Sunday, July 3, 2011

TILIK MUKA PENIPU

Heeee...aku suka betul tiliktilik muka orang ni...tapi aku tak suka orang tilik muka aku...kahkahkahkah...

Usha punya usha entri orang...jumpa satu tips ni...bagaimana nak usha muka orang yang menipu kita...kikikiki...

Jomlah tilik muka pakwe kita ek...erk...pakwe kita??please!! XD

-----------------------------------------


Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

MENYENTUH HIDUNG

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dankerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

MENUTUP MULUT

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 

GAGAP

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakantanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

PERGERAKAN MATA

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

MELENGAH-LENGAHKAN JAWAPAN

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. 

RESAH

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 

*Catatan : Clara Rella

-----------------------------------------

Erk...macam ada yang tersangkut je...-________-
ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------------------

YF : Aku memang tak suka orang yang kurang diajar

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...