Monday, March 14, 2011

BILA AKU JATUH CINTA

Bila aku jatuh cinta...
Aku jadi gila
Gila bukan kerana tiada akal
Gila kerana akal dikawal perasaan

Bila aku jatuh cinta...
Benda mustahil boleh dilakukan
Bukan untuk mendapat nama dimata dunia
Agar si dia boleh melihat hanya diriku

Bila aku jatuh cinta...
Siang malam teringatkannya
Hingga boleh tersenyum sendirian
Inilah angau namanya

Bila aku jatuh cinta...
Baik buruk terima apa adanya
Silap salah dimaafkan
Yang ku tahu dia perlu ada disisi

Bila aku jatuh cinta...
Segalanya tampak indah
Tiada cacat cela
Hanya kebahagiaan yang dirasai



---------------------------

Eh..ye ke nih??korang rasa macam tu tak??
Tetiba je aku post pasal ni..apesal bhai??
hahahahaha..ok...aku dah mereng pepagi buta ni...
Layan je lah labu -.-

ASSALAMUALAIKUM

---------------------------


YF : 14 tahun lagi

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Kesinambungan entri bawah nih...aku pergi la ke MIDVALLEY untuk menunaikan hasrat sahabat aku tadi..untuk menonton wayang...ada dua pilihan waktu tu..HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA (HMM) dan BEASTLY..sampai sana dalam jam 4.00pm rasanya...

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA - 4.25pm (SELLING FAST)

BEASTLY - 6.00 (AVAILABLE)

Tapi sahabat aku tadi lebih berat kepada HMM..kebetulan...selepas beratur di dalam dalam barisan yang panjang berjelajela....turn kaunter kitorang..ada pula mamat ni pergi sergah kaunter kitorang....amboi...boleh tahan kau ya...-.-

Tapi watlek dulu...mamat ni bercakap la dengan staf yang bertugas kat kaunter tu..aku tak berapa nak dengan sangat..sahabat aku dengar laa..tapi mamat tu blah..muka macam hampa je kan..
Sahabat aku ni pula..katanya...mamat tu nak tukar tiket HMM jam 4.25pm kepada jam 7.00pm..hah???biar betul???

Sahabat aku kata...nak kejar balik mamat tu..sebab kitorang memang nak masuk awal dan kebetulan movie tu...ialah HMM...kitorang kejarlah mamat tu...weih..nasib baik mamat tu patah balik!!!hahahhahahhaa!!teruslah kitorang sampaikan hajat...dan pergi ke kaunter balik untuk beli tiket yang mamat tu nak...tapi sayang laaa..tempat duduk mamat tu tak sebagus tempat duduk tiket asal mamat tu..haish..nak buat macam mana kan...memang rezeki kamilah waktu..lancar je perjalanan kami..mihahhahahahhah!!!best gila kot!!

Sudah YF...jangan nak membebel sangat...ingat orang suka tengok bebelan kau ni -.-
Jom kita ke tajuk sebenar!!yeah!!

--------------------------------

Poster -

Babak menarik -


Barisan pelakon -

Pelakon utama bersama Pengarah dan Penerbit

Pelakon Utama

  • Stephen Rahman Hughes: Merong Mahawangsa, pahlawan dan nakhoda Melayu dari Kedah. Watak utama filem.
  • Dato' Haji Rahim Razali: Kesum, pawang Melayu yang mengenali Merong sejak merawatnya.
  • Ummi Nazeera: Embok, kekasih Merong.
  • Khir Rahman : Kamawas, ketua lanun Garuda yang menculik Puteri Meng Li Hua

Pelakon Pembantu

  • Jehan Miskin: Embi
  • Nell Ng : Ying Ying
  • Umie Aida : Lang, ibu Merong Mahawangsa
  • Mano Maniam : Warga Goa
  • Maya Karin : Warga Goa

Pelakon Sampingan

  • Jing Lusi : Meng Li Hua, Puteri China
  • Gavin Stenhouse : Marcus, Putera Rom
  • Craig Robert Fong : Liu Yun, Laksamana China
  • Eric Karl Henrik  Norman: Lycius, Laksamana Rom
  • Keith Chong : Maharaja China
  • Deborah Henry : Yesoddhra
  • Wan Hanafi Su : Taji
  • Kuswadinata : Phra Ong

*Catatan : Sumber dari PENDEKARBERKUDA

Sinopsis -

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua – dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana – mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu. (sinopsis penuh)

Trailer -


Lagu tema HMM -


--------------------------------

Keseluruhan cerita ni..aku boleh tepuk tanganlah kan...iyalah..filem Melayu ni bhai..bukan filem Barat...kira KRU cuba buat yang terbaik untuk filem ni..walaupun masih ada lagi kekurangan yang tak dapat nak dielakkan...

Tapi aku suka pantun dia....

Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama.


Dan beliau ;)

Gavin Stanhouse

Comel dowh!!!!haish...dia berlakon pun..boleh tahan lawak juga tau...kehkehkehkeh XD

Ok..cukup la tuh..nak kena tolong adik menaip jap -.-
ASSALAMUALAIKUM

--------------------------------

YF : I don't know who you are
But I'm with you
Always <3

PWTC || PERTAMA KALI JEJAK KAKI


Hahahahhaha...batak gila seyh!!!tapi aku tak tipu ar....BUAT JULUNGJULUNG KALINYA...YULIA FAJRIN SUKIRMAN aka YF..telah menjejakkan kakinya yang busuk ini ke PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC) pada hari Sabtu bersamaan 12 Mac 2011.

Aku datang sana bukan sukasuka nak melepak ok..aku datang sebagai pengunjung KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2011.  Dari aku tengok kat surat khabar lagi, aku nak singgah di karnival ni...tapi aku terlupa..sampailah seorang HAMBA ALLAH ni bagitahu aku...yang beliau pun telah berada di sana...punyalah aku terkilan sebab aku terlupa betul pasal karnival ni..ye lah..ingat hari Sabtu tu nak kerja...tapi bangun terlewat pula..haish..


Lepas aku sedar je keterlupaan aku pasal karnival nih..terus aku terfikir untuk pergi memandangkan jam pun rasanya lebih kurang 1030am..apalagi...yang nak sambung belajar...tinggal aku dengan seorang sahabat aku ni je...Shakirah..dengan rushingnya..kitorang bersiapsiap...dan menaiki BAS RAPIDKL yang aku sayang gila!!!hahahahahha...weih..penat gila kot hari tu...berlari je kerjanya...

Sampai sana dalam pukul 2.00pm macam tu..jadi, kitorang pun bergeraklah menjelajah satu PWTC...ups..tipu tu..aras 3 je ok...aras lain tak ada kena mengena dengan hidup aku -,-
Kebanyakkanya booth kolejkolej je..yang IPTA..sikit je tau...sedih aku...sobsobsob...
Aku sedih..sebab aku tak tahu sebenarnya nak pilih kos apa..tu sebab aku perlukan brochurebrochure yang ada kat situ...untuk aku telek sehabis baik *yang ada pun tak habis belek lagi..YF YF..apa nak jadi -.-

Kat dalam PWTC tu..dalam sejam jugaklah rasanya...yang sahabat aku ni...dok ajak aku tengok movie pula...haiyaaaa..tengok pitih sat...cukupcukup...hahahahahha...nak tahu aku tengok cerita apa??Jumpa kat entri lain yaaa XD

ASSALAMUALAIKUM

-------------------------

YF : 12 Mac 2011
Sejarah telah terlakar dengan sendirinya

DI SEBALIK TSUNAMI JEPUN || AL-QURAN

Sesungguhnya...
Yang datang dariNya...
Benar belaka...
Tiada yang kurang mahupun lebih...
Itulah Tuhanku...
Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui...

-------------------------

Aku baru buka dashboard...mataku laju tertancap pada entri dari BUDAK LOGAM...setelah diamati...sungguh...meremang bulu romaku...

Jom baca sesama..apa yang ada disebalik TSUNAMI JEPUN di dalam AL-QURAN...


1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.

2. Jadi, dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.

3. Jawapanya Juzuk ke 14 Al-Quran.

4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Juzuk 14 Ayat Quran ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah Al Hir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bagi ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

Jadi dalam 1432, 14 dh diketahui Juzuk Al-Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,jadi nombor rahsianya adalah 3.

Di ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
jadi seterusnya 2+1 = 3
proved *. yang di maksudkan dengan nombor 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Tuhan maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6.

Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia, gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. Jadi angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat, betapa benarnya ayat Al-Quran. Segala yang di nyatakan tetap berlaku. Walaupun suduh berabad kitab Al-Quran diturunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Dipercayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat diketahui di dalam tarikh ini. Namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran dan segala yang diungkapkan di dalamnya.

8. WAllahhu Allam.

*Catatan : Sumber dari ISKANDAR ZULKARNAIN

-------------------------

Speechless...
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------

YF : Aku milikMu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...