Sunday, July 31, 2011

WORDLESS MORNING #27


---------------------------------------------------

YF : Getaway from YOU



Saturday, July 30, 2011

IF I DIED TONIGHT


---------------------------------------

YF : Do you care about me?

TEREMOSI BILA ORANG KRITIK HARIMAU MALAYA


Waduh! Betul. Aku emosi gila! Rasa mereka diperkotak-katikkan. Huh! Panas je muka ni rasanya. Macam nak bagi penyepak pun ada juga. Boleh tak? Hurm. Sabar YF. Sabar ya.

Kesian gila tengok pemain Malaysia berusaha untuk mengejar masa dan gol untuk melayakkan Malaysia masuk World Cup 2014. Dengan taktik kotor pemain Singapura yang sengaja melambatkan masa dan mencipta drama kalah drama NORA ELENA! Badan je besar, tapi lembik! Sikit-sikit jatuh. Jatuh siap terbaring lama (yang betul-betul sakit dikecualikan tapi yang berpura-pura tu, macam mana???). Memang berbulu la kan kelopak mata aku yang sudah sedia ada bulu mata ni. 

Tapi setelah aku berfikir dengan waras dan menimbang semula pendapat orang serta mengimbas kembali corak permainan mereka. Ya, masih ada kekurangan lagi. Aku bukanlah pakar sangat pun pasal bola ni tapi bahagian pertahanan kurang menyerlah sampai satu tahap tu Khairul Fahmi berseorangan menunggu ketibaan penyerang dari Singapura yang sedang berlari laju menuju ke gawang Malaysia. Peh! Aku dah cuak gila masa ni. Tempat Khairul Fahmi bebas dari pemain pertahanan. Nasib baik Khairul Fahmi mampu menangkap bola tersebut. Tabik spring kejap!!!

Bahagian penyerang pula beberapa kali terlepas peluang untuk membolosi gawang Singapura. Mungkin tiada rezeki agaknya. Mungkin juga tak sempat nak pass kat partner sebab asakan dari pemain pertahanan Singapura yang tinggi lampai dan berkaki panjang. Sekali bola disepak, bola tu dah boleh terbang jauh. Mungkin juga tersasar target

Bahagian tengah aku rasa yang lemah part passing je la kot. Kot ye. Ye kot. Sebab yang aku PERASAN, bila nak pass kat orang lain, selalu terpass kat pemain Singapura. Haish! -_-

Ok. Kat bawah ni aku nak rumuskan sesimple mungkin. Sudilah baca bebelan aku ni. Terima kasih!
  • First time pergi Bukit Jalil.
  • Jauh juga menapak sebab park jauh dari stadium.
  • Beli jersi warna biru dengan harga RM50.00 untuk dua helai sebelum masuk stadium.
  • Aku masuk lewat sikit dari member aku yang lain. Jenuh cari diorang dengan line phone yang macam haram waktu tu. Turun naik tangga dibuatnya.
  • Dua air mineral aku kena ambil oleh RELA masa nak masuk atas ciri-ciri keselamatan.
  • Terpaksa meredah manusia untuk tiba ke tempat member aku duduk.
  • Sangat suka cara pemain no 16 or 15 halang bola, no 8 menggelecek bola, no 21 bawa bola, no 22 tangkap bola, no 10 masukkan bola ke dalam gawang Singapura. XDDD
  • Tak suka sikap penyokong bahagian atas membaling botol air mineral ke bawah tanda protes kemenangan Singapura. (kalau kena anak orang macam mana?).
  • Rasa pelik kejap masa Singapura gol sebab stadium macam sunyi pula masa tu. Hahaha!
  • Menunggu sehingga permainan habis (semangat kesukananlah katakan).
  • Snap gambar sikit je.
  • Aku hampir kena langgar masa berjalan pulang ke kereta (bestkan?).
  • Lepak kat Khulafa sebelum balik dan aku bedal roti telur, roti kosong plus Nescafe ice. Terbaik!

I HEART YOU HARIMAU MALAYA!!!Ambil kritikan sebagai pembakar semangat anda semua!!!
Kalau boleh, nak tengok lagi match korang. INSYAALLAH! :)
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------------------

YF : Next time, nak beli jersi warna kuning pula!


WHAT KIND OF ARTIST ARE YOU?


Meh ler cuba test try! Aku dapat MICROSOFT PAINTER. Miahahahha!!! Basic je kot. Tak hebak lagi nak guna PHOTOSHOP bagai. PHOTOSCAPE pun bolehlah sikit-sikit. Apa kata survey??? #dinkdinkdink XDD
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------------


YF : The day you went away was the horrible moment that I ever had

WORDLESS MORNING #26


-----------------------------------------

YF : Working on it

NASIBLAH KORANG JUMPA BLOG AKU


Heeee! Cari info tapi jumpa blog aku ya? Jumpa tak? Tak jumpa? Maaflah, tak bermaksud nak melambatkan carian anda semua tapi terima kasih juga ya walaupun tak ada niat nak datang blog aku ni. Hehehehe! XDD

Hurm, bila difikir balik blog aku dah jadi macam tempat untuk general info pula tetiba. Kehkehkeh!! Tapi ok what? Versatile orang kata.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk upgrade info dalam blog aku ni. Harap-harap bermanfaat untuk semua. #EhYeke XD

ASSALAMUALAIKUM

----------------------------------------------

YF : Instant love

Friday, July 29, 2011

WORDLESS MORNING #25


------------------------------------------

YF : Shift + Del = EMPTY

Thursday, July 28, 2011

WORDLESS MORNING #24


----------------------------------------

YF : Jatuhlah berkali-kali jika itu bisa mematangkan diri

Wednesday, July 27, 2011

TWITTER ADA HAD UNTUK UPDATE STATUS KE???

" You are over the daily limit for sending Tweets. 
Please wait a few hours and try again. 

Peh!!! Berapi je aku bila aku dapat statement macam ni!! Hahahaha!! Tak ku sangka, TWITTER pun ada had-had dia yang tak boleh kita atasi. Cewah! First time ni dapat! Hahahaha!

Apa pun tak boleh! Baru nak jadi Queen Timeline. Kehkehkehkeh! Twit guna text pun tak boleh gak. Haiyaaaa! So, apa nak buat ni? Buat bodoo je lah ek. XD
ASSALAMUALAIKUM


---------------------------------------

YF : Past is past. Present and future is more important.

KERANA ORANG KATA

Apabila orang kata itu, kita cuak. Apabila orang kata ini, kita gelabah. Kenapa kita perlu rasa itu semua? Sedangkan mereka sedikit pun tak tahu apa yang kita rasa. Mereka tak lalui pun apa yang kita lalui. 

Ya. Mungkin mereka ada pengalaman. Mungkin mereka lebih mengetahui. Mungkin juga mereka itu penuh ilmu di dada. Adakah itu alasan untuk mereka menakut-nakutkan perasaan kita? Mungkin mereka tidak sengaja berbuat demikian tetapi hati kita saja yang teremosi sedikit. Mungkin.

Kita pula senang sekali terpengaruh dengan orang kata. Benar atau salah kita pun tidak pasti. Terus sahaja percaya bulat-bulat. Adakah itu yang patut kita lakukan? Mengangguk dan menggeleng? Tidak!

Jika orang kata itu salah, kita kena buktikan perkara itu benar-benar salah. 
Jika orang kata itu betul, kita kena pastikan perkara itu benar-benar betul.
Jika orang kata itu susah, cuba dulu baru tahu.
Jika orang kata itu senang, buat dulu baru tahu.

Adakah ini tindakan yang normal? Sudah pasti! Sebab itulah rasionalnya kita sebagai manusia yang mempunyai otak yang ada akal.
Adakah dengan mengangguk dan menggeleng tindakan yang normal? Ya kalau orang itu tidak tahu menggunakan akal yang diberikan.

Walau apa pun orang kata, biarkan mereka. Ambil yang patut kita ambil. Semat dalam hati jika itu benar-benar membantu perjalanan hidup kita. Buang jauh-jauh yang tak patut kita simpan yang boleh memberi kesan buruk pada masa depan kita. Sebab bukan mereka yang menentukan masa depan kita. Hanya kita yang mampu mencoraknya dan pastinya, dengan izinNya. INSYAALLAH.

Orang kata itu dan ini. Apa yang kita rasa? Marah? Kecewa? Terharu? Benci? Gembira? Atau tiada perasaan? Jika ia menjatuhkan kita, kita perlu ada rasa marah. Tapi bukan secara lahiriah. Marahlah di dalam hati tapi segeralah beristighfar. Jika ia menggembirakan kita, senyumlah seikhlas mungkin kerana mungkin itu saja yang kita mampu berikan. 

Terserah orang kata apa pun. Kita tetap kita.
ASSALAMUALAIKUM


*Inspirasi : FARAH FLAVIDUS (pakar motivasi yang tak termotivasi)

----------------------------------------

YF : Everytime I do good things, no one remember. 
Everytime I do bad things, no one forget.

WORDLESS MORNING #23


------------------------------------------------------

YF : Seni itu unik

Tuesday, July 26, 2011

44 HARI DISEKSA DENGAN KEJAM || JUNKO FURUTA

Aku dapat cerita ni dari TUMBLR yang telah dipost oleh member TWITTER aku. Kisah ni sudah hampir 22 tahun berlalu. Bayangkan, seorang gadis remaja yang menginginkan kehidupan yang sama seperti remaja lain diseksa selama 44 hari dan dibiarkan mati keseorangan! Rupa-rupanya, sudah lama perikemanusiaan telah terhakis sedikit demi sedikit. Kerana untuk suka-suka agaknya, gadis itu menjadi mangsa nafsu buas mereka.

Ada pula video lakonan semula di YOUTUBE. Walaupun sekadar lakonan, tapi itu dah cukup kita rasakan betapa sakitnya menanggung penderitaan itu seorang diri yang hanya ditonton dan dijadikan bahan ketawa oleh 4 lelaki durjana.

Lupakan dia agama apa. Pedulikan dia berketurunan siapa. Kaya atau miskin. Yang penting, dia adalah seorang insan biasa yang tidak patut diperlakukan sebegitu rupa.

Korang bacalah. Aku dah tak mampu nak baca lagi.

----------------------------------------------


Junko Furuta

This is the story of Junko Furuta, a 17 year old girl who was held captive by 4 teenagers.

DAY 1: November 22, 1988: Kidnapped

Kept captive in house, and posed as one of boy’s girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988: 

Severely beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn't accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

DAY 20: December 10, 1988:

Unable to walk properly due to severe leg burns
Beat with bamboo sticks
Fireworks inserted into anus and lit
Hands smashed by weights and fingernails cracked
Beaten with golf club
Cigarettes inserted into vagina
Beaten with iron rods repeatedly
Winter; forced outside to sleep in balcony
Skewers of grilled chicken inserted into her vagina and anus, causing bleeding

DAY 30: Hot wax dripped onto face

Eyelids burned by cigarette lighter
Stabbed with sewing needles in chest area
Left nipple cut and destroyed with pliers
Hot light bulb inserted into her vagina
Heavy bleeding from vagina due to scissors insertion
Unable to urinate properly
Injuries were so severe that it took over an hour for her to crawl downstairs and use the bathroom
Eardrums severely damaged
Extreme reduced brain size

DAY 40: Begged her torturers to “kill her and get it over with”, January 1, 1989: Junko greets the New Years Day alone

Body mutilated
Unable to move from the ground

DAY 44: January 4, 1989: 

The four boys beat her mutilated body with an iron barbell, using a loss at the game of Mah-jongg as a pretext. She is profusely bleeding from her mouth and nose. They put a candle’s flame to her face and eyes.

Then, lighter fluid was poured onto her legs, arms, face and stomach, and then lit on fire. This final torture lasted for a time of two hours.

Junko Furuta died later that day, in pain and alone. Nothing could compare 44 days of suffering she had to go through.

When her mother heard the news and details of what had happened to her daughter, she fainted. She had to undergo a psychiatric outpatient treatment . Imagine her endless pain.

Her killers are now free men.

----------------------------------------------

FREE??????aduh...peritnya baca tang tu!!!
Walau apa pun, Dia ada perancangannya sendiri. Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran yang bermakna dari segi rohani, sivik dan kemanusiaan.
WALLAHUA'LAM
ASSALAMUALAIKUM

----------------------------------------------

YF : Dalam kenangan 1972 - 1989 
JUNKO FURUTA


WORDLESS MORNING #22


---------------------------------------------

YF : Ku menunggu pelangi itu

Monday, July 25, 2011

WORDLESS MORNING #21


------------------------------------------------

YF : Honest and True

Friday, July 22, 2011

APABILA PELUANG ITU DATANG MENJENGAH

Peluang selalu ada disekeliling kita. Tapi dalam pelbagai rupa. Pelbagai bentuk. Pelbagai cara. Kadang-kadang, kita perasan. Kadang-kadang, kita tak perasan langsung. Apabila peluang tu dah berlalu pergi, barulah mata kita tercelik. Lepas tu, kita macam...

"Eh...eh...tunggu kejap!!!"

Tapi sayang, peluang tu takkan dengar apa kita ucapkan. Peluang itu hanya datang dengan izinNya. Jika Dia kata pergi, pergilah peluang itu. Kita pun tak mampu nak berkata apa-apa lagi, yang kita mampu buat menunggu peluang yang lain. Itu pun kalau datang, kan?

Setiap perkara dalam hidup kita, ada peluang. Perhubungan, keluarga, persahabatan, pekerjaan, pelajaran. Kiranya, segala tentang kehidupan pasti ada peluang.

Contoh, perhubungan. Kita sukakan seseorang tu. Tapi kita tak berusaha untuk mendapatkannya bila ada peluang. Peluang di sini mungkin si dia masih solo atau si dia memberi hinthint yang sepatutnya kita sedar atau nampak. Kalau ada orang masuk line dulu, masa tulah nak masuk line juga. Lepas tu, berlaku kes perebutan. Naya je lah.

Keluarga. Peluang untuk membalas jasa ibu bapa contohnya. Mereka masih hidup lagi tapi kita yang dah besar ni tak juga reti nak jaga kebajikan ibu bapa. Memanglah mereka tak minta tapi fahamfaham sendirilah kan. Bila mereka dah tiada, barulah menangis tak hingat dunia. Menyesal sebab tak jalan tanggungjawab sebagai anak yang baik. Satu lagi contoh, kita dah buat dosa dengan ibu bapa ke, adik beradik ke, contohnya kita bergaduh dengan mereka semua. Tak kisahlah siapa salah ke, apa ke kan. Tapi bila kita ada peluang untuk berbaik semula, kita tak ambil langsung peluang tu. Gara-gara ego yang menebal. Tup tup tup, mereka kecelakaan. Tak minta cuma malang tu takkan berbau pun.


Berkenaan pekerjaan pula. Majikan nak naikkan pangkat kita tapi kita tolak. Kononnya tak layak lagi. Perasaan rendah diri tu kononnya meninggilah. Tak salah kalau kita ada rasa rendah diri tu. Namun haruslah bertempat. Anggap ia satu cabaran supaya kita boleh meningkatkan prestasi diri. Peluang tu dah pergi ke tangan orang lain. Kita gigit jari je lah ye. Tunggulah orang offer jadi CEO pula. Mungkin diterima. Heheheh.


Apabila kita menjadi seorang pelajar, pasti ada saingan hebat. Tipulah tak ada. Kalau bukan dengan rakan sekelas pasti dengan sahabat terdekat. Betul? Tapi kalau ada saingan tu, janganlah dengki mendengki pula. Dah tak sihat saingan tu. Yang perlu kita lakukan, cari peluang. 


Upss! Cari peluang? Hah, di sini kes sudah berlainan. Sebab kita sendiri kena cari peluang itu. Kena usaha. Kena pandai cari peluang. Sebab kita yang nak peluang tu. Lainlah peluang tu datang sendiri. Kadang-kadang tu, peluang yang kita cari sendiri tu lebih kita hargai berbanding peluang yang jatuh tergolek kat kita. Betul tak? Mestilah betul. Penat kot nak cari peluang tu. Bukan senang. Berbalik kepada mencari peluang untuk bersaing dalam pelajaran tadi. Cari peluang untuk jadi yang terbaik. Kalau tak faham subjek itu, cari orang yang pandai mengenai subjek itu. Minta tolong. Tanya cikgu yang mengajar. Sebenarnya peluang itu sudah terbentang luas. Tapi hanya kita saja yang perlu datang kepadanya.


Boleh lihat tak perbandingan tadi? Aku menasihati diri aku juga dengan menaip entri sebegini. Panjang. Tapi itulah hakikatnya. Yang senantiasa berlegar-legar dalam kehidupan kita seharian. Walau apa pun, peluang itu datang dan pergi. Hargailah selagi boleh. Gunakanlah selagi boleh. Kalau tak, mungkin peluang yang lain bakal tiba. Mungkin. Mungkin. WALLAHU'ALAM.
ASSALMUALAIKUM




--------------------------------------

YF : Terlalu banyak kemungkinan yang tidak akan difahami

WORDLESS MORNING #20


----------------------------------------------

YF : Silent is a good solution

Thursday, July 21, 2011

TELEFON BIMBIT PADA ABAD KE 22

Telefon bimbit masa kini...dah sedia canggih...tak terkejar aku untuk update semuanya...hehehehe...memanglah tak terkejar...tak mampu dari segi kewangan...kehkehkehkeh...

Tapi bila usha telefon bimbit kat bawah nih...telan air liuq je lah...bukan sebab harga (harga tak dikeluarkan lagi di pasaran)

Telan air liuq sebab unik sangat der!!! :PP

-------------------------------------------------

Sony Ericsson Concept phone-I

Sony Ericsson Concept phone-II

NOKIA MORPH

Nokia Archive

NOKIA E97 ENVELOP

BenQ-Siemens Black Box concept phone

NOKIA 888 

Nokia Aeon 

Nokia Aeon  

Nokia Aeon  

NOKIA KINETIC 

NOKIA SCREEN CHANGE CONCEPT

NOKIA REMADE

NOKIA 9900

NEC Tag concept phone


Pantech concept phones


Neo concept phones


AU concept phones


ModeLabs Green concept phones


 

Windows Concept







G PHONE

MAPLE WOOD PHONE

PLICA CONCEPT

IPHONE


BenQ-Siemens Snake concept

GREEN PHONE

BenQ-Siemens' another concept phone


BUT THE BEST IS


*Catatan : Sumber dari Techzug
-------------------------------------------------

Peh!!!Cantik gila ah!!!kalau aku buat hiasan je...bukan guna untuk kegunaa harian...kahkahkahkah... XDD
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------------------------

YF : Seasons come and go
But I will never change

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...