Thursday, January 6, 2011

[STICKY] DOMAIN, HOSTING & KAV KEY I JIWA NETWORK GIVEAWAY


ASSALAMUALAIKUM!!!
GIVEAWAY lagi!!!yeah!!!aku sudah jadi mental dengan ini peraduan...sobsobsob...-.-
Ok...cara nak join dia...ada kat bawah nih..jom kita semak sesame ye... :D
--------------------------------------------
  1. Copy tajuk post nie bulatbulat…
  2. Buat satu post dan mention blog Jiwa Kacau dan penaja Jiwa Host
  3. Copy banner Giveway nie…
  4. Linkan banner ke post ini…
  5. Follow Fan Page Jiwa Network (x wajib)…
  6. Follow Twitter Jiwa Network (x wajib)…
  7. Follow Google Friend Connect Jiwa Kacau (x wajib)…
  8. Tag 5 orang rakan-rakan yang lain dan bagi tahu mereka…
  9. Tinggalkan link post korang di bawah…
Giveaway ni akan berlangsung selama satu bulan dan akan tamat pada 31/1/2011...*jadi sempat lagi siapasiapa yang nak join :)

Tiga pemenang akan dipilih dengan menggunakan Random.org

Hadiahnye adalah seperti di atas dan bernilai lebih kurang RM150.00 dan ditaja oleh Jiwa Host…*cayalah :D

Kesemua peserta wajib follow step-step diatas ok...

Kata Jiwa Host, hadiah mungkin berubah mengikut keadaan semasa… 

Hadiah-hadiahnya best gila weih...*semangat berkobarkobar gila!!!
  1. Domain .com .org .net .biz & .info semalam 1 tahun…
  2. Hosting package 1GB storage dan 10GB Bandwidth selama setahun…
  3. Kaspersky Antivirus Key 2011…
Nak lagi clear, klik kat BANNER ok!! :D

Aku nak tag ;-


Selamat mencuba ya sahabatsahabatku.. :D
ASSALAMUALAIKUM!!

-------------------------------------

p/s : Sekiranya kau tahu isi hatiku :)

"Blog Aku, Bukan Privasi Lagi "


ASSALAMUALAIKUM sekali lagi...hohohoho...

Penat aku..dok masuk segmen je...kakakaka..its ok..luas perjalanan..luas lagi pengetahuan..*ada kene mengena ka? -.-




Tajuk dia memang best...memang betul pun...BLOG AKU, BUKAN PRIVASI LAGI...sebab follower aku pun kian bertambah....terima kasih banyakbanyak....<3

Owner segmen ini suruh aku describe blog sesimple yang boleh...so....kita teruskan dengan cabaran ini!!


-------------------------------------
  1. Blog aku simple
  2. Ini blog aku yang kedua
  3. Blog ni berusia hampir 3 tahun *tak la lama sangat kan?
  4. Masih dalam proses naik taraf
  5. Dalam blog aku ni...aku nak kongsi macammacam ilmu dengan para pembaca
  6. Aku suka letak "p/s" pada akhir entri aku
  7. Aku akan follow blogger yang follow aku 
  8. Blog aku kebanyakkanya warna oren *warna kegemaran aku
  9. Blog aku tak ada privatekan kepada sesiapa pun..untuk tatapan umum *buat masa sekarang la -.-
  10. Aku sayang blog aku dan juga follower aku *ikhlas dari hati <3
Aku nak tag kepada INTAN SYERLINA, AMAL BAHARUDDIN dan juga MUNCAI..:D


Nak lagi jelas tratangtang...klik pada BANNER ok...:D

-------------------------------------
p/s : Tuah itu rezeki :D

MEREKA KATA . . .


ASSALAMUALAIKUM!!!

Ini segmen terbaru BEN ASHAARI pada tahun 2011 nih...saja je nak join...biar ramai sikit aku tau bloggerblogger kat Malaya nih...cewah....heheehehe...

Hari ni je...dah dua kali aku sebut nama BEN ASHAARI nih...ada dia sebut nama aku??hahahahaha...
Okok...back to the main topic yaww...

Untuk segmen ni...korang perlu terjemahkan perasaan korang pada para blogger yang bakal menjengah blog korang...TIDAK KURANG daripada 100 patah perkataan ok...so..make it simple but interesting...eceh..speaking LONDON pula aku nih..aku cuba terbaik ok.. :D

Kita start sekarang!! 

------------------------------------------

Kepada para Blogger yang menjenguk blog aku...diharap korang semua sihat senantiasa...AMIN...terima kasih banyakbanyak kerana sudi datang ke blog yang simple mimple nih...amat terharu rasa hati ini..*serious..tak tipu...-.-


Aku perkenalkan diri aku....sebagai YULIA FAJRIN SUKIRMAN...seorang gadis opkos...masih muda remaja..hahahhaha!! *perasan jap

Aku seorang yang biasabiasa saja..bukan HOTSTUFF or what ever...tapi kalau korang HOTSTUFF...aku leh tepuk tangan je la..:D

Aku suka merapu, merepek dan buat lawak bodoh...jadi, terimalah aku seadanya...


Sekiranya korang ada pendapat yang lebih bernas dan kritikan yang membina....jangan malumalu...luahkan kepada aku, empunya blog...don't worry..aku pendengar yang bagus dan setia...<3
INSYAALLAH...aku akan ambil nasihat korang yang dirasakan boleh diguna pakai...

Blog aku ni dah lama aku buat...since 2008 aku rasa...tapi sekarang baru betulbetul nak aktif jadi blogger balik...not sure why...just I want too...korang follow aku...aku akan follow balik...itu memang semestinya...ya laaa....siapalah blogger kalau tak ada follower kan....kehkehkehkeh....sayang kamu semua!!! :D

Aku rasa dah lebih 100 patah perkataan aku menaip nih...pape hal..mau lebih clean and clear....jom terjah * SINI * :D

------------------------------------------
p/s : Suka bila dapat kawan ramai <3

BILA SEMANGAT SATU MALAYSIA WUJUD

ASSALAMUALAIKUM semua!!!yeah!!

Heeee...SATU MALAYSIA...pe la yang aku dok cakap benda tu...aku ada baca satu entri ni...itu pun aku tengok dari BEN ASHAARI....ala..blogger hot tu....waaaa....memang kagum kot...macam mana bila orang yang tidak kita kenali dan berbilang bangasa boleh berborak sakan dalam jangka masa yang singkat??


Kalau aku..compirmcompirm dah malumalu bhai....lagilagi speaking in English gitu...tah aku paham ke tak....hahahahha...

Ni ayat dia yang wat aku rasa macam nak join sekaki plak dengan diorang : -
"tym tu aku rase mcm SATU MALAYSIA sgttt..... sebab, malay,chinese,indian,foreigner... we are all strangers to each other..but then...we talked to each other! huhu.."
Hohohoh...korang usha la entri ni ok...empunya blog nama dia Farhanieza .

Kalau bukan kerana SATU MALAYSIA pun...kita kenalah hormat bangsa dan kaum lain juga..ye tak??baru lah sesuatu negara tu aman dan sentosa...

ASSALAMUALAIKUM :)
---------------------------------
p/s : Ada orang cakap aku ramah....benarkah? -.-

KES KRITIK MENGKRITIK

ASSALAMUALAIKUM sekali lagi yaww....

Aku ni sikitsikit kes..sikitsikit kes..ye la...tengok keadaan macam hot dan berpeluh...bagi aku hot la tuh..kuikuikuiku...*teringat lagu HOT and COLD by KATY PERRY ;)


Haish...bila kita bebas untuk mengatakan apa jua dalam blog kita..semuanya kita nak tibai ye?semuanya kita bebel tak tentu pasal tanpa fikir apa orang lain fikir...apa hati orang lain rasa...aku tau korang nak cakap apa....*ada aku kesah???
Hah...ni la yang payah...memang la aku pun selalu cakap macam tu..tapi kita kan ada akal...Tuhan bagi kita akal...fikir banyakbanyak kali..baru la keluar kan dari mulut yang satu ni...


Bukanlah nak cakap aku bagus....ni sesi muhasabah diri ok..kita kan blogger...jagalah silaturahim antara blogger....baru la best kan..aman damai je dunia kita nih...

Yang aku duk bebel ni pasal pa...ala...ada seorang hamba ALLAH nih...duk kritik orang lain pakai tudung camni lah...tudung camtu lah.....nak tegur boleh...apa ada hal..ye tak??
Tapi secara berhemah gitu....baru orang boleh terima apa yang kita nak sampaikan...dah tu...babitkan pula artisartis kat Malaysia nih....haiyaa..apa mereka tau meyh???
Ya..mereka Public Figure...ramai remaja sekarang jadikan mereka idola dan sebagainya...tapi tu la...jadi idola boleh rasanya secara umum...tapi kita amik yang baik je la kan..yang tak elok...dok jauhjauh nun..sakit mata je tengok...dah tu..turun plak kat hati...kan ke parah tu?

Pasal mangsa kritik..kesian dia..kecoh dah satu arena blogger sekarang pasal gambar dia tuh...dia antara talent sahabat aku....selalu pegi photoshoot bagai...kaki kritik pula pandai COPY PASTE gambar dia kat internet...and then kritik...fuhhh..best gila dia buat camtu kan...melainkan tak nampak wajah, nama dan identiti gambar....ok lagi la kot...owner gambar siap suruh buang lagi gambar tu..tapi si pengkritik ni buat bodoh je...haish...ada ka patut? -.-


Kepada MANGSA KRITIK....berhatihati ok untuk masa hadapan...tabahkan hati anda dan berusaha menjadi lebih baik....

Kepada PENGKRITIK...cuba ubah cara tu kepada yang lebih bijaksana...kalau tak reti jugak..belajar ngan bijak pandai...lagi dapat banyak pahala...INSYAALLAH....


Pape hal...kita yang melihat nih...ambil iktibar ok... :)

ASSALAMUALAIKUM!

--------------------------------------
p/s : Bila gerakgeri kita diperhatikan

BERDIALOG ATAU BERMONOLOG

ASSALAMUALAIKUM semua!!!

Hohoho...jumpa lagi naaa...korang semua tahu...aku ada MUKABUKU kan...dan aku akan memulakan status aku dengan perkataan BERDIALOG...

Ada juga hamba ALLAH ni yang ingin menegur perbuatan tak bertauliah aku tu...hahahahhaa...
Tapi dia jugak memberikan idea yang bernas...tak terfikir pula aku...

Korang nak tahu apa idea bernas dia tu???dia suruh aku tukar perkataan BERDIALOG kepada BERMONOLOG...fulamaaaaakk!!!siap kata...tukar sebab TAHUN BARU...hahahahaah!!!memang terbaik dari ladang!! :D

Ni antara buktibuktinya *kang kata aku auta pula -.- 


Sengal je kan??tapi betol woo pe dia cakap tuh....beza DIALOG dan MONOLOG...lain tuh...ala....korang kan penah belajar SASTERA masa sekolah menengah dulu...aku rasa....Tingkatan 1 dah belajar kot....tak apa...kita buat revision sikit ok???

-------------------------------


Istilah DIALOG dalam KAMUS BAHASA MELAYU edisi kedua ;

1. percakapan; perbicaraan (dlm lakonan dll): ~ mereka terlalu panjang. 2. tulisan dlm bentuk percakapan: Drama ialah tulisan atau karya dlm bentuk ~. 3. pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu: Mereka akan mengadakan ~ kerana ada pihak yg tidak puas hati dgn keputusan itu. berdialog 1 bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2 bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu.
*Catatan : Sumber dari DIALOG

Istilah MONOLOG dalam KAMUS BAHASA MELAYU edisi keempat ;

1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dlm sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2. adegan drama atau sandi­wara dgn seorang sahaja pelakonnya yg menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang lebar oleh seorang pe­nutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya; bermonolog melakukan monolog : apatah lagi apabila saya kena ~ hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~ semata-mata.
*Catatan : Sumber dari MONOLOG 
-------------------------------


Amacam??sudah ingat tak???jadi...aku sahut cabaran dia tu....huh...ingat aku tak berani kaa...


Ok....status MUKABUKU aku akan menjadi lebih gempak lepas nih...yeah!!!
Credit to En Hadi Hamzah -.-


Jumpa next entry ok!!!
ASSALAMUALAIKUM...


-------------------------------
p/s : Jika kau ubah fikiran :)

10 SEBAB LELAKI TIDAK HUBUNGI ANDA SELEPAS PERTEMUAN


Secara umumnya...ada beberapa sebab kenapa seorang lelaki tidak berminat untuk meneruskan hubungan dengan seseorang wanita selepas berjumpa...

Antaranya :-
  1. Anda terlalu banyak bicara.
  2. Pakaian anda terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.
  3. Anda tidak tertawa saat dia berlawak.
  4. Anda terlalu jujur tentang apa yang anda inginkan dari hubungan tersebut.
  5. Anda berulangkali membicarakan tentang bekas teman lelaki anda.
  6. Percakapan yang anda 'jalinkan' tidak bersangkutan dengan percakapannya.
  7. Anda marah-marah pada kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawakan pesanan anda.
  8. Anda terlalu banyak mengeluh.
  9. Anda kerap melihatnya dengan pandangan seribu tanda tanya.
  10. Anda memintanya pergi ke restoran dan tempat-tempat mahal. 
*Catatan : Sumber dari blogger TENGKU NIZAM

Walau apa pun...seperti yang aku katakan sebelum ini...jodoh itu kadangkadang sekadar untuk mengenali...kita perlu bersyukur dengan apa yang ALLAH hadirkan untuk diri kita...pasti ia untuk kebaikan dan membuatkan kita lebih berhatihati pada masa akan datang..INSYAALLAH...

------------------------------------------------
p/s : Dalam sesuatu perhubungan...give and take perlu ada... :)

CANTIKNYA LELAKI HEBATNYA WANITA




Nak tahu dimana KECANTIKKAN LELAKI????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada NABI MUHAMMAD adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Dan dimana KEGAGAHAN WANITA???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada KHADIJAH adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

*Catatan : Sumber dari Muslimah08

-------------------------------------

p/s : Menunggu hari perubahan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...