TERSEPIT || KEPERLUAN SEMASA VS MINAT


Aku nak cerita pasal KEPERLUAN SEMASA vs MINAT...aku sangat yakin...korang semua ada citacita masingmasing...yang masih belajar...dah berangan nak jadi itu...nak jadi ini...yang belum sambung belajar lagi...pun dok berangan juga...nak kerja itu...nak kerja ini...

Tapi bagi aku...dunia pekerjaan sekadar indah khabar dari rupa...yup...nama pun dah BEKERJA...dapat duit laa...elaun laa...bonus laa...macam macam lagi laa...memang la best kalau dengar kan...tapi kalau itu yang bernasib baik...atau pun memang rezeki mereka dapat semua kemudahan begitu...

Bila korang dah habis SPM/STPM...korang dah citacita masingmasing tak?kebanyakkannya memang dah ada tersemat kat dalam jiwa dah...

"Eh...aku nak jadi doktor...jadi pakar saraf...kenalah ambil kos perubatan..."

"Tak sabar nak masuk universiti...ambil kos undangundang...nak jadi peguamlah katakan..."

"Aku minat grafik la...kena ambil bidang grafik la macam ni...minat habis ni..."

"Aku paling suka ambil gambar orang...snap sana...snap sini...nanti masuk universiti...kena ambil kos photography lah kan?"

Hah...itu antara situasi yang kita akan alami dalam dunia remaja kita... :)
Sibuk nak ambil kos itu...kos ini...tapi ada tak korang terfikir...kalau korang ambil kos itu...pasti ke dapat kerja yang sama?pasti ke dapat yang kerja yang kita belajar masa universiti dulu?

Itu kita kena lihat dari sudut keperluan semasa...contoh...dulu...komputer...orang berebut nak ambil kos tu...maklumlah...semangat nak belajar pasal komputer yang masa tu panas macam pisang goreng...lepas tu...bila habis belajar...tak dapat kerja...sebab lambakan graduan yang terlalu ramai sebab ambil kos yang sama...jadi, terpaksa cari kerja lain...paling kurang pun...yang lebih kurang sama dengan kos tersebut...

Maksud aku kat sini...kita tersepit dalam memilih arah tujuan kita dalam kehidupan...aku malas nak bagi contoh lebihlebih...kang ada yang terasa bagai...

Tapi...itulah dia kehidupan...dunia pekerjaan...yang kita bayangkan...indah sangat tu kan...aku pun dah lama rasa dunia pekerjaan ni macam mana...sejak aku SPM lagi...susah kot nak cari kerja...yang kita minat...tapi mengikut keperluan semasa...

Kalau korang minat kos tu...dapat kerja pula yang sama dengan kos yang korang ambil...aku ucapkan tahniah...sebab berjaya mengatasi keperluan semasa...
Kepada yang tak dapat tu...tak apa...rezeki ada di manamana...INSYAALLAH...
Kepada yang mengambil kos berdasarkan keperluan semasa...INSYAALLAH...korang mungkin akan selamat dalam dunia pekerjaan...tapi itulah...keperluan semasa ni...sentiasa berubah...macam harga minyak...kejap turun...kejap naik...haish...-__-
ASSALAMUALAIKUM


------------------------------------------------------

YF : Luar biasa

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?