KONGSI || LU LANGSI LU MATI

Fuh...beberapa hari yang lepas...aku dah tengok filem nih...tapi bukan kat panggung ok...kat lappy je...tak mampu nak tengok kat panggung...miahahaha!!

Bagi aku...ok laa...lawak memang lawak...aksi pun...boleh tahan...aku suka part Yana tu...hahahaha..masih lagi dengan muka dan lawak yang selamba darinya...Shaheizy Sam...slanga Kelantan dia kurang jelas di pendengaran aku...ke aku yang pekak...aku kurang pasti pula yang tu...

Ending dia tu...erk...macam nak tak nak buat je kan...mungkin penulis skrip dah kehabisan idea kot nak buat lawak...kikiki...memandai je YF ni... XD


Tapi penonton mungkin terbawabawa nak tengok filem Kongsi ni sebab Adnan Sempit atau pun pelakon Shaheizy Sam sendiri...tapi serius aku cakap...penangan Kongsi dan Ngangkung tak sehebat Adnan Sempit... :)

Korang yang dah tengok tu...apa pendapat korang? :)


--------------------------------------------------
Poster



Screenshot




Antara pelakon yang terbabit






Sinopsis 


Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.



ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu. 


ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.


Trailer





--------------------------------------------------

Nak buat review pasal filem lain pula...
Tunggu!!
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------------------------

YF : Langi - KURANG AJAR

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?