THE FIRST TIME IN MY LIFE

ASSALAMUALAIKUM

Eh, eh! Aku update blog! Lagi! Hahahaha! It's the first time in my life, updating my blog in mahallah's room. Tak percaya aku! Sebenarnya, ini baru pertama kali aku cuba untuk update blog kat dalam bilik ni. Sebab tak berapa nak yakin dengan kemampuan WI-FI yang sedia ada. Sebab macam Facebook, seriously sangat slow tahap siput **** nak tunggu dia loading. Tapi blogspot, sebaliknya pula. Kehkehkeh!

Tapi ini merupakan satu kelalaian buat aku! YF! Kau jangan nak suka sangat ek. Study! Belajar! Study! Belajar! Yeah! Erk? -__-"

Semalam, hari yang memenatkan buat aku. Badan penat. Otak penat. Hati penat. Haish! Semuanya penatlah. Aku nak cakap pasal hati yang penat tu. Aku rasa sedih, kecewa, marah dan segalanyalah. Tak tahu nak terangkan macam mana. Dalam hati, berdoa agar aku tidak cepat melatah dalam melayan kerenah dugaan kehidupan seharian tu. ALHAMDULILLAH. ALLAH bagi aku satu perasaan yang sangat melegakan selepas 'kejadian' itu. Apa nak jadi, jadilah. Aku dah tak hairan semua tu. Yang penting, aku rasa puas. (^,^)v

Kadang-kadang, aku peliklah. Kenapalah buat macam tu lagi walaupun tahu terang-terangan yang perkara itu sangatlah membuat hati rasa meluat? Aku yang tengok ni, alahai. Kasihan betul. Tak dapat nak bezakan ke? Then, yang jadi mangsa orang lain. Aku nak tengok jugalah kan, sampai bila cerita yang sama akan berulang, berulang, berulang dan akan terus berulang. Hmm.

Dahlah. Mata dah cukup sepet untuk menaip ni. Tapi bukan nak tidur pun. Ada benda nak buat. Jumpa lagilah ek? Maaflah kalau terkasar bahasa dalam entri-entri aku. 

Till then,
ASSALAMUALAIKUM.


----------------------------------------

YF : You can do the same things with others but not with me.

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?