Sunday, July 3, 2011

SAYANGILAH PANCAINDERA KITA

Tontonlah video ni...sekurangkurangnya ia boleh jadi pedoman untuk kita semua...T.T



---------------------------------------

YF : Bersyukur dengan segala nikmat
\

13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA

CINTA dengan aku...memang tak serasi...betul...tapi aku suka membicarakan mengenainya...dengan sesiapa pun...aku tak kisah...mintalah nasihat aku...aku akan cuba bagitahu apa yang aku rasa patut atau tak patut...

Dan ini...aku nak kongsi...sekiranya kamu semua jatuh cinta...antara tandatandanya ada di bawah :)

--------------------------------------------


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

*Catatan : Syok

--------------------------------------------

Hah...siapakah gerangan yang korang fikirkan sekarang nih???Kongsilah dengan aku ya... :)
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------

YF : Give up, Give in, Give out

GADIS YANG DIBAWA PULANG

Tahun 2020. Namun masih ade gak orang yang berfikiran kolot lagi. Kampung Semut Warna Warni.


"Bapak ape ni?.. ape semua ni.. Din cukup tak paham dengan bapak ni.."

"Tak paham apa pulak Din.."

"Ni.. sape pompuan nih? Isteri baru bapak ke ni? Ya Allah.. mak baru je meninggal dah bapak kahwin lain.."

"Ni bukan mak tiri kamulah.. Nama dia Ina..ape la kau Din.."

"Ya Allah... ni lagilah teruk.. bawak perempuan bukan muhrim duduk sekali ngan kita.. ape ni bapak?"

"Ya Allah ... Din.. ni pembantu rumah kita je.. apsal la kau ni berfikiran kolot sangat huh? tula bapak hantar kau ke sekolah dulu kau ponteng."

"Bapak.. walupun Din nih tak pandai.. tapi Din masih ingat agama lagi tau! Tak kira la dia ni pembantu rumah ke kalu bukan bini kita tak boleh! paham bapak? sudah lah!"

Malam tu...

Din mula ingin menyiasat latar belakang perempuan yang bernama Ina itu.

Apa nak jadik ngan bapak nih.. sanggup bawak balik pompuan yang entah dari mana demi ingin memuaskan nafsu... cis! Perempuan ni pulak lawa.. drpd bapak buat dosa lebih baik dia kahwinkan aku ngan pompuan ni je.. apela bapak ni..

Sedang Ina sedang bape kali sedang dah.. membancuh kopi si bapak Din tuh.. Din menghampirinya...

Dengan sepantas kilatDin menyelak rambut Ina dan terkejut akan satu kenyataan.

Huh! memang betul jangkaan aku.. ade paku kat leher dia ni... Aku dah agak pompuan ni pontia.."

Apalagi Din terus menangkap Ina dan mencabut paku tersebut..

"DAH!! PERGI KAU DARI RUMAH AKU PONTIANAK!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekali terkeluar wayar kat leher si Ina...

"Ya Allah ape ni Din... ingat murah ke robot pembantu rumah bapak beli tu hah?!! KOLOT!!!"

*Catatan : Syok

--------------------------------------------------

Kehkehkehkeh...best tak ada pembantu rumah macam tu?? XDD
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------------

YF : Tidak ingin sejarah berulang lagi

11 CARA MENGHINDARI MARAH

Aku selalu rasa perasaan ni...rasa nak marah je...lagilagi dengan adikadik...marah je lah...tapi tak naik tangan semua...tahan lagi yang tu...

Kalau aku dah kahwin...matilah anak aku kena bebel siang malam...haish...tamotamo...jangan macam tu...tak elok...sabarkan hati ya...INSYAALLAH...

--------------------------------------


Pernahkah anda mempunyai perasaan marah? Sehinggakan, kadang-kadang anda berasa ingin mengamuk?

Article ini cuba menyingkap 11 cara-cara untuk sedikit sebanyak utk menghidari diri kita daripada sifat marah.

IMAM Syafie ada menegaskan: 

“Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:

1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Semoga kita sama-sama mengawal sifat marah...walaupun tidak sepenuhnya..namun jika kita megaplikasikan tips-tips di atas..insyaAllah, kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik setiap hari dan mungkin juga, kita menjadi sukar untuk menjadi seorang yang pemarah...segalanya pasti berlaku dengan izin daripada Allah yang Maha Esa dan yakinlah kepada-Nya...

Waalahua'alam...

*Catatan : Syok 

--------------------------------------

Moga kita sentiasa muhasabah diri...syaitan ni memang suka tengok manusia marahmarah bagai...-___-
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------

YF : Rendang tak berbuah

TILIK MUKA PENIPU

Heeee...aku suka betul tiliktilik muka orang ni...tapi aku tak suka orang tilik muka aku...kahkahkahkah...

Usha punya usha entri orang...jumpa satu tips ni...bagaimana nak usha muka orang yang menipu kita...kikikiki...

Jomlah tilik muka pakwe kita ek...erk...pakwe kita??please!! XD

-----------------------------------------


Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

MENYENTUH HIDUNG

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dankerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

MENUTUP MULUT

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya. 

GAGAP

Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakantanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

PERGERAKAN MATA

Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

MELENGAH-LENGAHKAN JAWAPAN

Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. 

RESAH

Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. 

*Catatan : Clara Rella

-----------------------------------------

Erk...macam ada yang tersangkut je...-________-
ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------------------

YF : Aku memang tak suka orang yang kurang diajar

LUAR BIASA

Best pula dengar lagu ni kan...

Tapi bila tengok klip video lagu ni...fuh...seram kot...PSYCHO gila... -___-
At least tak adalah macam klip video yang kontroversi tu kan...uppss! XD

-----------------------------------------




Lirik / Lyric : 

Seandainya mengalir di sini
Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam diari
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Chorus

Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu

Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri
Bagai dimensi dan hipokrasi berselari

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Ulang Chorus

Tanpa kata
Tanpa rela
Biarkannya
Jatuh ke riba

Takkan pudar
Kisah kita
Nyata di rasa nyata di matanya
Lalu menusukku

Luar biasa penjara
Siksa sesalan
Dikucupnya virus

Ulang Chorus

Maafkanlah diriku

-----------------------------------------

Kadangkadang, cinta tu boleh membuat orang jadi gila... :)
ASSALAMUALAIKUM



-----------------------------------------

YF : Tiada lagi yang istimewanya

PENJARA YANG BUKAN PENJARA

Apabila kita berbicara tentang PENJARA...mesti kita fikir...jeriji besi...katil besi...tilam pun nipis agaknya...tingkap pun kena pagar...bilik air open gitu...

Tapi lain pula halnya dengan penjara di Norway ni...nak tahu kenapa?
Mari kita eja samasama XD

-----------------------------------------


OSLO – Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.

Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.

“Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat,” katanya.

Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka. – Agensi

kredit : kosmo.com.my


*Catatan : Siakap 3 Rasa


-----------------------------------------

Banduan yang merbahaya diletakkan kat tempat macam ni?fuh...-___-
ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------------------

YF : Bermanja-manjaan 

MEMANDU JAUH KE IOI MALL, PUCHONG

Cewah!!!tak adalah jauh mana pun...cerita minggu lepas pula tu...ah...persetankan itu semua...aku nak cerita juga!!heehehe...cuma yang bestnya...aku memandu ke IOI Mall, Puchong dan aku hanya ditemani dua orang adikku yang tersayang...

Ibu dan ayah aku bagi green light pula bawa kereta...heeee...bawa malam pula tu kan...memang gempak habislah...aku memandu tak adalah pro sangat pun...jauhjauh ni...belum masuk berlari pantas lagi...baru je nak merangkak ni ha...

Tapi itu cubaan aku yang berani mati sebenarnya...jalan untuk menuju ke sana...kalau malam...memang banyak keretanya...silap haribulan...boleh eksiden...ish..minta dijauhkan...tapi bila lagi nak beranikan diri, kan?hehehehe...

Di sini, ingin aku lampirkan beberapa keping gambar...adalah edit sikitsikit...:P

 

Heeee...semuany poyo tapi merekalah cinta hatiku... :))
Untunglah dapat upload gambar...sebab ada DSLR...kahkahkahkah!!
ASSALAMUALAIKUM

---------------------------------

YF : Apakah yang sedang berlaku???

KITA PUN BOLEH BUAT HANTU

Hah...nak tahu buat hantu macam mana?

Pakai bedak sejuk tebaltebal...
Pakai gincu kat sekeliling mata...
Pakai telekung atau baju besar berwarna putih...
Pakai rambut palsu yang panjang dan mengerbang...
Pakai kuku palsu yang panjang lagi hitam...

Dah...siap!!!hahahaha...cuba try test ok!!!

TAPI!!!itu hantu orang Melayu, kan??

Ni hantu dari over the sea tau...kikikiki!! XD
Jom tengok yok!! 

-------------------------------------------------------


*Catatan : Sumber dari emel

-------------------------------------------------------

Camne?agakagak boleh praktikkan tak?heheheheh...XDD
ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------------------------

YF : I don't care anymore

GOOD LIFE

Sekali lagi...aku tersuka alunan lagu dari ONE REPUBLIC ni...


Aku rasa...aku perlu dengar lagu ni banyak kali buat masa sekarang...
Dengar sampai lebam...
Biarkan...sebab aku perlukan sesuatu untuk bertahan sekarang ni...

But I still have a good life, right?

-----------------------------------------





Liric / Lyric :

[Verse 1]

Woke up in London yesterday
Found myself in the city near Piccadilly
Don't really know how I got here
I got some pictures on my phone

New names and numbers that I don't know
Address to places like Abbey Road
Day turns to night, night turns to whatever we want
We're young enough to say

[Chorus]

Oh this has gotta be the good life
This has gotta be the good life
This could really be a good life, good life

Say oh, got this feeling that you can't fight
Like this city is on fire tonight
This could really be a good life
A good, good life

[Verse 2]

To my friends in New York, I say hello
My friends in L.A. they don't know
Where I've been for the past few years or so
Paris to China to Col-or-ado

Sometimes there's airplanes I can' t jump out
Sometimes there's bullshit that don't work now
We are god of stories but please tell me-e-e-e
What there is to complain about

[Bridge 1]

When you're happy like a fool
Let it take you over
When everything is out
You gotta take it in

[Bridge 2]

Hopelessly
I feel like there might be something that I'll miss
Hopelessly
I feel like the window closes oh so quick
Hopelessly
I'm taking a mental picture of you now
'Cuz hopelessly
The hope is we have so much to feel good about

[Chorus]

[Verse 2]

-----------------------------------------

Hilang semangat kejap...perlu buat sesuatu...untuk bina balik semangat yang telah hilang...
ASSALAMUALAIKUM


-----------------------------------------

YF : Aduh, bodoh gilakan aku ni?

WORDLESS MORNING #4


-------------------------------------------

YF : Hard for me to breath

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...