Wednesday, February 2, 2011

BUDAK DULU vs BUDAK SEKARANG


Ehsan EN GOOGLE

VS

Ehsan EN GOOGLE

Budak dulu kalau orang tua sedang bercakap, cuma dengar dan tak menyampuk. 
Budak sekarang kalau orang tua sedang bercakap, siap boleh sampuk dan ambil alih perbualan. 

Budak dulu kalau pergi sekolah boleh pergi sendiri. 
Budak sekarang kena hantar dan ambil. 

Budak dulu kalau hari raya, habis satu kampung dia pergi beraya. 
Budak sekarang kat rumah sebelah pun tak mau pegi beraya, asyik tengok tv. 

Budak dulu kalau kena pukul dengan cikgu takut nak bagitau ibubapa, nanti kena tambah lagi. 
Budak sekarang Cikgu pulak takut nak pukul. 

Budak dulu kalau petangpetang turun main ramairamai. 
Budak sekarang main game. 

Budak dulu nak makan KFC pun susah. 
Budak sekarang naik muak makan KFC. 

Budak dulu kalau sedara mara datang rumah kena pergi kenal tetamu. 
Budak sekarang lari masuk bilik. 

Budak dulu kalau suruh buat kerja, rajin. 
Budak sekarang kalau bagi upah atau laung 15 kali baru nak buat kerja. 

Budak dulu memang terer panjat pokok, berenang, menyelam, main sembunyisembunyi. 
Budak sekarang main DOTA, FACEBOOK dan sewaktu dengannya. 

Budak dulu kenal semua budakbudak kat kg / taman.
budak sekarang tak kenal jiran sebelah rumah.

Budak dulu mak selalu bagi list pergi kedai beli kelapa parut/ubat nyamuk/telur(contoh). 
Budak sekarang mak bapak angkut anak pergi hypermarket. 

Budak dulu pakai baju sekolah yang lelakinya pakai seluar pendek, yang perempuannya pakai pinafore. 
Budak sekarang darjah 1 dah pakai seluar panjang & baju kurung ~ Alhamdulillah.

Budak dulu mak selalu suap makan, 
Budak sekarang maid yang suap.

Budak dulu panggil mak dia 'mak', 'ayah','abah'.
Budak sekarang panggil 'mummy' 'daddy', 'mama', 'papa'. 

Budak dulu kaki mesti kudis, parut, bekas birat, 
Budak sekarang kaki licin je. 

Budak dulu untung sebab dapat pergi mengaji.
Budak skarang...eh kat mana korang hantar anak korang ngaji? aku tengah cari ni. 

Budak dulu report card cikgu suruh bawa balik tunjuk dekat mak ayah untuk disign.
Budak sekarang siap ada report card day. 

Budak dulu kalau suka dengan someone sampai malu nak lalu depan kelas.
Budak sekarang kalau suka terus confess dia punya perasaan. 

Budak dulu kalau nak buat bedak sejuk kena peramkan dulu beras lepas semalaman baru boleh guna.
Budak sekarang dah sibuk suruh ummi beli compact powder silky girl kononnya nak cantik macam adik Sharifah Amani. 

Budak dulu kalau kena rotan dengan cikgu, takut nak bagitau dengan mak ayah sebab takut kena marah lagi sekali.
Budak sekarang mak ayah pergi serang cikgu padahal anak dia sendiri perangai nakal na'uzzubillah. 

Budak dulu ngadu ngan mak kena pukul ngan cikgu, dpt "padan muka" je. bukan nak kesian pun. tapi dh besar2 ni alhamdulillah la jadi manusia bdk skrg? pakat ramairamai g belasah balik cikgu. adui dunia2.. masyarakat mcm mana la yg kita nak lahirkan??

*Catatan : Sumber dari AZIZAH ALWI

---------------------------

Hah..betul ke tak??blogger ni kata....budak-budak yang lahir pada zaman 1980an hingga awal 1990an sememangnya lahir daripada generasi yang mempunyai semangat yang agak kental,berdikari dan berimaginasi tinggi serta berani menghadapi cabaran.

Tapi kenapa aku tak??lembik je..hish..geli aku dow...
Last entri untuk pagi bebuta ni...malas nak pergi kerja esok..boleh?-.-
ASSALAMUALAIKUM!

---------------------------

YF : Musykil dengan segalanya

FOLLOWER KE-123!!!

Heeee....saja nak update FOLLOWER aku ni..nombor cantik tu..123..kehkehkehkehkeh...siapakah beliau??owh...sang arjuna rupanya ya...segan pula aku..hahahahhaha..

Adam Hafis

Eceh....bergaya pula dengan tali leher berbelang disitu...heee...kita review blog beliau secara percuma ek..hehehehe...header dah comel...blog kemas..simple..tak ada banyak widget...bagus...anda lulus ujian jalan raya!!hahahhaa...aku tahu aku merepek lagi....nak suruh aku tidur la tu kan...0,0

Siapa yang nak usha sang arjuna ni..pergi ler blog beliau ek... :D

Terima kasih ya ADAM HAFIS...rajinrajin la singgah blog yang huduh ni..XD
ASSALAMUALAIKUM...

-------------------------

YF : Adakah dia mengerti?

BILA AKU ADA DALAM BLOGLIST BEN ASHAARI



Hahahahaahahahahhaahhahaahhahahaha...aku nak gelak kayaaaaaa!!!!ishishishishish...teruk tul perangai anak dara sorang nih -.-

Heee...korang ni...asyikasyik..tak caya...asyikasyik tak caya...tak caya...terjah la kat blog BEN ASHAARI nun....kat area BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR tau...esok aku pergi kerja...senyum je la aku....macam jumpa pakwe gamaknyaa...hahahahah...

Tak sangka gila aku ada dalam bloglist beliau..huuuu...musykilmusykil...macam mana la aku leh terpilih ek...memang aku ada join segmen BEN ASHAARI BLOG...jawapan aku dikira macam boleh terima la ek??argggghhh....aku tak peduli itu semua..janji aku dah masuk bloglist beliau!!yeah!!!! XD


Akan saya gunakan peluang ini sebaiknya!!betul...tapi tak boleh lawan beliau la..update entri 15-20 sehari...memang tak terlawan...-.-

Terima kasih sekali lagi....terima kasih..terima kasih..terima kasih...pergh..gila aku nih...hahahaa!!
Ok...jumpa next entri...
ASSALAMUALAIKUM!!

------------------------

YF : Bila hati ini semakin terasa

SEKALI LAGI OTAI BLOGGER MENJADI FOLLOWER AKU!!!



Waaaaaaaaaaa!!!aku terharu nih!!!!!senyum sampai ke belakang kepala!!!aduh...mengapa dirimu begitu bermakna pada diriku???eceh...hahahahaha...korang nak tahu siapa???ala...aku tahu...dia dah follow korang semua lama kan....

Aku ni dikira baru lagi dalam industri blogging....walaupun usia blog dah lebih 3tahun...hahahahhaa..adoi...back to basic bro...ni hah...nak cerita...BEN ASHAARI...follow aku kat FACEBOOK!!!!!sampai sekarang aku tak apruv lagi...sat lagi aku apruv ye..NERVOUS gila ni!!!!

Lagilagi....dia kata nak ngurat anak dara kan???hahahahahaha...kamu sangat lawak la bro...kehkehkehkeh...apa??korang tak caya??aku tahulah..aku ni siapa...budak hingusan lagi...tak apa..ni satu penghargaan buat aku....yihaaaaa!!!


Nampak tak??tak nampak, amik kanta pembesar....kehkehkhe...terima kasih la BEN ASHAARI...sudi nak add saya di FACEBOOK tu...

Heee!!!bahagianya pagipagi buta ni...jangan sampai termimpi BEN ASHAARI sudah la ya..XD
ASSALAMUALAIKUM!!

----------------------------

YF : Permintaan Hati

SUDIKAH AWAK MENJADI IMAM DALAM SETIAP SOLAT SAYA.....

Satu ketika awak bertanya saya.

"Sudikah awak menjadi Makmum di setiap solat saya, agar solat saya lebih bermakna dan terjaga hendaknya?".

"Sudikah awak menjadi Penjaga diri dan maruah saya agar hidup saya lebih tenang dan bahagia?".

"Sudikah awak menjadi Pendidik hati dan jiwa saya agar rohani saya terisi hikmahNya dan akhlak saya terjaga hendaknya?".

"Sudikah awak menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkah saya agar saya tahu mana salah dan buruk laku saya?".

"Sudikah awak menjadi Peneman di kala suka dan duka saya agar satu hari, jika ujian itu datang, air mata saya ada yang menghapuskan?".

"Sudikah awak menjadi Pembela diri saya dan agama saya agar saya terus berada di atas jalan yang benar?".

"Sudikah awak menjadi Penggerak semangat saya agar bila saya kelesuan awak mampu memberi bantuan walau hanya sekadar senyuman?".

"Sudikah awak menjadi Sahabat buat diri saya, mendengar luahan hati saya agar saya boleh berbicara apa saja dengan awak tanpa rasa ragu?".

"Sudikah awak menjadi Penghibur ketika saya kesunyian agar saya boleh ketawa riang?".


Satu ketika saya menjawab.

"Ya, saya sudi. Kerana awak pilihan saya kerana ILLAHI dan awak juga memilih saya kerana petunjuk RABBI".

Tetapi, saya kembalikan soalan ini kepada awak.

"Sudikah awak terus menjadi IMAM di setiap SOLAT saya jika saya sudah tidak seperti dulu?".

"Sudikah awak pula menjadi Imam, Penjaga, Pendidik, Pemerhati, Peneman, Pembela, Penggerak, Sahabat dan Penghibur saya?".

"Jika suatu ketika nanti saya sudah tidak mampu lagi menjadi Makmum di setiap solat awak. Jika saya sudah tidak mampu lagi menjaga awak, menemani awak, memerhatikan awak, mendidik awak, membela awak, menggerakkan awak, menjadi sahabat awak dan
menghiburkan awak, sudikah awak wahai *******?".

Saya percaya awak masih sudi.

"Kerana saya pilihan awak kerana ILLAHI dan saya juga telah memilih awak kerana petunjuk RABBI".


*Catatan : Sumber dari Cik Eniey

--------------------------

Sering tertanya..adakah Imamku ini di atas dunia?
ASSALAMUALAIKUM...:)

--------------------------

YF : Ku mencari..Ku mencari..

APAKAH YANG BERLAKU DI MESIR???



Aku pun kurang tahu apakah  yang berlaku di Mesir sehingga rakyat di sana merusuh begitu teruk sekali...bayangkan 6000 banduan yang kita tak tahu dah bertaubat ke tak..terlepas dari jeriji besi???hah...ternganga tak??kalah cerita PRISON BREAK...tak payah nak susahsusah cari jalan nak keluar...haish...

Yang aku tahulah kan, rakyat kat Mesir nun merusuh sebab suruh Perdana Menteri Mesir letak jawatan sebab tak menjalankan tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.. *layak lagikah aku gelar dia 'beliau'? -.-

Nak tahu keadaan di sana??sila klik sini.

Terukkan??Ni pula..yang aku usha dari entri BABY FARAH...sila jenguk blog beliau untuk bacaan lebih lanjut..


Aku yang baca ni...rasa macam...YA ALLAH...teruknya!!begitu dasyat sekali keadaan di sana sampai rogol, rompak dan sebagainya!!aku harap, biarlah kesudahan di Mesir ni berakhir dengan baik...

Kita doakan mereka semua selamat ok..INSYAALLAH..mereka semua ok....
Pada sesiapa yang tahu berita lebih terkini...kongsikan bersama ya..*maaf, saya tak tengok berita hari ni
ASSALAMUALAIKUM!!

-----------------------------

YF : Harap Pelajar Malaysia di sana selamat hendaknya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...