Thursday, August 11, 2011

EH, JANJI TU APA?

Eh, sedapnya janji tu
Boleh buat lagi?
Buat banyak-banyak ya
Tak sabar nak pegang

Eh, janji tu senang tak nak buat?
Senang je?
Ye ke?
Buat macam mana ye?
Oh, dengan kata-kata ye?

Eh, janji tu asyik lari-lari je
Tak dapatlah nak pegang ketat-ketat
Kenapa macam tu?
Sebab tak sungguh-sungguh kot bila buat janji tu
Oh, macam tu ke?

Eh, janji tu asyik bertukar rupa la
Kenapa ek?
Sebab yang membuat janji tu serabut
Banyak sangat kot janji yang dia buat

Eh, kejap-kejap
Janji tu apa?
Keliru lah!
Macam mana nak bezakan janji tu?
Betul ke?
Palsu ke?
Susahlah macam ni

Kalau macam tu
Tak nak buat janji lah!
Buat orang pusing je tau


------------------------------------

YF : No promises

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...