Saturday, January 22, 2011

FOBIA DENGAR PERKATAAN "JODOH"



ASSALAMUALAIKUM!!

Aku fobia dengar perkataan "JODOH"???apa kes de???
Entah laa..aku pun tak tahu...tapi bila jumpa sahabat lama...laju pula mulut aku tanya diorang..

"Bila nak kahwin?"
"Dah ada calon ke belum?"

Hah..amik korang soalan aku...hahahaha...tapi...kenapa aku tak suka bila orang tanya aku macam tu????
Bukan tak suka sebab menyampah..just..macam...tak selesa....argghhhhh!!!aku stress bhai!!stress!!!

Haiyaaa!!!mental aku macam ni!!so please!!siapasiapa yang kat luar sana....jangan teringin nak tanya aku pasal jodoh, ok??biarkan ALLAH yang tentukan...aku malas dah nak fikir...-.-

ASSALAMUALAIKUM..:(

-----------------------------

YF : Bila hati sudah terpaut

RAHSIA ITU



ASSALAMUALAIKUM semua...

Hmm..korang ada rahsia?kecil ke?besar ke?pasti adakan..aku pun ada...banyak jugak laa...hurm...

Tadi..aku baru mengetahui sebuah rahsia yang paling berat pernah aku dengar...tak terbayang aku selama ni...akhirnya...aku telah berjumpa satu kisah hidup yang sememangnya nyata lagi betul...

Bayangkan..korang simpan rahsia sorangsorang..tak ada siapa pun tahu...berat tak bahu nak pikul??
Orang lain sibuk cakap kita ni begini..kita ni begitu...tapi...ada diorang tahu perihal sebenar??
Dah tahu...baru ternganga mulut seluas periuk belanga...terkejut punya pasal...

Benar kata pepatah Melayu...berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikulnya...
Kita ingat...dia cool je..chill je...dalam..siapa yang tahu...berperang dengan segala bagai rasa...SUBHANALLAH..

Hebat sungguh dia...sekiranya aku berada ditempat dia..aku sendiri...tidak pasti...apa yang akan aku lakukan...
Aku harap...dia tabah mengatasi dugaan ini..INSYAALLAH...

Bila kita tahu sesuatu rahsia yang kita rasa macam sungguh berat...kita akan turut terasa sedihnya...betul...sedih sangat..siap menangis lagi...

YA ALLAH...Kau permudahkanlah dugaann ini untuk dia...tenangkanlah jiwanya...AMIN...

ASSALAMUALAIKUM 

----------------------------------

YF : Tidakku mengerti apa mahumu

PASRAH



YA ALLAH
Aku berserah kepadaMu
Hidup dan matiku
Hanyalah untukMu

YA ALLAH
Aku pasrah dengan takdirMu
Membuat aku terjaga dari lena
Yang mengaibkan

YA ALLAH
Aku redha dengan hukumanMu
Untuk hambaMu yang alpa
Yang kian memakan diri

YA ALLAH
Aku terkedu dengan kebesaranMu
Aku masih mampu merasa nikmat dariMu
Betapa aku bahagia dengan rasa ini

YA ALLAH
Dengarlah rintihan ini
Dengarlah rayuan ini
Dengarlah esakan ini
Hanyalah untukMu

--------------------------------

YF : Kian sedar

SEPI





Manik jernih kian menitis
Dari sang mata yang melayu
Terkenang masa lalu
Yang penuh kelalaian


Hanya kepadaMu
Tempat ku mengadu
Segala resah gelisahku
Moga tenang hatiku


Semakin meninggi umur
Semakin aku takut dengan masa depanku
Bagaimanakah ia?
Tidak tercapai akalku
Hanya mampu berserah
Pada yang lebih mengetahui


Tiap hari hati berlagu
Meminta kasih dan sayang
Tapi siapa yang mampu mendengar
Ia sekadar jeritan batin


Syahdu hati di malam hari
Bersama deru angin
Yang kian mengerti
Betapa aku sepi sendiri


Tidak ingin bertegang urat
Apatah lagi bermusuh
Cukup sudah segalanya
Biarkan ia terkubur disanubariku

-----------------------------------

YF : Aku tetap aku

SAHABAT YANG KU CINTA





Hadirmu mengembalikan senyumku
Tapi tidak pasti sampai bila kau akan bertahan
Aku mula menganyam angan-angan
Tapi ku takut tidak kesampaian


Umpama pelangi di malam gelita
Tidak kelihatan tapi terasa disanubari
Khuatir ia akan hilang
Tanpa aku sedari


Kumbang bukan seekor
Bunga bukan sekuntum
Begitulah juga engkau
Masih banyak pilihan dan harapan

Hatimu mungkin tidak pasti
Siapakah yang kau cinta
Hatiku mungkin tidak pasti
Siapakah yang ku cinta

Sejarah kau berbeza
Begitu juga aku
Namun aku pasti
Aku masih trauma dengan kisah lampauku

Terima kasih sahabatku
Sudi hadir memberi ruang
Untukku berteduh sebentar cuma
Ku tahu kau akan pergi jua
Mencari yang selayaknya

Dan aku di sini
Redha dan pasrah
Dengan ketentuanNya
Inilah ujian dariNya

Syukur padaMu
Menemukan aku dengan insan ini
Kau memberikan nikmat
Pada hambaMu yang berdosa
Betapa aku malu denganMu


Izinkan ku melakar
Kenangan yang terindah
Bersamamu insan teristimewa
Moga kita kekal bersahabat
Hingga ke syurga

-------------------------------------

YF : Nukilan ini sudah lama tercipta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...