Friday, February 4, 2011

NAK JADI CANTIK...TAPI TAK APALAH KALAU.....


Ehsan EN GOOGLE

Aku nak jadi cantik weih...boleh tak???nak jadi HOT macam gadisgadis kat luar tu..
  • Kulit cantik
  • Bibir mungil
  • Hidung mancung
  • Mata bulat
  • Dahi licin
  • Badan tak kurus sangat..tak gemuk sangat

Kira..serba serbi cantik laa...tapi tak apalah kalau aku tak cantik kalau buat aku jadi macam ni..
  • Lupa ALLAH
  • Lupa Diri
  • Bangga diri
  • Riak
  • Berlagak
  • Sombong
  • Takbur
  • Jalan pun tak pandang orang
  • Dan yang seangkatan dengannya...

Kalau nak cantik betul..cantik luar dan dalam..aku tak cantik luar..tapi cuba untuk cantik di dalam...INSYAALLAH :)
ASSALAMUALAIKUM :)

-------------------------

YF : Aku manusia biasa, tidak lari dari kesilapan

SAYA PON BLOGGER JUGA ! SAYA BANGGA !!



Yeah!!saya bangga jadi seorang BLOGGER!!ya amat!!!betul...tak tipulah!!Ini adalah SEGMEN BEN ASHAARI..love youlah bro!!

Nak join.kena jawab soalan ok..fikir dulu sebelum jawab..jangan main redah je..baru la mantop jawapan tu, ye tak? XD

-----------------------------

Kerjaya / pelajar .. IPT mana ?

Purchasing Assistant

Usia blog anda

3tahun lebih

Tujuan utama anda berblog

Mulamula tu..nak ekspresikan perasaan sendiri je..akhir tahun lepas..baru tahu..nak buat blog ni..biar berfaedah kepada orang lain juga..:)

Sumber insiprasi anda

Sekali lagi..BEN ASHAARI..:)

Blog yang senantiasa dalam kepala anda ..

Hurm..susah soalan ni..sebab..siapa yang rajin update entri mereka..itulah yang saya selalu jengah :)

Jika anda terpilih untuk berada dalam sesebuah majalah , siapakah blogger yang akan anda beritahu dahulu mengenainya ..

BEN ASHAARI again :)

Isu paling best pernah anda ceritakan dalam blog anda .. jika ada ..

Semuanya best!!hahaha..for me la.. :)

Isu paling teruk anda dikritik dalam penulisan anda .. Ceritakan bagaimana anda menanganinya , jika ada ..

Setakat ni..tak ada lagi :)

Jika anda sudah dikenali di dalam dunia blog, bagaimanakah caranya anda  membantu blogger blogger baru ?

Cara ye?hurm..mungkin mempromosikan blog mereka, review blog mereka agar jadi lebih baik :)

Pesanan buat blogger blogger baru ...

Kepada bloggerblogger baru..fokus pada tujuan utama kenapa anda memilih blog sebagai perantara selain laman sosial lain..ekspresikan diri anda sekreatif yang boleh..kalau kena kritik tu..ambil yang positif je..yang negatif tu...buang jauhjauh..buat sakit hati je kan..XD

-----------------------------

Ok!!sudah buat ini segmen ini...anda sudah?
ASSALAMUALAIKUM :)

-----------------------------

YF : Terharu dengan segalanya :)

24 OKTOBER





24 Oktober
Bukan sekadar nombor
Satu lagi memori telah dilakar
Dengan izinNya


Sekadar ingin beramah mesra
Tapi tidak pasti bila semakin erat
Ku hargai ikatan ini
Malah kusyukuri kehadirannya


Bergaduh, bertegang urat
Walau hakiki, aku tersenyum
Sapa menyapa
Masih berterusan


Namun ku tahu
Langit tidak panas sentiasa
Pasti ada mendungnya
Dan aku harus bersedia


Ku berharap
Kau tetap sahabatku
Walau telah bertemu
Dengan kekasih halal


-----------------------

YF : Cinta Sempurna

FOLLOWER BERKURANGAN ~~~ TUMBLR



Pergh!!!aku bengang betul la FOLLOWERS aku kat TUMBLR ni...kalau seorang dua yang UNFOLLOW tu..tak apa lah..ni lebih dari 2 bhai!!!uppps!sorry..kalau cakap pasal FOLLOWER kat TUMBLR...aku jadi sensitif sikit.. XD

Apa tah salah aku siap nak UNFOLLOW bagai..tau ar aku dah lama tak REBLOG kat TUMBLR tuh...grrrrrrrrr!!takpe YF..biar orang buat kau...jangan kau buat orang...*nanti aku cek balik...siapa yang UNFOLLOW aku...aku UNFOLLOW balik diorang..mana aci kan..XD

Ishishishish..teruk tul perangai -.-
ASSALAMUALAIKUM!

--------------------------

YF : Ku cium tanganmu, dan kau mengucup dahiku :)

THE GREEN HORNET LAWAK!!!

Sehari aku tak update blog...kecewa gila!!!ok!!hari ni aku post sampai lebam, boleh??

Sebenarnya...semalam aku keluar ke TIMES SQUARE (TS)..dengan BFF of course...bukan pergi DATING ok....*geram dengan seseorang -.-
So, balikbalik je..penat laaa...huhuhuh...tidur awal pula semalam..eceh..bangga tetiba.. XD

Al-kisahnya..semalam ingat nak bangun lewat...ye ar...cuti kan *anak dara apalah ni
Tetiba dapat call dari BFF aku..AISHAH...nak pergi SUMMIT tak katanya..hadoi...dalam mamaimamai tu..aku kata..siapa je yang pergi?SHAKIRAH dan HANIZA..hah..elok sangat lah tu...LIANA tak ada sebab dia ada latihan TEATER kata AISHAH...tak apalah...aku pun dah lama tak jumpa AISHAH dan HANIZA lepas diorang masuk sem baru...* bestnya sambung degreekan?



Sampai TS, terus usha movie apa yang boleh dilayan..lastlast..pilih THE GREEN HORNET..nak tunggu NUFFNANG bagi free ticket??lupakan ja la...tak layak lagi kot...hahahaha...tapi tengok 3D kot....hah...korang percaya tak ni 1st time aku tengok movie 3D??berat mata aku nak tengok movie tu...nasib baik tak MIGRAINE...kuikuikuikuikui

Best juga movie nih..macam budakbudak gaduhnya..yang pasti...memang ada penipuan dalam movie nih...kereta still boleh berjalan walaupun separuh kereta ke belakang dah terbelah..weih..penipu betul!!walaupun bergelak ketawa dengan BFFs aku...hahahahahhahha!!!

Dan yang paling penting sekali...movie ni banyak betul membazir...haish...semua bangunan dia nak rempuh guna 'kereta kebal' dia tu...lepas tu..masa JAY CHOU aka KATO gaduh dengan SETH ROGEN aka BRITT REID...memang habis satu ruang tamu..tahu gaduh sebab apa?sebab perempuan CAMERON DIAZ aka LENORE CASE..-.-
Aku memang kagum betul badan minah ni..straight je..tak ada bongkokbongkok..best dow macam tu..XD
Masa KATO melakukan aksi berlawan..pergh...hahhaha..slow motion dia...best laa..dia punya senjata semua...memang kreatif..kehkehkehkeh..

Ok!!done with THE GREEN HORNET!!pastu..pergi KARAOKE...1st time juga aku nyanyi solo...ni BFFs aku punya pasal...lastlast aku bantai nyanyi lagu PURNAMA MERINDU, SALAM BUAT KEKASIH dan CUKUPLAH SEKALI...hahahhaaha...lepas tu..suara aku jadi serakserak kejap..heeeee....

Nak tengok gambar?alaa...maaf sangat...gambar kat phone kawan aku la..phone aku tak canggih...nak tunggu JEJAKA TERHANGAT bagi aku TOUCHBERRY nih...heeeee...*entah dapat ke tak kan..-.- 

Ok..next entri!!
ASSALAMUALAIKUM!!

---------------------------

YF : Sanggup tunggu 1day tu? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...