Tuesday, February 22, 2011

FRIEND EAT FRIEND???

FRIEND EAT FRIEND???hahahahaha..kesengalan aku telah tiba..haish..kawan makan kawan laaaa!!!adoi...rosak BAHASA JIWA BANGSA aku..

Ok..aku nak cerita pasal KAWAN MAKAN KAWAN...sedap ke weih??sedaplaaa..yang makan tu..yang dimakan..kesian dia..ishishish..nak tahu ciriciri dia???ala..ciriciri KAWAN MAKAN KAWAN ni laa...jomjomjom!!!


-----------------------------

Kawan Yang Suka Makan Kawan
Boleh jadi kawan makan kawan ni ialah kawan lama korang yang makan sepinggan, tidur sebantal yang korang dah berikan kepercayaan sepenuhnya. Mungkin kerana seorang perempuan yang korang berdua sangat suka tetapi perempuan tersebut milih kawan korang. Tu korang tak puas hati dan korang burukkannya di belakang kawan korang tu.

Kawan Yang Macam Kawan Tapi Tak Boleh Dibuat Kawan
Boleh jadi kawan macma ini dia berbaik-baik dengan korang sebab pada satu masa nanti diorang boleh gunakan korang. Dia boleh menjadi kawan rapat, bila susah dia cari korang tapi bila senang dia akan hilang buat sementara.

Kawan Yang Tak Reti Bahasa
Kawan yang tak reti bahasa ini sebenenarnya dia faham apa yang korang cakap tapi dia buat bengap atau bodoh seperti tak paham. Contohnya, harta kita dia buat macam harta dia sendiri atau dah la tumpang almari baju lepas tu ngan baju-baju kita dia sarung sekali.

Kawan Yang Kedekut
Kawan yang kedekut taik hidung masin. Apa sahaja pun berkira walaupun duduk serumah. Lima sen pun nak berkira payah la. Jangan harap la korangan nak merasa dia belanja makan.

Kawan Yang Klepet Kawan
Kawan yang suka memintam barang-barang korang dan kata nak pulangkan tapi bila dah pinjam dia tak reti langsung nak pulangkan. Bila korang mintak pun dia buat muka tak bersalah aje.

Kawan Yang Suka Tipu Kawan
Dia bercerita seperti dia tidak bersalah langsung tapi rupanya cerita tu cuma nak meraih simpati korang agar ada orang percayakannya, padahal yang bersalah adalah dia.

Kawan Mengata Kawan
Kawan yang korang percaya sangat dengan dia tap idepan korang dia sokong je apa korang buat (yang baik la) tapi rupanya bila korang takde dia mengata dan mengutuk korang yang macam-macam, serupa talam dua muka.

*Catatan : Sumber dari SHAKROIL

-----------------------------

Hah..hah?tunduktunduk kepala asal???malu la tuh..terkena kan??
Harapharap aku tidak seperti ini...INSYAALLAH..kalau pernah tu..maafmaaf...aku insan biasa...;(
Teman bagiku ibarat cahaya matahari yang menyinari hari aku...;)
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------

YF : Two is better than one

KENANGAN ITU


Aku keseorangan..Tibatiba aku merasakan...kenangan itu melihat aku...
Merenung tajam ke arah aku...Aku jadi tak keruan...

Hati aku jadi tak tenteram...Fikiran aku mula ligat untuk melepaskan diri...

Namun...aku tetap kaku...di sini...menanti sesuatu...

Menanti apa?Aku pun tidak pasti..
Yang pasti..aku menunggu seseorang..untuk menyelamatkan aku dari kenangan itu...

Betapa aku takuti kenangan itu...mungkin ia kenangan..
Mungkin juga ia mimpi buruk..
Tapi aku tahu...ia tidak patut dipersalahkan...
Yang patut dipersalahkan...hanyalah aku..
Aku..aku..dan tetap aku...

------------------------------

YF : Ketenanganku diragut

IQ TINGGI TAPI ADAB....ZEROOOOOOOOOOOO!!!



Hah hamik kau...haish..aku tak paham betul la zaman sekarang ni..nak kata ORANG MUDA yang biadap...ORANG TUA pun lebih kurang sama ja!!macam mana la nak jadi tauladan padan ORANG MUDA sekarang ni kalau ORANG TUA pun tak tahu adab dan nilainilai murni masyarakat kita???

Alkisahnya...teman adik aku ni..telah menghadiri sebuah seminar di salah sebuah pusat tuisyen area tempat aku..dalam jadual, seminar tu akan tamat tepat pada pukul 10.00pm...Haih..dah kata pun perancangan..tak semestinya tepattepat pukul 10.00pm kena habis..macam tak biasa..alaaa..paling tidak pun..mestilah tahu ayat ini...

"KITA MERANCANG, TUHAN YANG MENENTUKAN"

Ni kira orang tak ada ilmu agama pun tahu la nak cakap...*maaf ya
Tapi seminar tu telah berlarutan hingga mendekati 1030pm...adalah seorang PAK CIK PANDAI ni..anaknya ada di dalam seminar tu...terasa bengang yang amat kot..sebab jam dah menandakan pukul 10.00pm..tapi anaknya tak juga keluarkeluar...dengan selamba KODOKNYA..BELIAU ni...menerjah dalam bilik seminar tu..dan dengan lantangnya..BELIAU mengatakan..

"THIS IS RUBBISH!!!"

Dan blablablabla..tak tahu apa lagilahkan yang BELIAU dok kecohkan..tapi cukup untuk budakbudak kat situ memandang sesama sendiri...penceramahnya terkejut la kan..tapi adik aku kata..penceramah tu tetap dengan sesi ceramahnya..bagus lah penceramah..teruskan je..Tahu pula PAK CIK ni SPEAKING...tapi adab masuk majlis orang..tak tahu pula...

PAK CIK..kalau marah pun sebab lewat 30minit...jangan la terjah majlis ilmu macam tu sekali..tak elok..anakanak pergi melepak nak dekat satu hari kat luar..tak mengamuk pula...aku pula yang jadi penceramah karang....-.-

Dah la..emo aku cakap pasal benda macam ni...benda senang dan umum...semua orang tahu..orang barat pun..tahu tau nak masuk majlis macam mana -.-
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------------

YF : Hampir kesemuanya tentang dia

MAK DARA 1ST GIVEAWAY (GA)!!!

Yeahaaaa!!sesudah lama aku tak join GA...sebab touching..asyik kecundang saja..hahhahaaha..GURAU ok..

Ni dari MAK DARA kita yaa!!dia ni penulis skrip tau!!waaaa...sangat COOL!!


TAJUK DRAMA : "AKU BUKAN DIA"

Sinopsis :-

Ada sepasang kembar yang bernama FARISH dan FARIZ.  Mereka dilahirkan dalam keluarga yang berada. Namun, mereka bukanlah kembar yang sering difikirkan.  Dari kecil, mereka asyik bertelingkah walaupun merupakan sepasang kembar yang seiras.  Sering berbeza pendapat dan ini membimbangkan kedua ibu bapanya.  Farish berjaya menyambung pengajiannya dalam jurusan kedoktoran di Mesir manakala Fariz lebih berminat menjadi seorang jurufoto dan ini sering membuatnya tidak lekang di rumah.  Kadangkadang, berbulanbulan tidak pulang ke rumah hanya kerana ingin memuaskan hatinya dalam bidang yang diminati.  Fariz juga sering merantau ke negara lain untuk mengumpul koleksinya sendiri.

Farish telah bertemu dengan calon isterinya di Mesir,  Maiya dan ingin melangsungkan pernikahan di Malaysia setelah tamat pembelajaran mereka di sana.  Namun, Fariz enggan menghadiri majlis tersebut.  Alasannya, sibuk dengan kerjanya di negara orang. Bagi Farish, ketidakhadiran adiknya Fariz telah membuatnya sedikit terkilan.  Majlis tetap diteruskan.  

Fariz pernah pulang ke rumah tetapi malangnya, Fariz tidak dapat bertemu dengan kakak iparnya kerana Maiya mengikuti Farish ke UK atas urusan kerja.  Hanya melalui foto di dinding Fariz mengecam wajah kakak iparnya. Namun, malang itu tidak berbau.  Sewaktu di UK, Farish kemalangan dan maut di tempat kejadian.  Kehidupan Maiya setelah kejadian itu terumbangambing kerana Maiya terlalu menyintai Farish.

Maiya membawa diri ke Pulau Redang atas nasihat mertuanya untuk menenangkan fikiran bersama adik Maiya, Kaisarah.  Di situ, Fariz telah kelihatan.  Maiya, seakan tidak percaya.  Suaminya, Farish sedang menuju ke arahnya bersama kamera DSLR milik Fariz. Fariz pula sungguh terpikat dengan keayuan Maiya sehingga dia terasa, dia pernah berjumpa dengan wajah ini.  Tapi dimanakah??

Maiya tidak tahu Farish mempunyai seorang kembar, hanya mengetahui Farish mempunyai seorang adik lelaki yang bernama Fariz dan Farish jarang sekali menceritakan apa apa pun mengenai Fariz.  Apakah ini sebuah permulaan pada sebuat pengakhiran??

Nak tahu ending dia..cuba tanya MAK DARA... XD

Mangsa Tag :-


Good luck yaa!!
Harapharap MAK DARA tak tergelak ya baca SINOPSIS..agak klise tapi saya suka...:)
Siapa yang nak join..sila klik banner MAK DARA ya XD
ASSALAMUALAIKUM

------------------------------

YF : Berangan nak jadi krew belakang tabir 

TWILIGHT

Aku nak post gambargambar yang aku suka...heeee...memang aku suka PHOTOGRAPHY...mungkin suka aku tu lebih kepada melihat..bukan untuk melakukan *almaklumlah..tiada DSLR mahupun PHONE BERKAMERA -.-


Ini antara suasana yang aku suka dan gemari...:)
Harap dapat lalui waktu ini...
ASSALAMUALAIKUM

------------------------------------

YF : Terharu dengan setiap baitbait yang diluahkan

KALAU TAK CINTA...JANGAN KATA CINTA....


Jangan kata cinta jika sekadar untuk bermain kata
Jangan memberikan harapan sekiranya tidak mampu untuk menunaikannya
Jangan berkata dusta kerana itu amat memeritkan
Jangan permainkan perasaan orang yang mempunyai cinta suci kerana dikhuatiri dia akan kecewa yang amat sangat
Jangan..dan jangan..mengecewakan insan yang sedia mencintai diri kita...

---------------------------

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas
dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

---------------------------

Hanya mereka yang tahu bercinta...
Hanya mereka yang tahu maknanya cinta...
Hanya mereka yang mengerti pengorbanan cinta...
Memahami apa itu kekecewaan...
ASSALAMUALAIKUM

---------------------------

YF : Sekadar picisan


1ST TIME BALIK KERJA PUKUL 11PM!!!!

Haish...buat pertama kalinya..aku balik dari pejabat tepat pukul 11.00PM!!!biasanya pukul 10.00PM je limit aku...

Okok..korang balik pukul 5.00AM tak kecohkan...tapi aku nak kecoh gak!!!bukan apa..barang yang untuk direpair..telah pun masuk separuh dari jumlah asal..lebih kurang 1500 component...haish....nak kena tulis no siri lagi..nak susun lagi...satu barang pun..agakagak dah 5kg tau!!agak berat jugalah..aku tolonglah mana yang termampu..takut peranakkan aku jatuh pulakan angkat barang beratberat...*poyo betul -.-

Sangat penat..tapi penat lagi budak WORKSHOP..angkat barangbarang tu..memang penat..tapi kenapa ek..hati aku lagi rasa letih??kenapa??mengapa?? ;(


Esok, barang akan masuk lagi..haish..balik lambat lagilah aku gamaknya...nasib baik boleh claim OVER THE TIME..kehkehkeh...XD
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------

YF : Rapuh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...