Friday, July 22, 2011

APABILA PELUANG ITU DATANG MENJENGAH

Peluang selalu ada disekeliling kita. Tapi dalam pelbagai rupa. Pelbagai bentuk. Pelbagai cara. Kadang-kadang, kita perasan. Kadang-kadang, kita tak perasan langsung. Apabila peluang tu dah berlalu pergi, barulah mata kita tercelik. Lepas tu, kita macam...

"Eh...eh...tunggu kejap!!!"

Tapi sayang, peluang tu takkan dengar apa kita ucapkan. Peluang itu hanya datang dengan izinNya. Jika Dia kata pergi, pergilah peluang itu. Kita pun tak mampu nak berkata apa-apa lagi, yang kita mampu buat menunggu peluang yang lain. Itu pun kalau datang, kan?

Setiap perkara dalam hidup kita, ada peluang. Perhubungan, keluarga, persahabatan, pekerjaan, pelajaran. Kiranya, segala tentang kehidupan pasti ada peluang.

Contoh, perhubungan. Kita sukakan seseorang tu. Tapi kita tak berusaha untuk mendapatkannya bila ada peluang. Peluang di sini mungkin si dia masih solo atau si dia memberi hinthint yang sepatutnya kita sedar atau nampak. Kalau ada orang masuk line dulu, masa tulah nak masuk line juga. Lepas tu, berlaku kes perebutan. Naya je lah.

Keluarga. Peluang untuk membalas jasa ibu bapa contohnya. Mereka masih hidup lagi tapi kita yang dah besar ni tak juga reti nak jaga kebajikan ibu bapa. Memanglah mereka tak minta tapi fahamfaham sendirilah kan. Bila mereka dah tiada, barulah menangis tak hingat dunia. Menyesal sebab tak jalan tanggungjawab sebagai anak yang baik. Satu lagi contoh, kita dah buat dosa dengan ibu bapa ke, adik beradik ke, contohnya kita bergaduh dengan mereka semua. Tak kisahlah siapa salah ke, apa ke kan. Tapi bila kita ada peluang untuk berbaik semula, kita tak ambil langsung peluang tu. Gara-gara ego yang menebal. Tup tup tup, mereka kecelakaan. Tak minta cuma malang tu takkan berbau pun.


Berkenaan pekerjaan pula. Majikan nak naikkan pangkat kita tapi kita tolak. Kononnya tak layak lagi. Perasaan rendah diri tu kononnya meninggilah. Tak salah kalau kita ada rasa rendah diri tu. Namun haruslah bertempat. Anggap ia satu cabaran supaya kita boleh meningkatkan prestasi diri. Peluang tu dah pergi ke tangan orang lain. Kita gigit jari je lah ye. Tunggulah orang offer jadi CEO pula. Mungkin diterima. Heheheh.


Apabila kita menjadi seorang pelajar, pasti ada saingan hebat. Tipulah tak ada. Kalau bukan dengan rakan sekelas pasti dengan sahabat terdekat. Betul? Tapi kalau ada saingan tu, janganlah dengki mendengki pula. Dah tak sihat saingan tu. Yang perlu kita lakukan, cari peluang. 


Upss! Cari peluang? Hah, di sini kes sudah berlainan. Sebab kita sendiri kena cari peluang itu. Kena usaha. Kena pandai cari peluang. Sebab kita yang nak peluang tu. Lainlah peluang tu datang sendiri. Kadang-kadang tu, peluang yang kita cari sendiri tu lebih kita hargai berbanding peluang yang jatuh tergolek kat kita. Betul tak? Mestilah betul. Penat kot nak cari peluang tu. Bukan senang. Berbalik kepada mencari peluang untuk bersaing dalam pelajaran tadi. Cari peluang untuk jadi yang terbaik. Kalau tak faham subjek itu, cari orang yang pandai mengenai subjek itu. Minta tolong. Tanya cikgu yang mengajar. Sebenarnya peluang itu sudah terbentang luas. Tapi hanya kita saja yang perlu datang kepadanya.


Boleh lihat tak perbandingan tadi? Aku menasihati diri aku juga dengan menaip entri sebegini. Panjang. Tapi itulah hakikatnya. Yang senantiasa berlegar-legar dalam kehidupan kita seharian. Walau apa pun, peluang itu datang dan pergi. Hargailah selagi boleh. Gunakanlah selagi boleh. Kalau tak, mungkin peluang yang lain bakal tiba. Mungkin. Mungkin. WALLAHU'ALAM.
ASSALMUALAIKUM




--------------------------------------

YF : Terlalu banyak kemungkinan yang tidak akan difahami

2 comments:

shandye. said...

peluang yang ada gunalah dengan sebaik-baiknya...

kalau niat betul, insyaAllah keberuntungan juga yg kita perolehi...

waa... ade rupe tazkirah tak?

ngee...

DiriKu said...

@shandye : wah!ada ada!!silalah buat tazkirah lagi untuk next entri yea? XDD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...