Saturday, July 30, 2011

TEREMOSI BILA ORANG KRITIK HARIMAU MALAYA


Waduh! Betul. Aku emosi gila! Rasa mereka diperkotak-katikkan. Huh! Panas je muka ni rasanya. Macam nak bagi penyepak pun ada juga. Boleh tak? Hurm. Sabar YF. Sabar ya.

Kesian gila tengok pemain Malaysia berusaha untuk mengejar masa dan gol untuk melayakkan Malaysia masuk World Cup 2014. Dengan taktik kotor pemain Singapura yang sengaja melambatkan masa dan mencipta drama kalah drama NORA ELENA! Badan je besar, tapi lembik! Sikit-sikit jatuh. Jatuh siap terbaring lama (yang betul-betul sakit dikecualikan tapi yang berpura-pura tu, macam mana???). Memang berbulu la kan kelopak mata aku yang sudah sedia ada bulu mata ni. 

Tapi setelah aku berfikir dengan waras dan menimbang semula pendapat orang serta mengimbas kembali corak permainan mereka. Ya, masih ada kekurangan lagi. Aku bukanlah pakar sangat pun pasal bola ni tapi bahagian pertahanan kurang menyerlah sampai satu tahap tu Khairul Fahmi berseorangan menunggu ketibaan penyerang dari Singapura yang sedang berlari laju menuju ke gawang Malaysia. Peh! Aku dah cuak gila masa ni. Tempat Khairul Fahmi bebas dari pemain pertahanan. Nasib baik Khairul Fahmi mampu menangkap bola tersebut. Tabik spring kejap!!!

Bahagian penyerang pula beberapa kali terlepas peluang untuk membolosi gawang Singapura. Mungkin tiada rezeki agaknya. Mungkin juga tak sempat nak pass kat partner sebab asakan dari pemain pertahanan Singapura yang tinggi lampai dan berkaki panjang. Sekali bola disepak, bola tu dah boleh terbang jauh. Mungkin juga tersasar target

Bahagian tengah aku rasa yang lemah part passing je la kot. Kot ye. Ye kot. Sebab yang aku PERASAN, bila nak pass kat orang lain, selalu terpass kat pemain Singapura. Haish! -_-

Ok. Kat bawah ni aku nak rumuskan sesimple mungkin. Sudilah baca bebelan aku ni. Terima kasih!
  • First time pergi Bukit Jalil.
  • Jauh juga menapak sebab park jauh dari stadium.
  • Beli jersi warna biru dengan harga RM50.00 untuk dua helai sebelum masuk stadium.
  • Aku masuk lewat sikit dari member aku yang lain. Jenuh cari diorang dengan line phone yang macam haram waktu tu. Turun naik tangga dibuatnya.
  • Dua air mineral aku kena ambil oleh RELA masa nak masuk atas ciri-ciri keselamatan.
  • Terpaksa meredah manusia untuk tiba ke tempat member aku duduk.
  • Sangat suka cara pemain no 16 or 15 halang bola, no 8 menggelecek bola, no 21 bawa bola, no 22 tangkap bola, no 10 masukkan bola ke dalam gawang Singapura. XDDD
  • Tak suka sikap penyokong bahagian atas membaling botol air mineral ke bawah tanda protes kemenangan Singapura. (kalau kena anak orang macam mana?).
  • Rasa pelik kejap masa Singapura gol sebab stadium macam sunyi pula masa tu. Hahaha!
  • Menunggu sehingga permainan habis (semangat kesukananlah katakan).
  • Snap gambar sikit je.
  • Aku hampir kena langgar masa berjalan pulang ke kereta (bestkan?).
  • Lepak kat Khulafa sebelum balik dan aku bedal roti telur, roti kosong plus Nescafe ice. Terbaik!

I HEART YOU HARIMAU MALAYA!!!Ambil kritikan sebagai pembakar semangat anda semua!!!
Kalau boleh, nak tengok lagi match korang. INSYAALLAH! :)
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------------------

YF : Next time, nak beli jersi warna kuning pula!


2 comments:

miss_ain said...

hurm,bgus la awk semangat...xmacm sesetengah rakyat malaysia yg lain..malaysia menang or kalah pn diorg ttp nk ngata je,nk kutuk je malysia..ckp lmbik la,cm aym la..cm la diorg tu pndai sgt main...lau pndai g la trun pdg..tah2 lari sikit dh semput..cuba la pk kan andai kite berda dlm keadaan diorg..msti cuak gak..tp diorg dh usaha kn,sbb smgt diorg kuat..sory pnjg lebar komen sy..=)

DiriKu said...

@miss_ain : tahu tak pe...eh..sokay lah!!buat cerpen tak pe xDD

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...