Sunday, February 13, 2011

DI TIKAR ITU

Seringkali aku mencari
Mencari tempat untuk mengadu
Tapi di manakah ia
Agar bisa aku bersimpuh

Mungkin juga kerana aku alpa
Hingga hati tidak tercelik
Bahawa tempat itu
Sangat hampir denganku

Mungkin juga kerana aku leka
Hingga membiarkan dunia mengaburi mata
Meletakkan tempat itu
Sangat jauh dari dariku

Hingga aku tersedar
Hingga aku terjaga
Hingga aku tersadung
Hingga aku terjatuh

Di tikar itulah
Tempatku mengadu
Tempatku menangis
Tempatku merayu

Di tikar itulah
Aku berserah padaNya
Aku memohon dariNya
Agar keampunan diberikan
Sungguh aku tidak layak untuk itu

Di tikar itulah
Seringku termangu
Mengenang masa silam
Mengingat kisah duka

Di tikar itulah
Aku sujud
Hanya untukNya

--------------------------

YF : Iman adalah mutiara

FIREWORK


Ok..lagu ni...aku rasa..pembakar semangat...jangan rasa rendah diri..sebab..diri kita sebenarnya sangat berharga kalau nak dibandingbandingkan dengan orang lain...tak kata orang lain tu tak berharga pula..tapi dengan cara mereka lah...

Walau apa pun...korang tetap diri korang..bukan orang lain..be yourself...jadi yang terbaik untuk diri sendiri..ok??kembali pada yang asal sekiranya masih tak boleh juga..maksud aku..kepada Pencipta kita..mohon dariNya..berikan petunjuk..

Aku post video klip dari drama GLEE SEASON 2 EPISOD 12...sebab nak post yang original dari KATY PERRY tu..macam tak patut pula..sebab ada scene GAY...hohoho..siapa yang layan cerita ni..memang syok la..sebab apa..korang cuba la tengok dulu..cerita lebihlebih pun...tak guna XD


Kesimpulannya...be a positive person *peringatan untuk diri aku juga :)
ASSALAMUALAIKUM

----------------------

YF : Aku ketakutan

SAYA NAK TERSENARAI DALAM BLOGLIST LULU CALDINA!!!


Heeee...CIK LULU CALDINA kita nak cari blog untuk dijadikan BLOGLIST beliau laa...katanya bloglist sedia ada dah berbulanbulan dan sama ja..jadi aku dengan banggana..sambil angkat tangan kanan dan kiri..berteriak....nak!!nak!!nak!!

Kenapa aku nak???sebab..blog beliau nih..rajin juga updatenya...so..banyak juga info dalam dan luar negara aku boleh tahu sebelum orang lain tahu...kikikiki..tapi...mana beliau dapat infoinfo tu ye??bagus betul la...:)

Tak adalah niat nak promosikan blog tu..cuma nak tambah port melepak je...hehehhehe...kalau sudi la ya CIK LULU CALDINA :)

Siapa nak cuba nasib..meh la cuba...ala..dia tak gigit pon...:)
ASSALAMUALAIKUM 

---------------------

YF : Menyesal

1ST GIVEAWAY CONTEST FROM PEMBAWA WACANA!!!


Contest ni...dah lama juga aku bookmark...tak sempat nak buat...boleh ke bagi alasan tu??hahahaa..kalau BEN ASHAARI tahu ni..mesti dah buat muka..ye la..nak buat atau tidak je la kan..itu dia punya PRINSIP!!

Nak tahu syaratsyarat dia..klik kat banner ok...tarikh tutup dia lambat lagi..kayuh pelanpelan...jangan speed yee...:)

Mangsa tag :-


Maaf yaa..menyusahkan saja...good luck ok...harap korang pun menang juga :)
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------

YF : Tertidur sudah 

AKU MENAIP BUKAN UNTUK NAMA || LOW PROFILE

Seriously...sekarang..blogger sangat ramai...ulang suara..SANGAT RAMAI...tapi itu menandakan..blog bukan lagi sesuatu yang remeh untuk dipandang...itu sangat baguslah kan..biasanya...kalau dikaitkan dengan blog..mesti PEREMPUAN..PEREMPUAN...PEREMPUAN...haik..LELAKI tak ada yang nak luahkan perasaan ke??hah silap tu..tu..BEN ASHAARI kita tu...sekali dia update entri..mahu berpuluhpuluh entri dia post...haish..sangat tabik hormat kat beliau...

Jadi..mungkin kerana BEN ASHAARI juga kot...sekarang ni..ramai blogger yang terdiri daripada LELAKI juga...hahahahha...jangan mainmain..para blogger LELAKI ni pun..HOT juga kot macam BEN ASHAARI...

Ehsan EN GOOGLE

Tapi..yang jadi persoalannya..kenapa kita buat blog??nak famous??nak duit??nak nama??atau apa pun yang berkaitan dengannya..aku lebih senang dengan pendekatan LOW PROFILE..BW still aku buat..tapi tak ada la sampai promosi besarbesaran kan..bukan apa..takut nak buat promosi bagai..takut tak selevel je dengan blog yang sedia ada..tak layak...tak layak..

Tapi siapa yang sudi datang ke blog aku ni pun..aku dah kira bersyukur sangat laa..sebab ye lah...tak ada apaapa pun yang special pasal blog aku nih..header pon orang bagi tau..hehehhe...

Aku post benda yang aku nak post..macam biasa..korang pon post benda yang korang nak post jugakkan..takkan ada orang yang paksa kot??hahahaha...aku menaip...untuk kepuasan diri aku..disamping itu juga..untuk memberi info..selagi mampu..maaflah ya kalau infoinfo aku tak seberapa..

Memang banyak benda yang aku perlu ubah...tapi perlukan masa dan research..huhuhu..bila la tu  ya..haish..
Tapi aku senang hati dapat berkenalan dengan bloggerblogger yang memang sempoi habis...even dalam FACEBOOK saja...tapi itu pun dah cukup buat aku..untuk mengenali mereka...:)

Walauapapun tujuan korang untuk berblogging..biarlah berlandaskan niat yang baik...itu yang paling penting..jangan nak downkan orang lain..sudah..sangatsangat tak sokong itu punya niat..tau.. -__-
Jangan sebab satu blog yang tak profesional..jadi huruhara para blogger..ye tak?
ASSALAMUALAIKUM

------------------------

YF : One in a Million :)

1ST GIVEAWAY MELITA!!!


Heee..nak join boleh??tak kasi...nak join juga...tak kira!! XD

Yang menarik pasal GA ni..diorang buat sebab berkaitan dengan permulaan diorang couple..sekarang dah kahwin..sangat best!!so..lagi la aku semangat..sebab..aku pun tak tahu kenapa..hahahaha..ok ok..nak tahu syaratsyarat dia??terjah SINI!! 

Tapi...aku nak tag siapa ya??haish..musykil la cmnih..japjap..usha blogblog yang aktif...hah!!dah jumpa!!heee...harap kamu sudi ya join nih XD

Mangsa tag :-


Keduaduanya wanita...heeee...itu yang aku jumpa latest update..hah..nasib la ya..
Good luck ye..pemenang dia sorang je tau..so, banyakbanyak lah doa XD
ASSALAMUALAIKUM!

------------------------

YF : I need you now :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...