Friday, September 30, 2011

ENGLISH IS A CRAZY LANGUAGE

That was what my teacher have told me. You see, a teacher that teaching in English could said that kind of statements. Hahahaha! Actually, she said that not for the wrong ways but the way we pronounce some of the words that make us confuse to say it. Let me give you some example :

bus - bush

loose - lost

goose - geese



Like bus (bas), just adding an alphabet behind it and the sound is totally change!

For loose and goose, the ryhme is the same one but after we change it to past tense and more than one goose, it's different!

Well, I'm in the middle of lessons right now. So sorry for the grammatical mistakes. I want to make the simple sentences first before I proceed to complex sentences. Yeah, yeah. I know. A kindergarden kid can do much better than that. Heheheh. It's ok. Maybe this is the time; the time for me to take seriously in learning English language. Oh my! I feel like that I have to adjust my sentence so many times! Please correct my mistake if I do have it.

Chaiyok! Chaiyok!
Keep it up YF! Don't ever give up to learn it. #talktomirroractually
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------

YF : If you can beat them, you'll join them.



Saturday, September 17, 2011

TERASA SANGAT POSITIF

Sudah dua hari berada di rumah. Mata sudah pun bertentang dengan skrin laptop, jari sudah bersedia ingin menari di atas papan kekunci namun semangat itu hilang tiba-tiba. Idea juga turut terbang entah ke mana. Aku jadi blur kejap. Entah. Tak tahu kenapa dan mengapa. Pagi ini, baru terasa ingin menaip. Hehehe. 

Semalam di universiti, IC dan cover phone aku hilang. Aku tak perasan IC hilang tapi cover phone hilang aku perasan. Jadi aku buat biasa sajalah. Jodoh tak lama dengan phone aku tu. Masa aku sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke rumah, aku terima satu panggilan. Dari Main Security universiti aku dan menceritakan hal sebenarnya. YA ALLAH. Macam mana aku boleh tak perasan IC aku hilang??? :(

IC tu aku masukkan dalam cover phone tu sebab aku gunakan IC untuk urusan buat akaun bank baru. Cuai. Ya, memang aku cuai. Terus aku kelam kabut bersiap dan dengan langkah yang sangat laju, aku bergerak keluar bilik aku. Sebenarnya, aku kurang pasti butir di mana Main Security berada. Setiap asrama ada pondok pengawasan masing-masing. Jadi, aku bertanya pada Mak Cik Security yang berada di asrama aku di mana Main Security berada yang nampaknya sudah bersiap ingin pulang ke rumah dengan bag packnya. Setelah bertanya, Mak Cik itu dengan baik hatinya membuat pertanyaan melalui walkie talkie miliknya ke pada Main Security. Rupa-rupanya Main Security berada di pintu utama universiti. Aku pun apa lagi, setelah mengucapkan terima kasih terus aku ingin melangkah menuju ke destinasi kerana aku ingin mengambil IC aku dan segera mendapatkan bas untuk pulang ke rumah. Belum sempat aku melangkah, Mak Cik tadi dengan senyumnya mempelawa aku naik skuter miliknya kerana katanya, dia juga ingin melalui tempat yang sama. 

YA ALLAH. Sesungguhnya Engkau tahu hambaMu berada di dalam kesulitan. Dari asrama aku untuk pergi ke pintu utama universiti, fuh! Jauh! Kalau jalan kakilah. Mula-mula aku menolak tapi Mak Cik tu berkeras juga ingin tumpangkan aku. Dalam hati, bersyukur sangat-sangat sebab dipermudahkan segala kesulitan aku. Yang menjumpai IC dan cover phone aku itu adalah seorang junior tapi beliau tidak tahu ingin dihantar ke mana kerana masih baru dengan persekitaran universiti. Nama pun junior kan. Jadi junior tersebut telah bertanya kepada seorang gadis, Aina Sofia di mana ingin menghantar IC tersebut agar pemiliknya boleh mendapatkannya semula. Kebetulan, mungkin Aina Sofia itu seorang senior. Pasti tahu selok belok universiti, kan. INSYAALLAH. Jadi beliau yang menghantar IC aku ke Main Security universiti. Itu cerita dari Aina Sofia melalui telefon. Aku sempat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Setinggi-tinggi syukurku padaNya. :)

Dengan kisah ini, aku terasa sangat positif. Terasa sangat yakin denganNya. Tawakallah dengan kejadianNya. Redhalah dengan ketentuanNya. Ini pengajaran buat aku agar tidak lagi cuai atau lalai. Kadang-kadang, ALLAH sekadar ingin menyedarkan kita tentang sikap buruk kita. Sehingga pulang, masih berlegar-legar kejadian yang menimpa aku. Nak dijadikan cerita, memang begitulah yang akan terjadi. 

Saat aku menaip ini pun, aku tersenyum sendirian. Mengenangkan cerita yang begitu banyak kebetulannya. Terasa sangat disayangi! :))

Dah pukul berapa ni, ya? OK! 4.23am! Need to go!
Jumpa lagi di lain waktu atau di lain hari. INSYAALLAH.
Jaga diri semua!
ASSALAMUALAIKUM


----------------------------------------------

YF : Someday, this pain will be useful.


WORDLESS MORNING #55


--------------------------------------------

YF : Ok, that's scary.

Wednesday, September 14, 2011

MENCARI DIRI DI SINI

ALHAMDULILLAH.

Dapat juga aku menaip. Setelah seminggu lamanya meninggalkan blog kesayangan. Hahaha. Taklah lama sangat, kan?

Seminggu. Banyak perkara telah berlaku terhadap diri aku. Terlalu banyak. Ya. Sampai sekarang, masih tidak percaya kaki ini telah pun melangkah ke universiti ini. Umpama impian yang sekadar main-main, menjadi kenyataan.

Walaupun begitu, aku terpaksa melalui satu semester ini dengan menghadiri kelas Bahasa Inggeris sahaja kerana untuk memasuki kuliah, wajib melepasi Band 6 untuk English. Tapi, tidak mengapa. Bila lagi aku nak belajar English kalau tak terdesak, kan? I have too. I must too. Sekarang ni, sedang belajar untuk bercakap dalam English. Memang tunggang terbalik dibuatnya. Harap dapat exit untuk semester seterusnya. Fuh! Doakan aku ya?

Roomates. ALHAMDULILLAH. Semuanya ok. Dalam bilik aku ada 4 orang termasuk aku. Mereka bertiga masing-masing dari KUIS. Berumur 21thn. Muda setahun dari aku. Tapi aku masih boleh ngam dengan mereka. Syukur. Bilik tu terbahagi kepada 4 bahagian. Best tak? Sangat sesuai untuk keperluan peribadi seseorang pelajar itu. Mahallah (hostel) yang aku dapat agak jauh dari kawasan kelas. Harus berjalan kaki ataupun menaiki bas yang disediakan. Nama Mahallah aku Maryam. Walaupun jauh, tapi kawasan dia just nice.

Di sini, aku sedang mencari diri aku sendiri. Syukur ada sahabat yang ingin menggerakkan langkah aku dengan izin-Nya. YA ALLAH. Rasa sangat disayangi ketika ini. Rasa sangat terpelihara saat ini. Mungkin aku tidak berubah secara drastik. Tapi aku perlu mula dari bawah. Menaip memang senang. Bercakap memang mudah. Tapi ingin melakukannya sendiri, perlukan hati yang kuat. Disamping itu, perlukan makanan lain seperti sokongan keluarga, sahabat mahupun menghadiri program-program ilmiah yang berkaitan. Diri kita umpama mesin. Perlukan minyak. Untuk bergerak dengan lancar. Begitu juga dengan hati kita. Perlukan motivasi dan sokongan yang sangat banyak.

Mungkin bagi sesetengah orang, seminggu itu terlalu cepat untuk berubah. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. terpulang kepada pendapat masing-masing. Apa yang penting, aku akan ubah apa yang patut aku ubah. Aku akan cuba. Itu saja.

Moga hati ini sentiasa merendahkan diri terhadap-Nya. Sekali lagi, aku memanjatkan kesyukuran yang amat tinggi kepada-Nya kerana memberikan aku peluang mengenali tempat ini. Aku harap jodoh aku dengan tempat ini akan tamat bila tiba masanya. Maksud aku, hingga aku tamat belajar. INSYAALLAH. AMIN.

Oklah. Perlu undurkan diri dulu. Bila dah menaip, memang berjelalah gamaknya. Hehehe.
Jaga diri ya semua?
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------

YF : Menanti cinta


Sunday, September 4, 2011

MUNGKIN TIDAK SEAKTIF DULU

Sedih untuk aku taip entri kali ni. Hari ini aku bakal bergelar pelajar semula. Kursus aku pula mungkin agak susah. Ya. Bagi akulah. Subjeknya pula mungkin ada tambahan. Jadi, mungkin tiada kelapangan untuk seaktif dulu. Entri akan dibuat tapi tidak sekerap dulu. Tidak semeriah dulu. 

Aku akui, aku akan merindui zaman kemeriahan itu. Zaman ketidakkesahan aku terhadap waktu malam mahupun siang. Fuh. Beratnya jari ini ingin menaip. Cuma pinta aku kepada para pembaca sekalian. Doakan aku semoga berjaya mengharungi dunia baru dan dugaan yang baru juga. Mungkin ini adalah langkah aku yang paling terbaik pernah aku lakukan. Aku bersyukur kepadaNya kerana memberikan aku peluang sebesar ini.

Perasaan tidak percaya masih bersarang di dalam jiwa ini. Terasa ingin jaga dari mimpi ini. Tapi inilah realiti. Inilah kehidupan. Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku ke atas aku kelak. Harap-harapnyalah.

Kepada korang semua, teruskan menaip sekiranya mampu. Berikan maklumat yang boleh membantu pembaca lain. Semoga korang berjaya walau di mana pun korang berada. INSYAALLAH.

Jari tak mampu nak menaip dah. Sekali lagi, doakan aku ya? :)
ASSALAMUALAIKUM


------------------------------------------------

YF : PSYCHOLOGY, please be nice with me. Can you?

Friday, September 2, 2011

WORDLESS MORNING #54


----------------------------------------------------

YF : Alone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...