Sunday, February 6, 2011

I NEVER TOLD YOU

Bila kita cintakan orang tu...mesti kita nak bagitahu satu dunia..."SAYA CINTAKAN AWAK"...atau sewaktu dengannya...

Tapi kalau tak bagitahu macam mana pula?pendam seorang diri...sakit tu...ishishish..aku pernah mengalami benda ni..tapi kes aku..walaupun dah couple...aku still tak leh nak ungkapkan tiga perkataan magic tu...sebab apa??sebab aku tak yakin dengan apa yang aku rasa...tapi bila aku cuba nak bagitahu..sudah terlambat..dia pun telah mengangkat kaki meninggalkan aku..


Dan...selepas itu..menyesal tak sudah...tapi kalau aku diberikan peluang sekali lagi..aku harap aku dapat mengungkapkan 3 perkataan itu...dan aku harap juga..biarlah dia itu..merupakan kekasih halalku.. :)

-----------------------






-----------------------

Tapi sekiranya masih ada masa..jangan siasiakan orang yang ada dihadapan kita..hargailah mereka apa adanya..:)
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------

YF : Can I tell him?


GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI!!!




SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Ok...ni SEGMEN BEN ASHAARI...sekali lagi...saya sokong usaha beliau untuk memartabatkan lagi dunia blog ni...kadangkadang..orang fikir..ala..tak ada faedah nak buat blog ni..buang masa...itu memang betul kalau kita buat blog tak ada hala tujuan...macam kita pergi keluar..naik kereta..memandu..memandu..memandu..dan terus memandu..tapi tak ada hala tujuan...tak tahu nak pergi..kan ke membazir minyak macam tu?minyak pun dah naik sekarang...so..manfaatkanlah kemudahan yang ada..esok lusa..tak ada minyak..jalan kaki je la...XD

Itu pendapat aku...menulislah..kalau anda sememangnya minat menulis...tak untuk kebaikan orang lain..kebaikan diri sendiri...bila kita dah menulis...kita mesti baca balik, kan?Tengok apa kelemahan kita..so, tingkatkan kelemahan itu..tulis sesuatu yang lebih baik dari itu...

Aku tahu juga..blog aku tidaklah seberapa pun..tapi aku teringin nak bagi sesuatu yang aku tak boleh nak bagi kat dunia nyata...sebab aku ni rendah diri sikit kat luar..dan bukan bermaksud aku tinggi diri ya kat alam maya..cuma..itu buat aku rasa lebih selesa..sebab para pembaca takkan kenal empunya blog...mereka hanya kenal blog itu sendiri..bagaimana blog itu berfungsi..begitulah mereka akan mengadili empunya blog..

Blog kat Malaysia..semakin banyak..jadi..saingan juga sangat tinggi..bukan maksud aku untuk jadi popular atau apa pun..cuma..dari segi info dan sebagainya..rajinrajin BLOGWALKING atau BW..tengok cara  para blogger yang lain buat entri..tak rugi pun..kalau rajin lagi..tinggalkan komen yang positif..bukan negatif..sebab para blogger ni umpama jiran kita..hargai usaha mereka..sebab berani nak teruskan penulisan mereka...dan dari situ juga..kita juga akan jadi bersemangat untuk menulis dan terus menulis...

Pedulikan juga kalau blog anda tidak dikerumuni oleh para pembaca mahu sesiapa pun..kalau mereka menjenguk pun..biarlah mereka ikhlas menziarahi blog anda..bukan kerana terpaksa atau apa pun...sebab itu lebih baik..dan itu menunjukkan blog anda bagus...

Teruskan usaha anda untuk menjadi lebih baik..dari semalam...INSYAALLAH
ASSALAMUALAIKUM!!

-------------------------

YF : Biarkan saat ini terhenti :)

EGOKAH AKU



Bila kita mencintai seseorang....kadangkadang..kita jadi pentingkan diri sendiri...pentingkan kebahagiaan kita saja...tapi salahkah kita terlalu mencintai seseorang itu? :(


Lirik :-

Ku tak pernah merasa
Gundah di hatiku, ketika denganmu
Saat kau, kau belai rambutku
Kau temani aku, kau basuh lukaku

Kini semua berlalu
Karena engkau tak memilihku

Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku
Ku harap Tuhan cabut nyawamu
Agar tak ada yang milikimu

Artis : WALI BAND

---------------------

Aku pernah merasa macam ni...maafkan aku...;(
ASSALAMUALAIKUM..

---------------------

YF : Esok dia akan pergi :(

BILA ANONYMOUS BAGI KOMEN BUKAN UNTUK POST



Haiyaaa...tadi aku ada dapat satu komen...dari someone..unknown..yang aku pasti..dia kenal seseorang yang aku kenal...dan dia komen bukan untuk post aku tau..tapi sebab yang tak pernah aku tahu...tetiba je ada kat comment aku..nasib baik kena approve dulu...kalau tak...kontroversi  je kan..aku tak approve pon...delete pun tak lagi....

Dalam komen dia tu...dia cerita sesuatu yang buat aku rasa macam terkejut gila...betul ke cerita ni?betul ke orang yang aku kenal ni..buat perangai macam tu..

Kang aku tanya, lain pula jadinya..aku ni bab nak mengadili sesebuah cerita..failed..lagilagi kalau orang yang aku kenal..cenderung untuk percaya sebelah pihak...kan tu tak adil namanya..

Macam mana ya?hurm...kes ni teruk tu...kalau betul la kan apa yang anon tu cerita..macam mana ya nak handle nanti?

Tak apalah..kalau betul..benda ni akan terbongkar juga satu hari nanti...so, see and wait je la ye..satu lagi aku nak ingatkan...manusia tidak pernah lari daripada kesilapan..
ASSALAMUALAIKUM...:)

-----------------------

YF : Have you ever feel..like a plastic bag :(

BERENDAM DI SUNGAI KLAH HOT SPRINGS PARK, SUNGKAI, PERAK


Ehsan EN GOOGLE

Syukur dapat pergi dan kembali dengan selamat dari sana...yeah!!!!Hari ni sangat happy sebab dapat release tension dengan fam!!hohoho!

Aku pakai tudung biasa *macam budak sekolah -.-

Wajah adikadik kesayangan yang poyos XD

Kereta Fam BFF aku

Siapa pernah pergi sini????aku 1st time kot..huuuu...plan asal nak pergi Sungai Congkak hari ni...tapi tak jadi...sebab Family BFF aku ajak pergi HOT SPRINGS kat PERAK nun..tempat ni kat ceruk jugak laa..kawasan FELDA...balik hari jaa...so..dengan sukacitanya..fam aku pun setujulah..kira alaala KONVOI la gitu..dua kereta...

Perjalanan dia..fuh...straight to the point...tak de la konfius sangat belok sana..belok sini..tapi bila dah nak hampir sampai tuh..turun bukit naik bukit juga la kereta kami...sepanjang perjalanan tu juga...aku tak tidur dalam kereta bhai..hahahahha..sangat kagum dan excited dengan perjalanan tersebut...sambil tersenyumsenyum..*gila senyum sorangsorang -.-

Dengan ladangnya..dengan gunungnya..MASYAALLAH..kagumkagumkagum..rasa indah betul pemandangan mata aku hari ni..bukan dengan manusia yang penuh warna warni...tapi dengan kehijauan semula jadi..tenang je kepala hotak aku hari ini...

Ehsan EN GOOGLE

Dengan bangganya menayang wrist band XD

My BFF and me <3

Dua keluarga...satu tujuan :)

Tapi aku tak tahu la pula masuk tempat tu..kena bayar kan...DEWASA RM10.00..KANAKKANAK RM8.00...ok ar tu kan..murah pun murah..nak mandi kat manamana bahagian dan berapa lama pun..tak kisah..berendam sampai lebam kat situ...

Orang kata kat sini leh rawat penyakit kulit bagai..hah..leh la hilangkan jerawat durjana kat wajahku ini...*aku stres sebab nak pergi konvo dengan wajah ini..owh tidak!!!! -.-

Lupakan itu...antara tempat yang menarik kat situ :-
* Hot Springs Swimming Pool
* Therapeutic Pool
* Natural Hot Springs & Board Walk
* Egg Boiling Activity
* Water Reflexology Course
* Food Court
* Souvenir Shop
* Traditional Massage
* Family Bath
* Surau
Tapi yang paling aku tak boleh nak lupa tu...ada satu kolam tu..berdekatan dengan punca air panas...panas tau..PANAS!!ULANG SUARA..PANAS!! -.-


Ehsan EN GOOGLE

Ehsan EN GOOGLE


Tengokkan kaki dia jadi merah..betapa panasnya air tu...hohohoohh..tapi aku cuba juga rendam kaki aku dalam tu..dan aku boleh tahan rasa panas tu...wat lek je...ada budak kecik tu..halaaaa...tulang dia kaki dia..besar lengan aku je...tapi leh masuk dalam air panas tu...aku siap tanya lagi...boleh tahan ke dik?dengan selamba, hanya anggukan yang diberikan..tercabar aku sekejap XD


Ni antara gambar yang aku rasa boleh share dengan korang..kebanyakkannya dari EN GOOGLE ye..maaf sangat..tadi photographer aku bad mood..so tak banyak gambar yang boleh di ambil dalam kawasan park tu...*geram je time nih -.-


Tempat rebus telur


Kolam air sejuk *biasa


Antara kolam air panas yang ada


Air dalam ni sangat sejuk -.-


Hohohoh...kesimpulannya...tempat ni memang berbaloi untuk pergi ok...tak rugi..sangat best juga kalau pergi reramai..konvoi ke..ngan membermember ke...*ayah aku cakap...orang bandar sibuk nak ke kampung...orang kampung sibuk nak ke bandar -.-


Enough!!done with this entry!!Jumpa entri seterusnya!!daaaaa ... :)
ASSALAMUALAIKUM!


---------------------

YF : Kalau cinta, jangan kacau
Kalau sayang, tak perlu marah <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...