Thursday, January 27, 2011

BALIK LEWAT LAGI!!!



Hadoi...balik lewat lagi...sekarang aku kat pejabat lagi..nak kena sourcing lagi untuk Engineering Department pula....

Sambilsambil tu...usha apaapa yang boleh mengurangkan stres...Sebenarnya....tak adalah kisah sangat pasal balik lambat ni...OVER TIME pun aku claim juga kan...hahahahaha..manusiamanusia...


Eh...siapa yang dah bekerja tu dah dapat gaji ke belum??Kalau dah...meh la belanja aku makan jagung dalam cawan tu....teringin la pula...kehkehkehkeh...kiddingkidding :)

Ok la...need to continue my job...Pape hal..aku update next entry yee...dan jangan lupa Solat Maghrib ya :)

ASSALAMUALAIKUM!!

------------------------

YF : Kuch Kuch Hota Hai <3

BEN ASHAARI BLOG



Bukabuka Dashboard...tengok BLOGGER OTAI kita...BEN ASHAARI nak bubarkan bloglist dia...huuuuuu....teringin pula nak cuba nasib kan...tapi kena jawab soalan la pula -.-

Jom jawab reramai!!heeeee :)

----------------------------------

Berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini??

Tengok keadaan..sekarang ni cuba untuk update 2 atau lebih entri dalam sehari...sekarang ni...entri baru je masuk 159...tahu sikit.. -.-

Tapi saya akan cuba yang terbaik!!ajaaja fighting!!

----------------------------------

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI??

Saya teringin nak berada dalam bloglist BEN ASHAARI sebab blog dia sering menjadi tumpuan blogger lain. Jadi, kebarangkalian untuk blog saya diziarahi oleh para blogger sangat tinggi.
Bukan nak popular atau apa..cuma untuk menambah kenalan dalam dunia blog :)

----------------------------------

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?

Tak pernah la pula nak terpikir pasal tu...tapi kalau popular pon..saya dah rasa bersyukur...ada juga kata saya popular kan...hehehehe....lagi satu...kalau popular pon, boleh kongsi banyak info dengan blogger yang lain...so, info akan cepat sampai pada para blogger, ye tak BEN ASHAARI? :)

----------------------------------

So, itulah dia jawapan ikhlas dari aku...*kalau dapat jadi bloglist dia, tak tidur malam aku.. .kuikuikui :D
ASSALAMUALAIKUM!!

----------------------------------

YF : Esok ;)

RAMAI BETUL "ANAK" AKU NAK KENA MONITOR

ANAK???Since bila aku ada anak ni??anak tekak ada laaa...kehkehkehkeh...bukan anak dalam klasifikasi manusia la maksud aku....-.-


Maksud aku "ANAK" tu aku punya laman sosial..hehehhehe...bikin gempak je kan....nak jaga diri sendiri pun tak terlayan, ni pula nak jaga anak terjaga dowh..mana nak layan FACEBOOK...mana nak layan TWITTER...mana nak layan TUMBLR...FORMSPRING...BLOG aku lagi...MYSPACE (ni la yang paling jarang aku buka)...FRIENDSTER je aku dah delete akaun..begitu juga dengan TAGGED!!Aku tak suka laman sosial ni!!macam hapa je..ehe...buat apa marah ni..chillex sudah...:D

Korang macam aku tak??Mesti tak terlayan juga kan??Tapi aku pelik tul..yang update entri bapak banyak gila dalam sehari!!!ni oang pun aku tak tahu macam mana diorang bajet masa...siap BW bagai..dasyat...mata aku pun dah ngantuk gila sekarang...nak update lagi ke tak??ke tak??tak ke??

Tunggu je lah ye....:D
ASSALAMUALAIKUM!!

-----------------------

YF : Beautiful Monster :)

KERANA ISO, AKU JADI KEBULUR!!



Adeh..kebulur tu sadis sangat ye tak??Tak adalah...minggu ni, maksud aku...esok dan lusa...ada audit ISO kat pejabat aku...haiyaaaaa!!!buat kerja punya pasal...sampai balik lewat dari waktu habis pejabat...aku jadi lapar gila kot!!!tak memenah aku rasa macam tu tau tak...padahal tengahari dah melantak nasi lauk ayam goreng..keluar je dari pejabat, terus aku pergi pasar kat sebelah pejabat aku..beli roti atas dia daging/ayam burger tu..pergh!!!sedap dow!!hahahah!!ishishishs...terukteruk..membazir tul..tak menyempatnyempat balik rumah =.=

Tapi aku musykil sikit la..Manakah perginya saki baki makanan tengahari aku tu ek??Hah...aku pun tak tau nak jawab...dan esok..aku nervous!!Sebab..nak kena audit kan...walaupun bukan aku yang disoal, tapi aku tetap merasakan debaran Senior Exec aku dalam Purchasing Department...*padahal aku berdua je dengan Senior Exec dalam Purchasing Department tu -.-

Aku harap...tak ada la kena apaapa dengnan department aku..kesian Senior Exec aku karang...;(
Fuh kanan, fuh kiri...selamat la esok!! -.-

Ok laa...next entri!!macam biasa la kan.. :D
ASSALAMUALAIKUM!!

-----------------------------

YF : Berdebar selalu :)

WHATEVER MAY HAPPEN

Lagu ni dari seorang YOUTUBER.  Empunya nama FARAH SAHUDIN!!Lagu ni best gila kot!!Dia ni ada bakat mencipta lirik, menggubah lagu, menyanyi dan pandai bermain gitar.  Gabungan skil yang sangat menarik bagi aku...*pernah belajar main gitar, tapi sekerat jalan je -.-

Alaa...macam ANA RAFALI gitu...tapi dia ni baru je habis SPM..tapi ok what??

So, enjoy yourself ok!! :D



------------------------


Lirik -:

It hurts when you tell me things

I never want to hear
I thought I can look up to you
though you're not here

c/o

Whatever may happen
I'll remember the way we laughed together
The way you sober
And the way we closure

Never wanted us to be over
Lets be friends forever
And hope that tomorrow will be better

Without you I will never be
who I am today
Nothing's wrong even if we do
things our own way

c/o

After all of this years
We've wasted our own tears
And hold on to what we called love

We learned form the past
Not everything lasts
We should go back to where we start it all

c/o

------------------------




Amacam???best kan!!so, siapa yang ada bakat macam tu...rogerroger aku kehy..nanti aku promote..kikikiki!!
ASSALAMUALAIKUM!!

------------------------

YF : Hope we can be friends forever 
if we are not meant to be :)


TAHU TAK JENIS-JENIS DADAH???

Nak tahu jenis-jenis dadah tak???mana lah tahu...terjumpa ke...terserempak ke...kan...hah..boleh la detect...dah jumpa..bukan suruh hisap ke apa...adoi..payah tol kalau jumpa orang macam ni....jangan hisap or buat benda bodoh ok...buang tak pun report polis...itu je tindakan yang bijak :D 
Meh aku bagitahu korang jenisjenis dadah ni, ok??

---------------------------


HEROIN - Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

JENIS / BENTUK - Bes Heroin, Heroin No.3, Heroin No.4, Brown Heroin dan Heroin Black Tar.

NAMA LAIN - Big H, Dope, Smack dan TNT.

CARA PENGGUNAAN - Menguntik dan menghidu.

CIRI PENAGIH - Mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut, sugul.

---------------------------


MORFIN - Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

MORFIN MENTAH - Didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′. Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1.

BES MORFIN - Diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70%. Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi.

PIL MORFIN - Mengandungi Morfin Sulffat. Berwarna putih atau coklat pucat.

JENIS / BENTUK - Morfin Mentah, Bes Morfin dan Pil Morfin.

NAMA LAIN - M. Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer dan Morphan.

CARA PENGGUNAAN - Menyuntik dan menelan.

CIRI PENAGIH - Hilang selera makan, tindak balas lambat, kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, cemas dan sugul.

---------------------------

Candu mentah

Candu masak

CANDU - Dihasilkan daripada buah popi muda.

CANDU MENTAH - Getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda. Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.

CANDU MASAK - Candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Berwarna coklat hitam.

TAHI CANDU - Sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.

JENIS / BENTUK - Candu mentah, candu masak dan tahi candu.

NAMA LAIN - Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O” dan Tar.

CARA PENGGUNAAN - Menyuntik dan menelan.

CIRI PENAGIH - Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sunggul.

---------------------------


GANJA - Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.

JENIS / BENTUK - Seperti daun kering dan dimampat.

NAMA LAIN - Grass , pot , Marijuana dan weed.

CARA PENGGUNAAN - Menghisap.

CIRI PENAGIH - Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan dan terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul.

---------------------------


SYABU - Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.

JENIS / BENTUK - Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperti tawas.

NAMA LAIN - Ice. 

CARA PENGGUNAAN - Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu.

CIRI PENAGIH - Yakin pada diri sendiri , bertenaga dan cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan.

---------------------------


ECSTACY / MDMA - Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam, MDMA juga adalah dadah psychoactive.

JENIS / BENTUK - Pil dengan pelbagai warna dan simbol.

NAMA LAIN - Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA dan YABA.

CARA PENGGUNAAN - Menelan, campur dan minuman.

CIRI PENAGIH - Gembira dan terlalu cergas, berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik yang kuat dan goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah dan resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur.

---------------------------


KETAMIN - Sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves.

JENIS / BENTUK - Serbuk putih, kristal, cecair dan pil.

NAMA LAIN - “K”, Special K, Vitamin K dan Kit Kat.

CARA PENGGUNAAN - Dihisap melalui hidung atau dicampur dalam minuman.

CIRI PENAGIH - Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah, deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah.

*Catatan : Sumber dari SKIM LENCANA ANTI DADAH

---------------------------

Ok!!!Aku dah bagitahu jenisjenis dadah ni...siap bagitahu caracara lagi..tapi jangan la korang ikut pula....ni langkah berjagajaga ok!!ingat...BERJAGAJAGA!!mana tahu kawankawan korang mengalami ciriciri tersebut..hah, boleh lah buat tindakan seterusnya -.-
Ok..jumpa next entri!!
ASSALAMUALAIKUM :D

---------------------------

YF : Sangat pening dengan Sahabat Blogger 
punya notification, tapi best!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...