Thursday, January 20, 2011

AWARD DARI CIK SITI!!!



ASSALAMUALAIKUM!!

Yeah!!!aku dapat AWARD!!!!hahahhaha!!!batak gila seyh!!!
Sebenarnya...AWARD ni secara umum jee..korang jangan la jealous pula yaa...korang pun leh amik AWARD ni...

Award ni hasil pemberian dari CIK SITI kita...baik hati dia kan..bagi award freefree je...


Jenguk la ya blog dia kalau nak AWARD tu...tapi yang penting..kena jadi FOLLOWER CIK SITI dulu, kan CIK SITI?? :D

Tetiba aku promote blog orang pula..hahahha...:)
ASSALAMUALAIKUM :)

-------------------------

YF : Nak shopping pula rasanya :)

MR. DEEDS

ASSALAMUALAIKUM!!

Semalam...aku baru je tengok movie MR. DEEDS ni kat TV2...best jugak moviemovie kat TV2 ni ye....komedi ringan orang kata...hehhehe...walaupun cerita ni dah lama...tapi still leh buat ketawa lagi kan..lagilagi kalau ADAM SANDLER yang berlakon...memang aku suka!! :DD

Siapasiapa yang dah tengok..jom kita imbau kembali jalan cerita ni ok!!

---------------------------

Poster MR. DEEDS :-


Snapshot :-






Trailer :-



Sinopsis (kali ni in English) :-

Longfellow Deeds (Sandler) is a sweet, lovable guy leading a simple but happy life in the tiny hamlet of Mandrake Falls, New Hampshire. Deeds is admired by the locals who crowd into his pizzeria to hear him recite his offbeat (but hilarious) greeting card poetry. 

Life is good at the small town restaurant until two corporate executives bring news that Deeds is about to rolling in a different kind of dough. A long-lost relative has left him an inheritance of 40 billion dollars along with the largest media company in the world, a football team, a basketball team, and a private helicopter ready to whisk him off to corporate America. 

It's a fish out of water, rags-to-riches story that has local tabloid reporters, including Babe Bennett (Ryder), salivating. With the help of his trusty valet, Emilio (Turturro), Deeds ultimately discovers what life is really all about and has to prove that money changes everything... but not everyone.

---------------------------

Bestkan??kan??kan??
Ok..jumpa entri lagi satu!!
ASSALAMUALAIKUM!!

---------------------------

YF : Kau dan aku menjadi satu :)


ADAB POTONG KUKU

ASSALAMUALAIKUM!!

Kuku Oh Kuku...
Jom kita baca pasal cara potong kuku dan waktuwaktu yang sesuai untuk potong kuku ya...:D

Mari kita baca post pasal sunnah Nabi pula...:)

-------------------------

Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.


Waktu memotong kuku:
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang ertinya: 
“Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” (Hadis riwayat Muslim)

Diriwayatkan oleh Abu Sa‘id al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud:

Bersabda Rasululloh Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Siapa saja yang mandi pada hari Jum‘at, memotong kuku, berwangian (memakai wangi2an) jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Jum‘at itu dan Jum‘at sebelumnya.”(Hadis riwayat Ahmad)
Ini bermakna kita digalakkan memotong kuku pada hari jumaat dan jangan simpan lebih dari 40 hari.
dan ini mengenai penjelasan memotong kuku semasa haid,nifas dan junub :-



*Catatan : Sumber dari OHISLAM

-------------------------

Kepada yang dah baca...minta sharekan pada sahabatsahabat, keluarga dan orang lain ya...
Moga kita sentiasa terpelihara dengan rahmatNya..INSYAALLAH..
Kalau ada tersilap..sila betulkan..:)
ASSALAMUALAIKUM!!

-------------------------

YF : Jangan jadi bodoh sombong. 
Biar bodoh asal jangan sombong :)

SUSAH KE NAK FAHAM LELAKI???



ASSALAMUALAIKUM!!


Rajin pula aku nak post pasal PERHUBUNGAN ni ya...:D
Hehehe..Bukan apa...kadangkadang..kita ni kaum perempuan...selalu rasa lelaki ni macam ni la...lelaki ni macam tu laa...sebenarnya...secara umumnya..lelaki ni...kalau kena pada cara kita melayannya..mereka sebenarnya seorang yang sangat mudah dan senang untuk dibawa berbincang...tidak seperti perempuan...terlalu bergantung kepada emosi sematamata...ini pun secara umumnya..

Senang cerita...kita ni semua sama ja...perlukan pemahaman yang tinggi untuk mengekalkan sesebuah perhubungan tidak kira...lelaki atau perempuan...:)

Ikuti review di bawah untuk kita samasama memahami bagaimanakah lelaki ini sebenarnya...(^^,)

-----------------------------------

Bayangkan senario ini. Pada satu hujung minggu yang indah, Jasmin dan Daniel bercadang untuk menonton wayang di pawagam berhampiran dengan kediaman mereka.

Pasangan kekasih yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja itu hanya berpeluang bersama ketika hujung minggu sambil pergi menonton wayang, berekreasi ataupun menikmati makanan di restoran kegemaran.

Seperti biasa, semasa menunggu giliran membeli tiket tiba-tiba mereka terserempak dengan Nadia, rakan pejabat Jasmin yang juga merupakan seorang model sambilan. Perwatakan cantik dan anggun Nadia itu tanpa disedari menarik perhatian Daniel.

“Kenapa asyik pandang Nadia? Awak rasa dia cantik?,” persoal Jasmin.

“Saya rasa kawan awak itu cantik,” jawab Daniel dengan ikhlas tanpa berselindung apa-apa. Namun, kata-kata Daniel itu mula mengundang masalah dalam perhubungan antara pasangan itu sebab Jasmin berasa kekasih mula tertarik dengan wanita lain.

Situasi seumpama itu hakikatnya sering berlaku dalam mana-mana perhubungan pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya. Dalam situasi tersebut, luahan ikhlas Daniel kepada Jasmin sebenarnya untuk memudahkan kefahaman bukan merumitkan lagi perhubungan.

-----------------------------------

Menurut Kaunselor Perhubungan di Universiti Missouri, Columbia, Amerika Syarikat, Glenn Good, lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan adakalanya lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir daripada kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan.

Kadangkala majoriti wanita berfikir lelaki yang berbohong tentang diri sendiri akan berbohong mengenai semua perkara lain. Maka, perasaan curiga akan menyelubungi jiwa sehingga memusnahkan perhubungan yang baik.

-----------------------------------

Sebenarnya memahami golongan lelaki bukan susah seperti yang disangka. Bagi kaum wanita yang bimbang dan menghadapi masalah dengan perkara itu Pesona memberi tip untuk anda memudahkan perjalanan cinta anda.

SUKA MEMBISU

Golongan wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan sedih sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki pula lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Apabila lelaki membisu bukanlah bermakna dia tidak langsung memikirkan hal tersebut, sebaliknya dia enggan memanjangkan atau mengeruhkan sesuatu situasi buruk. Jadi, wanita usah bimbang atau bersangka buruk bahawa pasangan anda tidak langsung mempedulikan anda.

Cukup sekadar meluahkan apa yang tersirat di hati tanpa perlu membebel panjang. Lelaki biasanya akan faham dan selesa dengan situasi itu.

LELAKI TIDAK KOMPLEKS

Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan.

Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

JANGAN MEMAKSA LELAKI

Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

PENTINGKAN KEJUJURAN

Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya.

Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.

HIDUP LELAKI LEBIH MUDAH

Cara hidup lelaki lebih mudah berbanding wanita. Oleh sebab itu, lelaki sukar untuk memahami apabila sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk bahasa kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki memahaminya, sedangkan mereka lebih suka jika perkara itu disampaikan dalam bahasa yang mudah dan berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, lebih baik berbual secara terbuka kepada lelaki.

*Catatan : Sumber dari CINTADEARHANIEY

-----------------------------------

Itulah dia sedikit sebanyak mengenai lelaki..*panjang berjela je aku tengok -.-
hehehehe...tak apa...ilmu juga ni kan..nanti dah kahwin...senang sikit nak handle lelaki ni..:)
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------------

YF : Selalu juga aku confuse dengan lelaki ni -.- 

CURANG OH CURANG!

ASSALAMUALAIKUM!!

Baru nak update blog..hohoho....barubaru...ni ada seorang sahabat aku....mengalami masalah percintaan...kekasih yang tersayang...curang dibelakangnya...haih...aku pun tak tau nak cakap macam mana lagi...

Kalau aku...sakitnya hati...mana taknya...kekasih yang kita percaya, sayang dan kasih...buat onar tanpa pengetahuan kita...haiyaaa...tapi itu sememangnya dugaan dari ALLAH...jodoh kadangkadang..hanyalah untuk mengenali siapa insaninsan yang berada di sekeliling kita...:)

KENAPA LELAKI / PEREMPUAN itu curang???aku terjumpa satu blog ni...cakap pasal curang...jom....kita baca kenapa merekamereka ni..melakukan KECURANGAN di belakang kekasih mereka..kotkot ada tersangkut satu ke kat korang kan...berhatihati yaa :D

-------------------------


Sakitnya hati! Orang yg kita cintai telah berlaku curang dalam diam. Paling teruk, ada yg melakukannya terang-terangan di depan mata! Sebenarnya, sebelum kita saling tuduh-menuduh pasangan lebih baik kita memahami sebab-sebab kecurangan pasangan. Kemudian selidik samada faktor tersebut yg telah membuat si dia menjauhkan diri dari anda!
HIDUP TERKONGKONG
Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong. 


RASA MARAH
Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah  buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.



RASA RENDAH DIRI

Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!


SERING BERJAUHAN
Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya.  Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta!


KETIDAKPUASAN DALAM KASIH SAYANG
Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan.  Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.


KOMUNIKASI YANG HAMBAR
Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.


LANDASAN HUBUNGAN YANG RAPUH
Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2  atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!


MERASA TIDAK DIHARGAI
Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.

MAHU LEBIH BAHAGIA
Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti  lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang  tidak jelas.


SIKAP YANG MENGADA-NGADA
Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.



HUBUNGAN TERLALU RUTIN

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.



SIKAP PLAYBOY/PLAYGIRL!!!

Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan  cantik atau lelaki kacak. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.


ADA ORANG TIDAK BERPUAS HATI
Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!
*Catatan : Sumbar dari  CINTADEARHANIEY
 -------------------------

Hah, ada sangkut tak??kalau tak ada...syukur...kalau ada...jangan main terjah pula...berbincang ok..:)
Jumpa next entry...senyum selalu!!
ASSALAMUALAIKUM!

 -------------------------

YF : Teman :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...