Wednesday, May 25, 2011

BOLEHKAH AKU MELANGKAH JAUH?


*Catatan : Gambar ehsan blogger THEONLYWANNN

Selalu berfikir...berfikir...dan berfikir...
Sampai bila aku nak terus begini?
Terasa berada di takuk yang lama...
Adakah masa untuk aku belum tiba?
Atau aku perlu sendiri menggerakkan kakiku agar melangkah lebih jauh?

Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam minda aku yang tak berapa nak cerdas ni...
Terasa masa bergerak terlalu pantas...
Tapi aku masih bergerak perlahan...

Aku tidak pasti apa yang aku nantikan lagi...
Aku tidak pasti apa yang menghalang aku...
Aku tidak pasti apa yang berlaku dalam diri aku sendiri...

Teringin aku berlari sekencang angin...
Teringin aku melangkah seluas yang boleh...
Teringin aku terbang sebebas burung...

Bolehkah aku melangkah jauh?
ASSALAMUALAIKUM

-------------------------------------------

YF : Segalanya tentang dirimu

NOT ENOUGH || NOT YET


Bercakap soal rendah diri ni...memang bagi kat aku...akulah pemenangnya!!!
Tapi ni bukan masalah rendah diri dah...memang kenyataan dan fakta dari azali lagi...

Tengok orang tu..cantik...kacak...pandai...bijak...kaya...ada makwe/pakwe yang cukup citarasa...segalanya ada...peh...kira almost perfect la orang kata kan...dan aku...pandang diri sendiri...dari bawah kaki sampai atas kepala...tapi of course lah kat dalam cermin...kalau tak...macam mana aku nak tengok atas kepala aku...korang ni pun...=__=

Tak ada satu pun yang istimewa tentang diri aku...senyuman...tak manis macam gula pula...mata...tak bulat macam pelakon Hindustan tu...pakaian...biasa je..selekeh lagi adalah...semuanya memang serba kucarkacir...

Buntu aku dibuatnya...boleh jadi stres tahap maksima bila fikir, fikir dan fikir...kadangkadang tu...aku perlukan khidmat psychiatry untuk membantu masalah aku nih...kalau sampai tahap dewa tu...tahap kemurungan...peh!!aku tamo la jadi macam tu...buruk betul perangai...tapi...apa aku boleh buat???

Semuanya aku tak bagus!!!apa aku pegang mesti hancur!!!apa aku buat mesti tak jadi!!!apa aku nak sebenarnya pun aku tak tahu!!!

Yang aku mampu...menangis di tengah malam...tapi tak keraplah...entah...aku boleh jadi biul kalau asyik fikirkan kelebihan dan keistimewaan orang lain...memang aku selalu fikirkan diri aku...tapi lebih kepada segi negatif...macam mana ni???

T_T
ASSALAMUALAIKUM 

--------------------------------------------

YF : Apa pun tak boleh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...