perempuan yang gedik.
  96. Lelaki mencintaimu lebih dari kau mencintai dia JIKA dia serius dalam hubungan anda.

*Catatan : Akal VS Emosi

----------------------------------------------------

Fuh...banyak gila sebenarnya kan yang kita perlu tahu tentang lelaki ni...tapi ciriciri lelaki kat atas tu...secara umumnya, ok...TAK SEMUA LELAKI ITU SAMA!!!ITU FAKTA!!! =__="

Baru balik...terus update pasal lelaki ni...apa cer YF???pffffftt!!!
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------------------

YF : Kejap ada, Kejap tiada


WORDLESS SUNDAY



------------------------------------------

YF : Nasihat orang memang pandai

AKU RAJIN UPDATE BLOG???

Seharian suntuk aku di luar rumah...baru saja pulang...haish...nasib baik ibu aku tak marah...heeeee...tapi sat lagi nak keluar lagi...dengan adikadik aku...fuh...yang hebatnya...AKU DRIVE yawwww!!!

YA ALLAH...Kau lindungilah perjalanan aku...selamatkanlah aku dari bencana yang tidak diingini...AMIN

Hampir setiap hari aku update blog...at least satu entri...bukan apa...tak nak blog aku ni rasa sunyi...dah la tak ada orang jenguk, kan...aku pula yang biarkan blog ni sendirian...tak patut...tak patut... :)

Gambar hari ini...nanti aku upload ya...TERIMA KASIH KEPADA SAHABATSAHABAT aku...minggu ni aku bahagia betul...sayang korang!!! <3

Dan tentang seseorang...hmm...tak ada apa sebenarnya yang diceritakan...cuma...aku nak ucapkan juga terima kasih...kerana pernah membuat aku tersenyum bahagia... :)

Eh...nanti jumpa lagi ya?
ASSALAMUALAIKUM


---------------------------------------------

YF : Tidak selamanya orang itu akan membuat kesilapan

4 TANDA HATI KITA KERAS

Macam biasa...aku menjalankan sesi mengusha entri atau info yang berkaitan...fuh...nak C & P yang ni la...pasal hati...sekeping hati manusia yang kecil ni...tapi tersangatlah hebat fungsinya... :)

Tapi yang membezakannya, cara kita mendidiknya...elok atau tidak? #renunganuntukdiriakusendiri :)

------------------------------------------


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan. Ia juga adalah tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil serta ketenangan dan kebimbangan.Hati merupakan sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.Abu Hurairah r.a. berkata, 

"Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.Terutamanya malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat. Allah telah menyifatkan kaum munafik dalam firman-Nya yang bermaksud;

"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan."
 [Surah At-Taubah:54]

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali. Mereka juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberikan peringatan;

"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman-Ku." 
(Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego, individualistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah. Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlekehkan orang lain, tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 

Tepuklah dada, tanyalah iman. Semoga hati kita sentiasa segar mengingati dan mensyukuri nikmat Allah yang Maha Esa.

*Catatan : ILUVISLAM

------------------------------------------

Speechless...T.T
ASSALAMUALAIKUM


------------------------------------------

YF : Pasrah + Reda + Tawakkal = KEHIDUPAN

ALPHA700 || SONY DSLR

Yeay Yeay!!!Esok nak pergi hantar mak Liana, BFF aku pergi umrah kat KLIA...fuh...bila pula ya tibanya masa aku...nak pergi umrah ni...hurm...kena tunggu rezeki dan ilmu yang cukup nak pergi ke sana...yang paling penting...hati mahu ikhlas dan suci dari segala hal dunia...

Minggu ni...aktiviti harian aku pack betul laa...dari pagi sampai malam...badan aku pun macam dah tak larat je tau...tadi dah kena selsema...haduh...meleleh tak ingat...nak habis satu roll tisu tu aku buat...erk....-__-"

Esok punya aktiviti...pagi pergi KLIA...petang pergi Bukit Raja...member Aishah nak belanja makan Pizza...rezeki weih...jangan ditolak...heeee...XDDD


Aku kerja petang hari ni...balik tadi...dalam pukul 10.00pm...lebih sikit laa...teringat nak pergi esok...rasa macam nak pinjam DSLR je kan...call member satu ofis...dia ada DSLR...ALPHA700 a.k.a A700...tanya...boleh pinjam tak...dia bagi laaa!!!thanks Dedey!!! <3

Ada tiga lensa...esok...bedal lah nak pakai yang mana satu...heeeee...jangan nak berlagak PRO pula ya esok YF...miahahaha!! Dedey siap nak bagi tripod lagi...hahhahahha...perli baik punya an...XDDD

Mata sudah mahu lelap...tapi hati mahu tengok itu FINAL MAHARAJA LAWAK dan update ini blog tersayang...erk...apsal aku cakap macam AH MOY ni....XDD
ASSALAMUALAIKUM


---------------------------------------------------

YF : Datang dan pergi...tidak ku pinta dan halang...
Semuanya terserah dirimu...

Saturday, June 25, 2011

28 KUNCI MENUJU KEBAHAGIAAN

Asyik sedih je aku ni kan...jom lah pula...baca sesuatu yang boleh memberi kesan positif pula...barulah seimbang...hahahaha...adaada sajalah kau ni YF...kalau tak poyo sehari, boleh tak?boleh kan? -_____-

Tipstips ni dari pengarang sebuah buku yang bertajuk LA TAHZAN atau Bahasanya JANGAN BERSEDIH iaitu SHEIKH `A'id Al-Qarni...dari dulu lagi...aku teringin nak ada buku ni...tapi...hurm...malas nak habaq...kang jadi isu...hahahhaha!! XD

--------------------------------------------------------

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...

1. Apabila anda berada pada pagi hari, jangan menunggu datangnya waktu senja. Hiduplah dalam batasan hari ini saja. Curahkan perhatian anda untuk memperbaiki hari ini. Hal ini dijelaskan dalam hadith berikut:

"Ketika kamu di senja hari, jangan mengharap untuk melihat esok pagi, dan ketika anda di pagi hari jangan mengharap untuk melihat sore hari."(Al-Bukhari)

2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lalu dan selesai merupakan kebodohan.

3. Biarkan masa depan datang dengan sendirinya. Jangan mencemaskan hari esok, karena jika anda telah memperbaiki hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.

4. Jangan mudah tergoncang pada kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian dan sadarilah bahwa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.

5. Yakinlah kepada Allah SWT dan berbuat baik; kedua hal itu adalah resep agar hidup anda lancar dan bahagia.

6. Ketahuilah, bahawa dengan dzikir kepada Allah, hati menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan dzikir pula, Zat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meridhai dan segala kesusahan akan sirna.

7. Anda harus tahu dengan pasti bahwa semua yang terjadi telah sesuai qada' nya.

8. Jangan pernah mengharap ucapan terima kasih dari orang lain. Cukup bagi anda pahala yang diberikan oleh Dzat tempat bergantung semua makhluk. Anda tak perlu takut kepada orang kufur, pendendam, dan iri.

9. Persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk

10. Mungkin yang telah terjadi adalah yang terbaik untuk anda meskipun anda belum memahaminya kenapa bisa seperti itu.

11. Semua qadha’ bagi seseorang muslim baik adanya.

12. Hitunglah segala nikmat yang telah Allah berikan kepada anda dan bersyukurlah atas nikmat-nikmat tersebut.

13. Keadaan anda lebih baik dibanding yang lain.

14. Kemudahan selalu ada bahkan di tiap kesusahan akan ada kemudahan.

15. Ketika dalam kesulitan seseorang harus selalu shalat dan berdoa sedangkan ketika diberikan kemudahan seseorang harus bersyukur dan berterimakasih.

16. Bencana-bencana yang datang menguji anda semestinya memperkuat hati anda dan membentuk kembali pandangan anda dalam cara yang positif.

17. Jangan biarkan hal-hal yang remeh menjadi sebab kehancuran anda.

18. Selalu ingat bahwa Tuhanmu adalah Maha Pengampun.

19. Kembangkan sikap luwes dan hindari marah.

20. Kehidupan ini tak lebih hanya sekedar roti, air dan bayangan. Maka tak usahlah bersedih jika semua itu ada.

(Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezkimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu.) (Adz-Dzaariyaat 51: 22)

21. Sesuatu yang paling jahat yang semestinya terjadi akhirnya tidak pernah terjadi.

22. Lihatlah mereka yang diberikan kesusahan lebih daripada kita dan bersyukurlah bahwa kita diberikan sedikit kesusahan dibanding mereka.

23. Sematkan difikiran bahawa Allah SWT mencintai mereka yang tabah dalam menghadapi ujian, jadilah seperti salah satu dari mereka.

24. Secara rutin ucapkanlah doa yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika kita menjalani masa-masa sulit.

25. Bekerja keraslah pada sesuatu yang menghasilkan dan jauhi kemalasan.

26. Jangan menyebarkan gosip dan jangan pula mendengarkannya. Jika anda mendengar gosip secara tidak sengaja maka janganlah mempercayainya.

27. Ketahuilah bahawa kebencian dan usaha anda untuk membalas dendam lebih berbahaya bagi kesihatan anda sendiri dibandingkan ke musuh anda.

28. Kesukaran yang menimpamu akan menghapus dosa-dosamu seandainya kamu bersabar.

Semoga bermanfaat dan penuh Keberkatan dari Allah...

*Catatan : FACEBOOK

--------------------------------------------------------

Tertidur pula buat entri ni... -___-
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------------------

YF : Thanks, Thanks, Thanks = FRUSRATED 

KENDURI KAHWIN || KAHWIN KENDURI

Haiyaaaa...bulan ni je...aku dah attend dua kenduri kahwin...esok ada lagi...ape cer???asyik aku je datang kenduri orang...orang...bila pula nak datang kenduri aku nih???

Erk...YF...kau sedar tak apa yang kau taip tu???calon tak ada...nak ada kenduri bagai...cermin diri dulu, boleh???

Tengok adik Kak Feeza berarak bersama lelaki yang telah sah menjadi suaminya...terasa kat hati...haish...bestnyalah hai...best sebab apa...sebab dah HALAL...peluk lengan...heeee...bahagia...miahahahha!! XDD

Dah lah...malas nak cakap pasal tu...hah...tadi aku jumpa member lama aku...fuh...part time kat SECRET RECIPE, Giant Putra Heights...haish...kurus gila minah ni...dulu tak adalah kurus macam ni...muka cengkung seyh...aku pun tembam lagi kot...lupa pula nak tanya dia macam mana boleh kurus macam tu kan...

Korek punya korek...dah ada pakwe...part time sebab cuti sem...dah ambil degree pun kat UiTM, Shah Alam nun...nak kahwin...tapi tak ada duit lagi...untunglah... :)

Minum...dia pula belanja...ALHAMDULILLAH...minggu ni je...dah berapa orang belanja aku...murah rezeki korang ye...AMIN.. :)

Lepas tu...balikbalik umah je...dapat tahu SEPAH juara MAHARAJA LAWAK!!!waaaaa!!!mesti lawak dia best gila kan???JOZAN pun tempat kedua je...NABIL ketiga...JAMBU keempat...Nabil untunglah...menang bolot sorangsorang...hulur sikit NABIL..boleh? XD

Esok kerja...tapi jogging sekali tak?hurm...entah...takut tak mampu je...sekarang pun dah lebam mata nih... @_@
ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------------------

YF : Jangan!Jangan!Jangan! - HEARTLESS

Friday, June 24, 2011

6 CARA TIDUR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI DIRI

Apabila cara tidur tu mempengaruhi personaliti diri...mesti korang rasa...eh...betul ke?tipulah nih...aku pun tak berapa nak pasti sangatlah...kalau betul...sekadar kebetulan sajalah ya...

Hah...lepas ni...jangan nak cover sangatlah ek tidur tu...tahulah...bila dah tidur tu...memang tak ingat dunia dah...#akulahtu XDD

----------------------------------------

1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai citacita. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Takde bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!!

*Catatan : FACEBOOK

----------------------------------------

Kehkehkeh...tak ada bantal ye?nantilah aku belanja...aku beli bantal kecik tu...yang untuk baby tu...comel sikit kan...XDD
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------

YF : Gila + Sewel = MEROYAN

WORDLESS DAY TU APA???

Sebenarnya...aku tak tahu apa fungsi WORDLESS DAY tu...sebelum ni...selalu aku tengok...post entri...WORDLESS WEDNESDAY laa...WORDLESS THURSDAY laa..

Sampai satu hari tu...aku tanya rakan TWITTER aku...apa tu...WORDLESS bagai...dia cakap...hari tanpa perkataan ataupun kurangkan perkataan...miahahahaha!!aku gelak sorangsorang kot!!adush...baru ku tahu seyh!!!owh...begitu rupanya yaa...

Dia siap cakap lagi...ingatkan blogger tahu...ceih...terkena aku di situ... -___-
Seriously...memang aku tak tahu langsung...papehal pun..terima kasih lah ya... :)

Okok...aku pun nak try buatlah...heeee...biarkan gambar bercerita ya...
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------

YF : Betapa sedih pun kita, ada insan lain yang lebih merasa kecewa

SIAPA AARON AZIZ TU???


Eh...siapa lelaki kacak kat atas ni?korang kenal tak?aku tak kenal lah...tapi semua orang dok kecoh nama dia sekarang nih...entah...aku pun tak pasti...sebab apa ek?musykil gak nih...siapa dia tu?hebat sangatkah dia tu sampai orang duk minat dia bagai...sebab drama NORA ELENA ke???hurm...



Heh...YF...kau jangan nak poyo sangatlah...bukan kau orang yang tergolong dalam lingkungan tu juga ke?hahahaha...okokok...aku mengakulah...AKU MEMANG MINAT AARON AZIZ nih...tapi bukan sebab dia jadi pegang watak utama dalam NORA ELENA ok...tapi sejak dia berlakon dalam drama CINTA BOLLYWOOD daripada Kota Singa lagi...memang aku dah 'jatuh cinta' sama dia...aku rasa Ntv7 yang tayangkan cerita tu...masa tu...beliau masih muda lagi...tapi dah kahwin atau belum...aku belum pasti lah pula kan...


Terbaru...filem KL GANGSTER...beliau pegang watak utama lagi...kagum aku...dalam sekelip mata...beliau mampu membuka mata banyak pihak...ternyata mutu lakonan beliau semakin baik...tidak bersandarkan kepada wajah dan tubuh badan semata...itulah yang kita perlukan sebenarnya...eceh...YF...kau tak layak jadi pengomen...dok situ diamdiam...grrrr!!!


Dan yang paling terbaru lagi...tadi dah terbaru...sekarang terbaru lagi...lantak pi lah...ada drama baru...STANZA CINTA...lakonan beliau juga...hehehehe...jangan korang semua muak tengok lakonan beliau sudahlah...harapharap tidaklah begitu ya...namun pun rezeki sudah terbentang luas kan... :)


Eh...ada yang lagi terbaru laaa!!!hah...jangan nak marah aku ek...marahlah kat AARON AZIZ ni...apasal HOT sangat sekarang nih, kan??lalalalal...tahu novel OMBAK RINDU tak???aku minat gila novel nih...terbaik dari ladang!!!hah...jangan tak tahu...novel ni juga bakal diangkat sebagai sebuah filem...ingat LAGENDA BUDAK SETAN je boleh?miahahaha...XDD


Jangan jealous semua...sekarang ni...beliau sudah berkahwin...ada 3 orang cahaya mata yang sangat comel belaka...untunglah... :)

Aku rasa...aku dah melalut banyak sangatlah nih...ni semua AARON AZIZ punya pasal...hahhahha!!good luck AARON AZIZ!!!
ASSALAMUALAIKUM


------------------------------------------

YF : Biarkan sejarah itu berlalu, agar kisah baru boleh tercipta

INGIN TERBANG TINGGI

Seminggu ini...hidup aku seperti berubah sama sekali...siang bergelumang dengan kerja...malam...hati aku terhibur dengan gelak ketawa sahabatsahabat aku...hampir setiap hari...aku bersama mereka...penat memang penat...tapi tak apalah...bukan selalu dapat begini...ini pun, mereka cuti sem...diorang sambung belajar nanti...tak adalah aku nak keluar lagi...maaf ya ibu... :)

Dan aku agak terkejut dengan penerimaan ibu bapaku...terutamanya ibu aku...kalau dulu...memang harapanlah aku nak keluar malam begini...tapi sekarang...dia benarkan...mungkin kerana tahu...aku keluar dengan siapa...dan pergi ke mana...terasa aku rapat dengan beliau...lebih kepada seorang kawan...terima kasih ibu...kerana memberikan diri ini peluang untuk bersama temanteman tersayang...terima kasih juga kerana menjaga aku dengan baik sekali semenjak dari kecil...sayang ibu sangatsangat... :))

Aishah kata...aku memang memerlukan persekitaran yang baru...kena keluar dari hidup yang terlalu selesa ini...harus berpijak di bumi yang nyata...tidak selamanya aku harus begini...terus menerus dengan hati yang dikatakan lara mahupun kecewa...hidup mesti diteruskan...kalau dapat sambung belajar...teruskanlah...beri peluang untuk diri sendiri...begitu juga dalam perhubungan...tak boleh berkata tidak kepada perhubungan yang istimewa dan juga perkahwinan...kerana kita ni manusia biasa saja...hmm...aku terdiam juga memikirkan nasihat itu...nasihat...mana ada yang tak betul, kan?

Entahlah...kalau ikutkan hati ini...memang aku ingin pergi jauh...terbang tinggi...dari sini...siapa yang tak nak kehidupan baru...yang lebih bermakna dari hari ini, kan?Cuma...aku terlalu takut untuk menerima perubahan itu...takut kalau tidak terjangkau dengan kemampuan aku yang lemah ni...

Walau apa pun...aku perlu pandai membawa diri...ke mana pun aku pergi...ke mana pun aku berhijrah...moga aku jauh dari anasiranasir yang tidak menyihatkan...sesungguhnya aku tidak ingin leka lagi...
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------------------

YF : YA ALLAH, kau peliharalah orangorang yang aku sayang - AMIN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...