Wednesday, February 16, 2011

CURANG || APA TANDANYA???

Hah..nak tahu kekasih korang curang ke tak???tak nak tahu tak apa...korang yang rugi nanti..menyesal je karang..huhhu..ni aku bagi tips..pandaipandailah korang selidik kekasih korang ye...jangan terjah aku pula kalau betul ciriciri ini ada pada kekasih korang -,-


Lagi satu..orang ni..kadangkadang..susah nak jangka tau..so, kenalah berhatihati..:)
Menyesal sekarang lebih elok dari menyesal kemudian...tapi ni cuma secara generalnyalah kan..kalau salah..harap tolong betulkan..:)

--------------------


Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan :-

Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda

Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.


Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.



Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda

Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.


Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama

Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.


Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda

Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.


Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.

Tidak lagi rajin menelefon anda

Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

--------------------

Heehehhe..so, ada yang terkena tak??malas nak soal lebihlebih...kang ada yang kena penampar free XD
ASSALAMUALAIKUM 

--------------------

YF : Bersyukur 

MACAM MANA NAK TAHU LELAKI ITU DAH MATANG???

Haip...ni bukan matang dari segi AKIL BALIGH ya...ni dari segi akal fikiran seseorang lelaki itu...kadangkadang tu..umur dah boleh jadi bapak orang...tapi fikiran..MASYAALLAH...kalah budak kecik lagi..-.-


Nak tahu tak ciriciri dia??sila kaji dibawah ya...anda sebagai LELAKI..perlu MATANG..sebab koranglah yang bakal memimpin..takkan nak dipimpin pula...kang kata dunia ni dah terbalik la..apalah...sendiri mahu ingatlah, ok :)


1. Dia menepati janji-janjinya.
2. Dia tahu bagaimana untuk memberi.
3. Dia meminta nasihat daripada orang-orang lain.
4. Dia menerima kritikan dan mengakui segala kesalahannya.
5. Dia memberi penghargaan kepada sesiapa yang berhak menerimanya.
6. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya.
7. Dia bertindak dengan penuh tanggungjawab dan baik hati terhadap orang lain.
8. Dia tahu bagaimana untuk menjadi pendamai.
9. Dia tahu bagaimana untuk memberi pujian kepada orang lain.
10. Dia boleh bertolak-ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain.
*Catatan : Sumber dari Pak Ngah

Kalau anda menepati ciriciri di atas..sila isi borang untuk menjadi calon saya, ok??? *jangan layan ini cadangan -.-
ASSALAMUALAIKUM

------------------------

YF : Sahabatku, Kekasihku

PERNAH TERGODA DENGAN SYAITAN DALAM SOLAT??


Ehsan EN GOOGLE

Hah...ingat sesama manusia je ke boleh godagoda nih??SYAITAN ni..lagi power dia menggoda..silapharibulan...kalah penggoda yang real punya tau..

Kalau korang cakap tak pernah tergoda oleh SYAITAN laknat nih...memang la penipu terbaik!!hahahaha..maaf yaa..ni kira straight to the point je lah...aku mengaku..aku sering kali digoda oleh SYAITAN laknat nih..sebab apa??sebab aku hot???hahaha..itu sudah pasti..wakakaka..kidding...sebab bila dalam hati ada rasa waswas dalam solat...SYAITAN nih memang suka laa...suka sangat weih..rasanya SYAITAN nih boleh gelakgelak...jogetjoget kot...haktuihhh!!geram pula tetiba...-.-

So, aku terjumpa satu blog nih..bukan terjumpa...ni sahabat aku punya laa..dia baru bagitahu aku dia ada blog..entrientri dia..bolehtahan...walaupun tak update selalu macam BEN ASHAARI :)

Nak tahu alkisah godamenggoda nih..jom eja kat bawah nih XD

--------------------

Dalam Islam sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Atas alasan ini, iblis dan syaitan itu akan memperhebatkan seseorang itu supaya tidak mendirikan sembahyang atau mendirikan sembahyang tetapi dalam keadaan tidak sempurna, mengganggunya, seperti yang saudara alami. Inilah yang dinamakan "waswas syaitan''.


Apabila seseorang itu berdiri mendirikan sembahyang, iblis sama berdiri, ikut orang itu sembahyang. Ikut rukuk ketika rukuk dan sebagainya. Ketika itu ia akan menyelinap dalam ingatan dan mendatangkan berbagai-bagai gambaran serta ingatan dalam fikiran contohnya diperingatkan kembali kerja-kerja yang belum sempurna, masalah yang sedang dihadapi, gambaran indah yang telah berlaku dan lain-lain lagi.ingatan datang menyelinap itu berlaku ketika sedang bersembahyang kerana sembahyang merupakan faktor utama yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. 

Atas alasan inilah maka iblis itu datang untuk merosakkan sembahyang, tidak diterima Allah dan akhirnya menjadi sia-sia. Iblis pernah bersumpah di hadapan Allah, yang dia akan menipu manusia, menggoda dan menyesatkan kecuali mereka yang ikhlas di kalangan umat manusia. 

Ibadah sembahyang memerlukan tumpuan yang lebih dan menyeluruh berbanding dengan orang yang sedang makan dan minum atau hendak tidur iaitu pada rukun qauli (yang melibatkan perkataan) dan fi'liy (perlakuan). Oleh kerana itu khayalan atau ingatan seumpama itu tidak seharusnya terjadi ketika sembahyang, tetapi ia tetap terjadi. Hal demikian menunjukkan adanya gangguan ketika seseorang itu sedang sembahyang. 

Godaan syaitan yang sering terjadi ketika seseorang itu bersembahyang ialah ketika berniat, iaitu dengan mendatangkan rasa waswas yang boleh menyebabkan seseorang itu membatalkan niatnya dan mengulanginya lafaz niat beberapa kali. Selain menyebabkan tumpuan seseorang kepada pelbagai gambaran dan khayalan, iblis juga menggoda manusia dengan mendatangkan keraguan dan ketidakpastian terhadap bacaan dalam sembahyang, terutamanya dalam bacaan al-Fatihah. 

Rasa waswas seperti ini adalah akibat gangguan iblis dan syaitan dalam usaha merosakkan ibadah manusia. Apabila keraguan itu timbul, seseorang itu akan lebih berusaha mengulanginya berulang kali, menyebabkan timbulnya rasa tidak yakin terhadap keseluruhan sembahyang. Iblis dan syaitan itu sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan dan menahan manusia daripada melakukan kebaikan. Keturunan iblis dan syaitan yang dinamakan Thibr mengambil peranan khas untuk menggoda dan membisikkan pada manusia supaya melakukan kebinasaan, merobek dan mengoyak baju, menampar muka dan menjerit-jerit dengan teriakan seperti yang dilakukan oleh manusia pada zaman jahiliah apabila berlaku kematian. 

A'war bertindak mendesak, menggoda dan mendorong manusia melakukan zina. Mabsut bertindak mendorong manusia agar sentiasa berdusta. Dasim pula sentiasa menggoda manusia supaya bersengketa dengan saudara- mara, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga, manakala Zalanbur pula sentiasa berlegar-legar di pasar, merangsang manusia agar melakukan penipuan, sentiasa menipu timbang, nilai barang, ingkar janji, menyorok barang untuk menaikkan harga dan sebagainya. 

Imam Muslim dalam sahihnya daripada hadis Uthman bin Abdul Asy menyatakan. Aku telah bertanya kepada Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menghalangi antaraku dengan sembahyangku, mengelirukan sembahyangku. 

Rasulullah menjawab: Itu adalah perbuatan syaitan yang dinamakan khinzab.Kerana itu, apabila engkau merasakan berlaku gangguan, engkau hendaklah berlindung kepada Allah daripada gangguannya dan tiup di sebelah kiri tiga kali. Aku telah melakukan apa yang disuruh oleh baginda. Maka Allah telah menghilangkan rasa waswas itu daripada sembahyangku. 

Selain itu, gangguan iblis dan syaitan juga sering berlaku ketika seseorang itu sedang mengambil air sembahyang. Dalam sebuah hadis dijelaskan: Bagi wuduk itu ada satu kumpulan syaitan dinamakan al-Wilhan, maka berhati-hatilah.Akibat daripada gangguan makhluk jenis ini, seseorang itu boleh terganggu akibat waswas yang menyelinap dalam dirinya, menyebabkan orang yang berkenaan mengulangi bacaan niatnya berkali-kali, membasuh anggota wuduk berkali-kali, terasa air tidak sampai pada kulit anggota wuduk, tidak tiba pada hujung dahi, tepi telinga dan sebagainya. Terasa juga air tidak sampai pada celah-celah kuku dan sebagainya. Semuanya itu berlaku akibat daripada waswas syaitan yang boleh menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk hingga basah dan mengambil masa yang begitu lama.

*Catatan : Sumber dari The Only Wan

--------------------

Jadi..sebarsebarkanlah ya..harap bila kita solat..jauh dari hasutan SYAITAN dan sewaktu dengannya...INSYAALLAH..*nasihat untuk diri aku sendiri :)
ASSALAMUALAIKUM

--------------------

YF : FREEMASON, I HATE IT

TEATER TERIMA KASIH CINTA!!!

Waaaaaaaaaaaaaaa!!Aku teringin nak pergi ISTANA BUDAYA (IB) tuuu!!!nak tengok TEATER!!!seriously nak sangat pergi IB tu!!!siapa nak bawa aku pergi sana???angkat duadua belah kening!!! XDD

Aku tak tahu kenapa aku teringin gila nak tengok teater kat IB nun...mesti best kan...tengok depan mata..berlakon secara live...huhuhhu..tak ada rezeki lagi la gamaknya nak pergi...;((

Ok..antara teater yang aku teringin nak tengok tapi tak tertengoktengok -.-  :-

  • MUZIKAL PUTERI GUNUNG LEDANG
  • THE RED KEBAYA
  • MUZIKAL CUCI
  • MUZIKAL TUN MAHATHIR

Hah..itulah yang aku rasa nak tengok setakat nih..tapi..tak berkesempatan kan...korang la ni..tak nak bawa aku pergi IB nun..tengok teater...kan aku dah kempunan nih -.-

Maafmaaf...banyak merepek ini malam...okok..jom teruskan review pasal TEATER TERIMA KASIH CINTA nih ek...lagi satu...teater ni..diadaptasi dari filem CINTA..ala..filem yang meletupletup dulu tuh..tu sebab teringin nak tengok teater nih..menarikkan?hah, apa??tak ingat??pergi GOOGLING..malas mak nak layan -.-

-----------------------


Sinopsis :-


Muzikal Terima Kasih Cinta mengisahkan 5 cerita cinta yang digarap dengan kemas untuk meraikan kehebatan cinta yang wujud di sekeliling kita.

Haris seorang lelaki yang selalu memikirkan jalan terbaik untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami dan ayah terbaik untuk keluarganya. Baginya keluarga adalah segalanya. Berjayakah Haris mencurahkan kebahagiaan yang diidam-idamkan isterinya, Airin dan anaknya?

Rubiah seorang wanita cekal yang mengorak langkah meneruskan pencarian cintanya, lalu bertemu dengan seseorang yang dianggapnya sebagai yang terbaik buat dirinya bagi mengubat kesepiannya. Namun terubatkah kesepian di hati Rubiah?

Memiliki segalanya, tetapi bukan cinta. Itulah Azlan seorang hartawan yang sering tertanya-tanya apakah cinta mesti menjadi pelengkap sebuah kehidupan. Kemewahan belum tentu dapat membeli cinta. Terjawabkah setiap persoalan Azlan dalam pencariannya melengkapkan sebuah kehidupan?

Dian seorang wanita yang terperangkap dalam kemelut cinta. Namun tidak mudah baginya untuk menduakan kasih sayangnya kepada seorang adik, Dani yang tidak pernah menghargai kasih yang dicurahkan. Terjeratkah Dian dalam perangkap pilihan, antara cinta dan pertalian darah?

Arianna seorang wanita jujur yang mengejar cintanya dengan harapan menggunung tinggi, Apakah yang dikejar Arianna hanyalah bayang hingga dia terlupa dengan apa yang ada di depan mata. Bertemukah Aryana pada lelaki jujur dan setia yang dicari-carinya selama ini?

Lima kisah cinta yang digabung dalam teater muzikal Terima Kasih Cinta berkongsi nafas yang sama bagi mengakui kehebatan kuasa cinta yang akan mencetus rasa cinta yang pernah dialami penonton sendiri; yang pastinya pernah bercinta, mencintai dan dicintai.

Senarai pelakon :-



Sembilan pelakon yang terpilih ialah penyanyi era 70an Latiff Ibrahim, penyanyi, pelakon drama dan teater yang disegani ramai, Safura, Anding Indrawani, penyanyi Deja Moss, Faradhiya, Shajiry, Nadia Aqilah, bekas juara AF1 Vince serta pelakon berbakat Norish Karman dan Tony Eusoff.

Tiket :-

  • RM30
  • RM70
  • RM100
  • RM150
  • RM180
  • RM200
  • RM250
  • RM300

Tarikh dan tempat :-


Bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 17 Februari hingga 6 Mac 2011.

*Catatan : Sumber dari ZONFINITI dan ISTANA BUDAYA

-----------------------

Amacam??ada berminat??kalau berminat beli dua tiket ok..satu untuk kau..satu lagi untuk aku..hahahhha!!
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------

YF : Yang terpuji

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...