10 KEBAIKAN VS 1 KESILAPAN || REALITI

Hah...cuba korang jawab...yang mana satu akan kalah?yang mana satu akan menang?ada bran nak jawab?heh...cubalah melangkah masuk ke dalam ruangan komen kalau bran...halamak....kehkehkeh...YF...kau jangan nak berlagak sangat weih..kang kena hentam dengan blogger satu Malaya...padan muka hang...erk? -___-

Siapa yang pilih 10 KEBAIKAN tu yang akan menang...maknanya anda masih lagi mempunyai hati yang pemaaf dan...ALHAMDULILLAH...
Siapa yang pilih 1 KESILAPAN tu pula...maknanya anda mempunyai sekeping hati yang pendendam...benar atau salah?

Tapi...secara realitinya...dalam kehidupan kita...kerana 1 KESILAPAN...10 KEBAIKAN tu takkan ada orang pandang dah...kerana 1 KESILAPAN tu juga...10 KEBAIKAN tu telah terbakar hingga tanpa ada sedikit pun debu!!!

Kerana apa ia jadi begitu ya?Mungkin ke kerana mentaliti kita...kononnya kerana "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..."
Heh...itu memang rosak habis laa...tak dapek den nak manolongnyo do... -___-

Lepas tu...tengok pula jenis kesilapan yang kita dah  buat...teruk ke tak...macam curang ke...menipu ke...tapi kadangkadang...aku tengok...kesilapan kecil pun diperbesarkan...kan?bila kita buat baik...tak ada pula orang nak warwarkan..tak ada pula orang nak jaja satu bandar...kan?that is REALITY!!!

Jadi...aku mohon kepada korang yang membaca...termasuk aku sendiri...silalah ubah mentality tu...sila beri peluang kepada yang memerlukan...itu yang terbaik...
ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------------------

YF : Akulah hati yang telah kau sakiti

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?